December 8, 2014

Naan Cheese Leleh

Semua orang sibuk upload gambo roti naan yang ada cheese meleleh2 tu..Seperti biasa, nafsu...Aku pon pergi la cari kedainya..1 ada kat Jalan TAR (berdepan dengan Maju Junction) lagi 1 ada kat belakang Hospital Colombia, Jalan Genting Kelang..Aku pergi tempat yang kedua tu..Hari Jumaat, malam, plus hujan renyai-renyai..


Cheese Naan
ginilah rupanya


Ayam Tandoori


Garlic Naan


Kari KOSONG


nilah rupa cheese yang meleleh2 tu
dorang guna mozarella
feeling2 makan pizza


total

Rasa okay la..takde la macam meletop2 sangat..huhuu...cuma aku macam terpinga2 bila tukang amek order tanya kari nak kari apa..aku cakap la kari biasa je..sebab dia ada la tawarkan macam2 jenis kari lain...dah makan naan plus ada ayam, aku minta je kari biasa. Sekali kari biasa pon dia caj RM1...aduhai..meniaga pentingkan untung sangat nampaknya..kalau orang tak order kuah, maknanya kena makan kesat2 tu ke? untung sikit2 dah la ye..yang selebih tu niat sedekah..kalau dah sampai ke kari kosong pon caj, nak pegi haji balik hari ke?

December 5, 2014

Mesin Kering Baju DIY

Sekarang ni musim hujan kan? Setiap hari hujan. Kadang2 hujan tengahari, kadang hujan kul 5 petang..Masalah aku ialah, hujan la kot belah mana pon, aku memang tak dan nak angkat jemuran..aku takde Erni..hehe..sidai dalam rumah macam serabut..Jadinya, bertimbun2 la kain baju tak kering. Aku tak reti benda2 dobi ni. Last2 baru dapat tahu ada mesin untuk keringkan baju je..haha..village people sangat.. Balik keje, aku cakap dengan Mr.MHR nak cari mesin keringkan baju lembab ni.. Dia selamba je cakap "kat depan office tu memang ada kedai dobi DIY ni..ramai orang pergi basuh kat situ".. Bini kemain la rungsing baju tak kering, dia relax je baru nak bagi solution..adooii.. Lepas Maghrib, terus pergi..Yang aku pergi di kat Cyberjaya. Bubblelab nama kedainya..Kat Neo Cyber.


Dia buat semua sebab dia dah selalu tengok orang buat
Mula2 masukkan kain yang dah dicuci tu



Aku datang angkut bakul baju yang besar tu
Malas nak ubuh dalam beg2



masukkan syiling kat slot tu
kebanyakkan mesin terima coin 50 sen yang baru je



tunggu la dia berpusing keringkan baju tu
ada orang tinggalkan je then keluar pergi minum agaknya
30 minit kan lama
kitorang dah kenyang..so lepak je kat situ..



kalau korang takde syiling, tukar je kat mesin belah kanan tu
memang disediakan



Mesin basuh baju DIY mestilah ada
tapi aku dah siap2 cuci kat rumah
kalau tak, mau sejam gak kena tunggu basuh dan kering



beria anak aku nak melipat
pas kering tu, memang boleh lipat terus
dia sediakan meja melipat
aku tengok ramai yang lipat siap2 kat situ, masuk beg, balik...settle..



taddaa....
stok 1 minggu..haha..
nextweek time lunch break Jumaat, boleh pergi lagik nampaknya


December 2, 2014

Naik Train Dari Jakarta Ke Stesen Keretapi Bandung

Oleh kerana selalu sangat pergi negara jiran ni, aku malas la nak snap update2 pasal trip bercuti. Sekarang ni nak bagi tips2 je untuk kawan2 yang nak pergi bercuti ke Jakarta atau Bandung..hehe.. Kali ni nak bagi kaedah nak beli tiket keretapi dari Station Gambir (Jakarta) ke Station Keretapi Bandung.

