July 28, 2011

Double It Up!!

Minggu depan ai ada 2 birthday utk diraikan..dua2 kesayangan ai yang mana sebelah menyebelah.. Kesayangan No.1 : 2 Ogos dan kesayangan No.2 : 3 Ogos... Oleh kerana tahun ni ianya jatuh pada bulan Ramadan Al-Mubarak, so ai kena ejas la sket cara nak celebrate nya kan..

birthday sayangTunggu ye..pebende la yang akan terjadi kan..hehehee....

*lupa lak..kalau rasa nak order camni, jangan malu2 bagitau ye..huhuu...

July 26, 2011

Cupcakes @ Bisou

Tak tahu kenapa tapi aku sangat berkenan dengan cupcakes yang dijual kat Bisou ni..kat KL ni de 2 je kedai Bisou nie..1 kat KLCC & 1 lagi kat Bangsar Village. Tapi setakat ni aku mmg beli kat BV tu je sbb tak selalu pegi KLCC..hehee...

Kalau pg kedai kapkek ni mesti aku leka tgk deco kecik2 yg dorang letak kat sebelah kapkek2 tue. Miniature2 cupcakes yang dorang susun kat rak tu mmg menawan hati..huhuu...Macam tadi aku ada meeting kat area2 sana. Abes miting kul 1.30 petang..giler lapa..then decide nak pg beli kapkek la dah alang2 kat area BV..Aku cr parking yg betul2 dekat ngan pintu nak ke kedai ni..Malas nak memusing BV tu sbb kang takut terbabas beli benda len.. :)

Sampai je kat kedai tu, seperti biasa, leka menengok miniature2 tu sampai tak sedar budak gegirl tu dah banyak kali panggil "ye kak, nak kek yang mana?"..hahaha..mingong sungguh!! miniature pon nak suka...apada...

Skang ni de promosi beli 5 kapkek percuma 1. Harga kapkek kat sini RM5 sebijik. Nett..so,bila kita bayar tu takde la extra caj dah..Aku beli kapkek Nutella 2, RV(wajib) 1, Dark Secret 1, Zest You Up 1, Coffee 1..so, cukup la 6 kan..bayar rege utk 5 je..untung la 5 hinggit..hehee...

Balik umah, mak aku nak yg zest you up tu sbb frosting orange. Yang len semua cokelat.. :)

Ni Dark Secret
topping cream dia tuh, wallahh... (^_^)

Ni adalah Zest You Up
Vanilla Cupcakes with Orange Frosting

Dan ini adalah Nutella...

Untuk pengetahuan, semua kapkek telah selamat dihadam tanpa sempat mengsnap gambar..so, pics ni aku kopipes dr SINI... enjoy!!

July 24, 2011

Ayam Masak Black Pepper

Tora datang lagi dengan kapal berpusing...hahaha..igt iklan tu? skang xde dah iklan tue..Aku bukan nak citer pasal Tora, tp nak citer pasal lauk kami arini.

Arini cuti & kami xmo kua. Lagipon esok baru gaji..huhuu..nama pon makan gaji kan so xde lah mewah kemain. Cukup2 je pas dah tolak macam2..Lagipon skang ni kalau kua area KL nie, sekelip mata je RM200 lesap..tinggi betol kos sara hidup skang...Okeh,berbalik kepada tajuk asal..hahaa..oleh kerana takmo kua tidak beerti bersenang lenang. Ada perut yang perlu dijaga..hehee... ;p

Jadi, aku pon memasak la lauk ayam masak lada hitam nie. Masak pon dah pukul 2 ptg sbb pagi tadi makan nasik lemak..Tarraa...nampak sedap tak?

ayam masak black pepper
Resepi tak rajin nak type..Kalau nak, korang gugel la ye..Pastu edit ikut kesesuaian masing2..

Kerja dan Cuti : Penang 2011

Ini part ONE..

