March 29, 2011

Pizza Hut Delivery

Dah try pizza baru tu? cheesy pops la lebih kurang namanya.. belum?? hah,kalau belum, pg beli sendiri kat kedai pizza tu..kalau nak suh delivery, ikut nasib. Kalau nasib baik, boleh la order. Kalau nasib tak baik, dorang x jumpa kat mana nak anta...


Minggu lepas tengah2 duk melepak depan tv seisi keluarga, terasa la nak makan pizza baru tu. Nak keluar, Akeef dah tido. So, En.Suami kata "call jelah..xyah kita keluar.."

Okay..SYMP..

Aku = Aku , Pizza Hut Delivery = PHD

PHD : Hello, PHD..boleh dapatkan no.telefon cik?

Aku : 019xxxxxxx

PHD : pesanan nak dihantar ke alamat mana ye?


Aku : Nombor......Blok...... WANGSA MAJU Seksyen 1, Setapak KL

PHD : sebentar ye. Saya check alamat dalam sistem...

Aku : duk dgr mesej2 yg dia pasang..tekan xx untuk....tekan xx untuk...blablabla...

PHD : hello kak..maaf ya..wangsa maju takde dalam peta kami la kak. wangsa maju tu kat mana ye?

Aku : ??? hah, xde dlm peta??.. takpelah dik..ko jual jelah pizza tu kat org yg ada dalam peta kau..

terus aku letak fon..dah la lama kena tunggu..kena tekan macam2 button sblm dpt cakap ngan org yg amek order tu..tup2, wangsa maju xde dalam peta..tak ke gilo namanya nih...

so, x dpt la makan pizza cheesy pops tu. sampai arini x dapat2 lagik sbb mcm frust ngn pizza hut...

mujo la bukan mengidam..kalau tak mau berjujuran air mata frust...hehee...

2 comments:

  1. Dah Lama sangat tak makan pizza ni..waaa.. macam tingin lar

    ReplyDelete
  2. ha,pegi..pegi..nnt abes lak promosinya... :)

    ReplyDelete

Bilik Fuller Hotel Alor Setar

Ha, mesti bila google tak jumpa banyak info pasal Fuller Hotel ni kan? tu yang datang kat blog aku ni..tahu dah..sebab hari tu aku pon goog...