Bagi memudahkan urusan, seelok-eloknya book dulu siap2 tiket train tu dari sini, Kena pulak kalau ramai kan..kalau setakat sorang dua, boleh je redah. Korang boleh sesuaikan dengan apa aktiviti korang. Takut kang dah beli tiket, berubah pulak plan..hehe.. Sebab tiket boleh di beli di kaunter sekurang-kurangnya sejam sebelum masa train. Tapi ramai yang beratur beli tiket kat kaunter...macam aku, aku beli tiket online siap2..lagipon kitorang ramai..senang urusan aku..



pergi ke tiket.com
pilih gambar keretapi tu, then masukkan:
From : GAMBIR 
To : BANDUNG
Masukkan tarikh dan berapa orang nak pergi..sekali key in maksimum 4 orang
kalau ramai, kena beli 2,3 kali..tapi dia mudah je...then click FIND TRAINS




untuk ke Bandung, sila pilih ARGO PARAHYANGAN je..
lepas tu, pilih TIME yang korang nak. Ni time Indonesia..jangan confuse okay..
Pilih yang EXECUTIVE = First Class
jangan pilih BUSINESS..bisnes dia tu kira class 2
kang duduk bercampur dengan orang2 lain, terkejut lak korang...hahaaa..
Train paling awal jam 5.15 pagi...then click CHOOSE



bila dah choose, dia akan bagitau total kena bayar
key in contact information



Passport kena key in
kalau time beli ni passport dah mati dan belum renew, still boleh je beli
yang penting ada nombor passport untuk pengesahan kerakyatan je..
then click PAY NOW

Proses pembayaran terlupa nak print screen. Tapi senang je.. Bayar guna card credit MasterCard atau VISA je..online banking tak boleh. Macam aku guna Big Card Air Asia tu je.. Senang.. Lepas selesai bayar, korang print la voucher tiket tu. Immediate print pon boleh atau print yang dia hantar kat email pon boleh. Janji ada booking number..

Yang korang print tu bukan tiket tau. Tu voucher..kena tukarkan ke tiket. Kat station Gambir tu ada mesin layan diri untuk penukaran tiket. Tukar sekurang-kurangnya 1 jam sebelum berlepas. Macam aku aritu, train kul 3.30 petang, kul 1.30 petang aku dah ada kat station, tukar tiket, then pegi la lunch kat situ sementara tunggu nak berlepas jam 3.30petang tu...sebelum berlepas, ada 1 check point keselamatan..ala2 imigresen..korang kena 'check in' awal. macam contoh aku, kul 2.45 petang aku check in kat diorang pastu terus naik ke landasan tunggu train..


ni mesin layan dirinya
Cetak Tiket Mandiri (Layan Diri)



terkecik pulak label...hehe..
nampak nombor booking yang aku bulatkan kaler merah belah kiri tu?
ha, mula2 key in nombor tu..tekan SEARCH



dia akan appear senarai nama seperti nombor booking
click CETAK / PRINT



nilah tiket yang sebenar
senang je ooiiii...
tiket ni la kena bawak ke kaunter ala2 imigresen tu...

Semua benda-benda ini kat Level G..untuk train kena naik ke Level 2
kat Level G & L1 ada kedai makan, kiosk2, resto2, Alfa Maret (ala2 7E), Roti Boy, Pappa Roti, Bread Talk, KFC, Starbucks, Surau, Toilet semua ada..

Kat Lantai 2 ada landasan je plus ada 3 orang nih..hehee..


macam tulah rupa landasan dia
anak2 kena jaga baik2..keretapi sentiasa ada
macam2 tujuan dan destinasi
korang boleh tanya kat staff dorang yang ada je kat atas tu untuk confirmkan landasan mana untuk train ke Bandung kay...


Selamat Berlibur!!

November 12, 2014

Resepi Chili Crab Halal Simple

Tajuk entry kemain kan? hahaha...yelah, selalu yang jual ketam cili ni mesti orang bukan Islam. tapi kedainya kemain penuh dengan orang2 kita ni..wallahualam...Bila aku tengok orang post2 gambar pergi makan kat kedai gemuk yang terkenal tu, aku ada gak telan2 air liur tengok gambar tu. Tapi nak melangkah pergi memang tak la kot. Kedai cina kan? tapi kenapa ramai orang Islam makan kat situ? Tukang masak dia Islam eh? Aku tak tau..Aku bertanya nih..hehee..

Nak dijadikan cerita, sebab dah kembung perut telan air liur, aku pon memulakan langkah mencari resepi2 yang diyakini. Kalau korang nak tau, ada resepi yang macam tak logik tau. So, kena gigih mencari, insyaAllah akan jumpa yang betul punya resepi akhirnya tau.