15-17 July aritu, aku kena pg keje kat Penang..outstation la kiranya..Oleh kerana mmg outstation wiken, so leh bawak family..Pas abes keje, leh la jalan2..kalau tak, asek duk memerap dlm bilik je..

gembira betul anak ni..kami duduk kat Hotel Grand Continental..amek family room (2 queen size beds) harganya RM190 semalam. Ni gov rates.. :)

Hari pertama tu Jumaat. Kami dr KL pas sembahyang Jumaat. Berhenti kat R&R 2 x..kat Tapah benti utk makan sbb tak lunch lagi. Dalam 1/2 jam je..satu lagi benti kat G.Semanggol rasanya. nak bancuh susu Akeef.. Pas je bayar tol kat Juru, jammed kemain panjang tak gerak...dekat 3km..yang sesak je menuju ke Alor Setar, tp sbb ramai yg tak bijak, abes susur ke jambatan pon takleh masuk sbb semua sebok nak potong kiri..Berdenyut sungguh menunggu..Kul 8.15 malam br check in kt otel. Pas mandi, solat semua, kami pon kua nak mencari makanan. En.Suami mmg dah target pg Padang Kota. Memula pusing Padang Kota Baru tapi takde parking. Polis lak kemain ramai tgh menyaman sapa2 yang park kat tepi jalan. Dah parking lot takde, abes nak park kat mana??

Malas nak tunggu, pusing balik pg Padang Kota Lama. Terus je order makanan sbb perut dah hiphop..

Mahal btol pasembor ni. Amek sikit pon kena sampai RM22..sesuka hati je dorang caj agaknya.


Akeef br bangun tido. Memula nanges, puas pujuk baru nak senyum..

Ni gambar kat Rumah Kelahiran P.Ramlee..hari kedua tu aku siap keje awal. So,kul 2 camtu dah boleh la berjalan2..

Wahh..drumstick aku kemain..puas turun naik tangga tak gak susut2!!

Pastu kami ke Bukit Bendera...Ketapi baru kan..dulu waktu naik, ketapi merah..tupon zaman sekolah dulu..dah dekat 15 tahun kot baru dapat lagi peluang naik nih..




Balik KL kami nek feri. Try la semua yang ada kan..bukannya hari2 leh naik..

Sebenarnya, balik dari Penang tu, kami decide nak pg Cameron Highlands..lagik!! sbb baru 3 minggu sebelum tu ktrg pegi.. tp aku tak hapdet lagik kan?hadooii..lupes...nnt baca kat entry Cameron la ye..Ni gambar manja2 je...


Akeef mengada nanges sbb nak main kucing. Tapi kucing tu besar, takut plak..puas dia nanges konon2 suh ayah amekkan kucing tu la..


Tak sudah2 ngintai kucing..Berani2 takut...

July 20, 2011

Tak Paham..

Kenapa ramai orang suka post gambar tak bertudung kat fesbuk ke twitter ke dan apa2 lagi laman web sosial nih, sedangkan hakikatnya di dunia luar tu dia bertudung?

Aku dah lama perati org yang suka post gambar2 kat fesbuk masing2..Aku rasa macam pelik & tak paham..apa tujuan dorang ni bertudung agaknya? tuntutan agama ke?bayar nazar ke?terpaksa ke?ikut trend ke?...kalau tak ready 'sepenuhnya', baik takyah..sepenuhnya tu bukanlah bermaksud bertudung litup. Aku pon pakai tudung biasa je..Sepenuhnya tu maknanya sentiasa ON jelah pakai tudung...ni ON,OFF,ON,OFF...apacer nih...

Antara benda2 yang menyebabkan aku tak paham adalah:

1) perlu ke haplot gambar kat dalam umah ngah tergolek2 bersantai? motif?

2) ada orang pakai tudung mcm org biasa tp bila pergi bercuti tetiba tudung tu dh jadi BANDANA je..motif takleh pakai tudung biasa kenapa?panas tengkuk?

3) amek gambo kat pantai, tapi lopong...

Okay, memang la aku pon takde de pakai tudung kat umah..aku bukannya mcm dlm TV tu duk umah ngan laki sendiri pon siap bertudung litup..gilo namo eh...tapi,tak perlu kot nak published gambar tak bertudung tu..simpan tuk kenang2an diri sendiri sudah la..mmg semua org tak sempurna, tapi kita kan belajar dari kesilapan. Kalau dah asek haplot je, bukan silap dah tu, mmg sengaja..dah jatuh hukum berdosa...behtu,apa fungsi lagi pakai tudung kan?baik ko humban je tudung tu sbb beria2 na nak menunjuk dalam fesbuk tu ha..

Takyah la nak menunjuk2 sangat..bagitau sikit2 dah la info yang boleh dikongsi bersama kat laman web sosial memasing tue..kalau dah semua benda pon nak tunjuk, orang pon menyampah..sbb orang len pon ada benda yang dorang ni ada..cuma sifat malu tu ada dalam diri sbb tu tak published kan...

Aku tak tuju kat sapa2 pon entry nie..nama pon blog peribadi. So,luahan peribadi la kan..Jadi,mana2 yang silap tu, jom la kita betulkan sama2..Kalau mana2 yang dah betul tu,boleh la diberi credit...

Aku jumpa 1 soalan yang ditanyakan oleh seorang blogger kepada seorang Ustaz...

SOALAN:
KEBELAKANGAN ini ramai yang melayari facebook (FB). Apa hukumnya wanita yang telah berumahtangga mempamerkan gambar termasuk yang tidak menutup aurat untuk dikenali dalam profilnya tanpa pengetahuan suami.


JAWAPAN:

Perbuatan wanita mempamerkan gambar peribadi yang tidak menutup aurat adalah haram dalam Islam.Bagi seorang isteri kecantikan dan kejelitaannya hanya berhak ditatap oleh si suami sahaja. Mendedahkan aurat kepada orang bukan mahram adalah ditegah oleh Allah SWT. Lebih-lebih lagi melalui laman sosial yang mungkin ditonton oleh jutaan manusia.

Malahan gambar-gambar ini juga boleh dicetak dan boleh disalahguna oleh pihak tertentu. Maksudnya, janganlah hendaknya orang wanita mendedahkan diri mereka kepada sebarang kemudaratan melalui FB.

Mempamerkan gambar peribadi dalam FB dengan pelbagai gaya dan watak dalam keadaan tidak menutup aurat sangat tidak bermoral. Biarpun dengan izin suami mahupun ahli keluarganya, ia tetap haram.

Wanita adalah perhiasan dunia ini, namun sebaik-baik perhiasan ini hendaklah benar-benar beriman dan bertakwa bukan yang tanpa segan silu mendedahkan apa yang disuruh disembunyikan.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripadanya memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau baba mereka atau baba mertua mereka atau anak-anak mereka….(al-Nur: 31)

Berdasarkan ayat ini jelas bahawa Allah SWT memerintahkan kaum hawa menjaga batasan aurat yang menjadi maruah mereka. Mendedahkan aurat kepada mereka yang bukan mahram adalah haram.

Allah SWT hanya membenarkan kelonggaran aurat dalam batasan ahli keluarga. Ayah yang beriman serta adik beradik yang beriman tidak akan terangsang dengan melihat aurat darah daging sendiri, melainkan yang bernafsu binatang.

Segolongan ulama masih menyarankan agar para wanita itu menjaga batasan aurat mereka biarpun di hadapan ayah, abang dan mahram yang lain. Sebabnya yang demikian demi menjaga kemuliaan dan kesucian seseorang wanita.

Sebab itulah Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan sesungguhnya kami telah menurunkan kepada kamu ayat-ayat keterangan yang menjelaskan (hukum-hukum suruh dan tegah), dan contoh tauladan (mengenai kisah-kisah dan berita), golongan yang telah lalu sebelum kamu serta nasihat pengajaran bagi orang yang mahu bertakwa. (al-Nur: 34)

Sebab itulah di dalam al-Quran, ada suruhan dan tegahan, bagi mereka yang beriman pasti akan bersegera meninggalkan yang ditegah. Bagi mereka yang berkarat hati amat sukar mendapat petunjuk.

Ini kerana al-Quran adalah nur iaitu cahaya, bukan cahaya yang bias dilihat dan dirasa oleh pancaindera manusia, cahaya ini adalah cahaya penyuluh menuju kepada Allah SWT, mendamba keredaan dan tamak kepada cintanya.