Ketam aku pon tak banyak ekor..ada 3 ekor je time tu dalam peti ais. Kerat 2, dapat la 6 ketul kan? sorang 3 ketul...huhuu..Balik kerja kan nak masak mesti yang ekspress je..kalau weekend baru boleh masak yang remeh temeh sikit..Aku nak bagi resepi ni. Paling senang dalam dunia...Kalau buat tak jadik, taktau la apa nak jadik ooiii....hahaa..



layan mata dulu
sila telan-telan ailio macam aku gak..hehe..

Resepi Ketam Sambal Cili

Ketam
Bawang putih + bawang merah (kisar)
Cili kering (kisar)
Sos Cili
Garam
Gula

Cara-cara

1) Panaskan minyak dan tumis bawang2 sampai garing
2) Bila dah naik bau, masukkan cili kering dan masak sampai garing
3) Masukkan sos cili (ikut keperluan - jangan banyak2 sangat)
4) Bila cili dah sebati, masukkan ketam dan sedikit air
5) Gaulkan dan masukkan garam dan sedikit gula
6) Bila ketam nampak dah masak, tutup api dan siap untuk dihidang


Senang tak? Ada orang pecahkan telur, tapi aku tak letak sebab telur aku goreng asing. Anak aku tu tak makan telur hancur2 ni..Jadi aku dadarkan je..Kalau korang nak pecahkan telur, make sure api besar, masukkan telur dan gaul telur laju2..kalau tak, jadi ketam pattaya nanti..hahaa..

Okay, balik kang silalah try ye...Laki aku siap tak percaya aku yang masak benda alah nie...mati2 dia ingat aku order kat kedai...phhewww....kembang montot sket...


November 11, 2014

Buffet Steamboat For Dinner @ PICC

Sesiapa yang terasa nak makan steamboat untuk dinner musim2 hujan ni, bolehlah try kat Putrajaya International Convention Center (PICC). Kitorang try makan dah. Pilihan boleh tahan banyak..Mula2 nampak macam, waahhhh...banyak gila..tapi bila pusing2 nampak sebenarnya dia letak 1 jenis kat banyak2 meja..hehe..tipah tertipu..tapi still banyak la pilihan dia..sebab kau pon bukan nak celup semua dalam periuk tu kan..Pilih mana yang nak makan sahaja hokay...









Kitorang pergi lepas sembahyang Maghrib. Dalam kul 7,30 macam tu. Maklumlah, PICC sekangkang kera je..jalan kaki pon boleh sampai dari rumah ni..hehe..tapi naik kereta sebab pemalas kan..kebetulan time pergi tu baru lepas hujan. Memang telan2 air liur membayangkan sup panas-panas kan..







instant pasta pon ada..pelbagai jenis..aku tak ambil pon..



untuk yang nak makan berat sikit
malam tu ada nasi goreng cina dengan mi goreng..sedap jugak..




ni pilihan desserts yang ada


ini pulak pilihan sos
tapi..
sebab dah biasa dengan sos J, jadi sos2 ni tak kena dengan jiwa
tapi takyah guna sos pon okay sebab......


Ginger Soup dengan Tomyam Soup dia tu sedap!!
ko takyah cicah2 sos dah...hirup kuah je dah rasa sedap nikmat.. :)


sampai2 terus makan kek dulu
siap mara kek dalam cawan kecil ni tak di refill
tak dapat la dia nak sugar rush..hahaa..


layan pemandangan kejap lepas kenyang


Korang pergilah try pulak..Sedap, kenyang, senak..huhuu...memang berbaloi la..sebab sekarang ni kalau makan kat restoran biasa pon RM50 tak lari dah harganya kan..Kalau makan kat Ayer@8 tu lagilah mahal. baiklah makan buffet kat sini..

Start Oktober hingga Disember 2014 ni PICC buat promosi. Harga untuk buffet steamboat ni RM28 untuk dewasa dan RM14 untuk kanak2. Yang bawah 5 tahun, FREE!! okay, silalah...

November 10, 2014

Kata Kunci

Banyak sangat notification tanya kenapa begitu, kenapa begini...so aku macam tertanya2, mana dorang dapat email address untuk tanya macam2 ni..setelah disemak2, rupa2nya ada info yg aku upload yang boleh digunakan oleh orang lain...Ingatkan takde yang sudi macam blog iols nih..huhuu...