Justeru, mendedahkan aurat kepada yang bukan mahram adalah secara tidak langsung tidak patuh kepada perintah Allah SWT yang menyuruh menutupnya.

Suami yang menyedari bahawa isterinya mendedahkan gambar-gambarnya dalam FB wajib menasihati dan menegur isterinya serta menyuruhnya mengeluarkan gambar yang tidak sewajarnya daripada FB. Seterusnya, bertaubat kepada Allah SWT.

Batasan berinteraksi di dalam FB juga perlu diawasi. Jangan sampai mendedahkan hal-hal rumahtangga di dalamnya. Apatah lagi menceritakan keaiban rumahtangga termasuklah menceritakan keaiban suami atau isteri. Ada kajian yang dijalankan bagi mendapatkan peratus perceraian yang berpunca daripada FB, jumlahnya agak banyak dan sangat mendukacitakan.

Nampaknya sudah ada yang sengaja mendedahkan hal rumahtangga dalam FB sehingga mengecilkan hati pasangan dan berakhir dengan perceraian. Tabiat atau perbuatan mendedahkan keaiban suami di dalam FB atau di mana-mana hukumnya sama iaitu haram dan berdosa.

Sekiranya si isteri tidak berpuas hati dengan suami, sedangkan berhak untuk mendapat apa yang diperuntukkan oleh syarak maka dia boleh berunding dengan suami atau minta ahli keluarga lelaki dan ahli keluarga perempuan berunding mencari titik pertemuan serta mencari perdamaian. Setiap insan yang bergelar suami dan isteri adalah haram dan berdosa mendedahkan keaiban pasangan di khalayak ramai. Jika berlaku sedemikian, maka hendaklah dipadam dalam FB dan mintalah maaf pada pasangan masing-masing.

Untuk dikongsi bersama je nih..kang nampak cam laman blog agama lak blog bebel aku nie...Okay,renung2kan.... :)

July 13, 2011

Saya Mahu Bercuti..

Saya nak bercuti
Ke tempat yang takde hiruk pikuk
Ke tempat yang tidak formal
Tapi taktau kat mana

Saya nak bercuti
Tempat yang sama suasana macam Cameron Highlands
Tapi baru je balik dari Cameron Highlands
Keadaannya nak sama macam Cameron Highlands
Tapi taktau kat mana

Saya nak bercuti
Hari2 saya surf ticket AA,MAS & Firefly
Ada banyak yang ditawarkan
Puas dah mencari tawaran yang menarik
Tapi taktau kat mana

Korang boleh tolong saya?
Saya nak bercuti....... :)

July 10, 2011

Ada orang tempah le...

Untuk pengetahuan uols, mak ai ni tukang masak aka chef tapi ai tak pandai memasak macam dia..eh silap..sesedap dia masak..kalau setakat masak, rupa memang ada tp rasa lari sket...yelah kan, nama pon air tangan kan..hehee...

Tapi dalam kepincangan tu (wahh ayat...) aku de la kepandaian sket bab mengadun2 ni..kalau suh wat kek ke, kuih ke, roti2 ke, insyaAllah la berjaya..kiranya pebenda yg berkaitan ngan tepung, gua takde hal beb..hehee..

Aku mmg suka buat benda2 ni cuma masa tidak mengizinkan. Sekarang ni bila dah jadi ibu, aku rasa macam aku dah boleh fokus kembali kepada apa yg aku minat nie..Balik keje dah duk rumah..xde kuar2 berembun memalam dah, so bolehlah kan membuat sikit2 resepi yang dah dikumpul berkurun lama ku rasakan...hehee...

Okay, arini nak citer pasal apam..semua org skang sebok nak buat apam polkadot. Aku pon sama la terlibat..hahaa..tapi kan, kalau aku tgk2 balik resepi, ini bukan kategori apam sbb tak pakai yis. Ni dah kira kategori muffin aku rasa. Ovalette tu tujuannya untuk menggebukan apam..So,bukan apam la nie kan..takpe, nanti2 kalau korang dapat jawapan, share2 la kat aku ye...


apam polkadot mudahnilah rupa 'apam' polkadot tu..yang ni aku guna kaler utk senang membezakannya..yang kaler merah tu fillingnya strawberry, yang purple tu filling blueberry...yang putih tu campur2..extra la tue..hehee...


dan sebenarnya....

apam polkadotaku buat 'apam' ni sebab ada org order..pastu suh bungkus skali..kalau korang nak buat, ikut je resepi bawah nie....

Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula halus
  • 150ml susu segar
  • 3 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling secukupnya
  • Pewarna ikut suka
Cara-cara

1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maksimum selama 6 - 8 minit.

2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.

3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).

4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.

5. Picitkan filling secukupnya.

6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.

7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Guna api sederhana.

Tapi kalau korang malas, baik korang order kat aku..aku rajin sket..hahaha..

Ibu back in action la today...

Dah lama betul aku tak memasak makanan harian. Hari2 balik keje dh kul 6.30, selalu tapau je..Kat area ni berlambak2 org meniaga & rasa makanan dorang tak menipu. So, xdelah masalah utk wanita berkerjaya macam aku nie..hahaa..pastu setiap weekend ada je hal. class la, ofis la, outstation la, tu lagi penambah sebab kenapa aku tak memasak di dapur sendiri.

Minggu ni aku ada lapang sikit. Jadi, aku pon nak memasak la kenkonon. Tapi bukanlah aku nak masak makanan yang panjang2 tajuknya tu. Cuma teringin nak masak sup ayam je..hehee..Lagipon Akeef dh suka makan makanan2 macam ni jadi kira 2 in 1 la..So,seawal pukul 10 aku dah berdentum dentang kat dapur. Brunch la katakan. Nak kua breakfast, nan ado...


Sebenarnya waktu tumis tu, sikit je minyak yang aku bubuh. Tup2, minyak ayam ni kemain banyak. Kalau tau,baik aku perah ayam tu kuarkan minyak dia awal2..hahaa...

sup ayam simple
Taddaa...ada rupa macam beli kat kedai Haslam tak? hahahaa...aku siap suh En.Suami tgk sama tak macam kedai tue..excited giler aku nak tunjuk hasil masakan..sup ayam je pon...hehee..pastu kami pon bersila untuk membrunchkan diri. Makan nasik panas2, sup ayam ngan sambal belacan (yg pedas berdesing tak hingat) = fuuhhhh..terbaik!!!


July 8, 2011

Sedihnya hati....

Kadang2 tak tahu kenapa
Mesti macam ada yang tak kena
Bila rasa semua benda dah ok
Still ada gak yang tak kena di hati

Aduhai...

Kenapalah mesti jadi mcm nie
Tolonglah buang rasa tu jauh2
Kalau ada yang salah, maafkan
Kalau ada yang terasa, lupakan

Tapi...

Rasanya semua dah okay
Dah banyak kali check, dah okay
Fikir2 lagi, dah okay

Akan tetapi..

Hati ini masih sedih...
Buanglah rasa sedih ini jauh jauh jauh jauh....
Saya taknak....

July 3, 2011

Cupcakes RV ku...

Red Velvet adalah kek kesukaan mataku..tekak tak berapa nak suka tapi kan katanya dari mata turun ke hati..hehee..kaler dia buat ai terpesona...Dulu sebok kehulu kehilir mencari kek RV nih. Skang lak, sebok nak bake sendiri. So, taddaa...

Beli pewarna RED tapi sampai setengah botol ubuh pon dia tak RED..dia hanya kekal sebagai PINK..salah label la kilang nih...

Waktu tgk dia menggebu dalam oben nih, kembang kuncup perasaan..hehee...
cantik je dia naik...

Tarraa...ni yang dah siap..resepinya KEK tapi aku transformkannya menjadi kapkek sebab senang nak makan..kalau kek kena layerkan lagik..dan sebab aku sangat rajin nak melayer, tu yang jadi kapkek tuh..huhuu..

Kek ni tak sempat di topping kan sebab dah selamat ketika menonton Maharaja Lawak akhir aritu. Kek togel jelah..lenkali ai hias cecantik kay...

BERUBAH

Sejak munculnya pelbagai platform medsos ni, platform ni paling sendu. Mungkin kita dah dilatih jadi malas nak menaip. Kita lebih suka berca...