Terima kasih uols kerana sudi baca blog ni..
i love u!!

November 7, 2014

Kedai Tomyam Sedap di Puchong

Area Putrajaya ni memang takde kedai tomyam tepi jalan tu. Kalau nak makan tomyam gerai, kena ke area Sg. Ramal atau Dengkil. maksud aku kedai yang sedap. hehe.. Minggu lepas kitorang otw balik umah dari Subang. Lepas tu, hujan lebat mencurah menyebabkan perut lapar. Dah tak tertahan rasanya nak menunggu sampai ke area Dengkil tu. Jadi aku menggoogle la cari 'kedai tomyam sedap puchong'. Berderet keluar nama kedai Alissara Thai Cuisine. Dah kebetulan berada dekat IOI Mall tu, jadi kitorang terus set GPS pergi ke arah kedainya. 

Waktu sampai tu tengok kedai PENUH! tapi disebabkan perut dah lapar, tak kuasa nak cari kedai lain. Duduk kat ada meja kosong tapi takde kerusi..huhuu...kena la mintak kerusi kat meja2 sebelah..Tapi patut dipuji adalah tukang ambil order. Nampak je kitorang duduk, terus datang lap meja dan ambil order. Takyah kau nak tercangak2 lambai2 panggil.


kedainya kat corner lot. nak parking pon senang

Waiting time untuk makanan sampai lebih kurang 45 minit jugak..lama ooii...
aku nengok tiap2 meja macam2 yang diordernya. 
Mau tak berkuntau tukang masak memasak satu-satu..


ni Siakap Dengan Daun Selasih
makan berdua je nih


Tomyam Campur
sedap..rasa macam dah sampai Danok


Kailan Ikan Masin
dorang ni tak kedekut bagi dalam kuantiti banyak

Aku boleh terima menu2 kat sini. Cukup rasa ikut tekak. 
So, kalau korang nak try, boleh la pergi ke alamat ni.


Ni bukan entry berbayar pon
Kalau sedap mestilah kena rekemen kan? :)

November 6, 2014

Jeruk Mangga Asam Boi

Fenomena betul benda nih..Mula2 aku ignore je..tapi kalau dah selang sejam ada je yang upload kat fesbuk tu, mestilah nak kena try kan. Terus balik keje cari mangga muda dengan asam boi..Senang je benda ni...sap sap suiii...


ni pas potong2, letak je dalam bekas


 lepas 4,5 jam dalam peti ais, dia akan jadi macam nih..


sapa2 baru nak mencuba, amek la resepi hakak bagi nih...


post kat fb macam biasa la, mesti ada yang request
tp bila ibu mengandung yg request, kena la bawak
dia duduk hadap benda ni kemain sampai tak pandang kiri kanan..

* harga mangga kemain melambung2 lately..dulu sekotak besar tu RM 50 je..ni tetiba dah jadi RM80...melampau!!

October 29, 2014

Sup Daging Korban

Sekarang ni tiap-tiap petang Putrajaya ni hujan lebat. Petir kemain la sabung menyabung (puitis tak aku?) hehe..hari-hari kena masak sebab bila hujan mesti la perut lapar kan.. godek2 phone, jumpa gambar ni. Terus telan2 ailio..

Raya korban baru ni, keluarga Mr.MHR ada buat korban. So, mak mertua aku bagi daging kemain la banyak. Nak makan berdua je. Tapi dia bagi dekat 6kg aku rasa. Ni baru plastik kedua aku masak. Plastik pertama aku buat sup, bawak pg ofis..kakak2 yang ada darah tinggi lupa ada penyakit. kemain bertambah2..haha..


daging dengan tulang ni aku rebus guna rice cooker je
aku panik kalau pakai pressure cooker..haha..
bila dia berbunyik, aku mesti panik nak tutup gas
jadi, guna rice cooker. Rebus 2 jam..
lantak le kau dalam tu...aku lepak layan masterchef..
lepas 2 jam atau lepas daging tu lembut, baru la aku tumis bahan2 sup
resepinya refer sini
sama je proses memasaknya


makan sup mesti la lawan dengan sambal belacan
aku tak berahi sangat kalau sambal kicap sebab kicap kan manis.
tak letak gula pon dia ada rasa manis2
tak kena citarasa aku
kalau dapat lauk macam ni, aisehhhhhhh....senak perut!! 

BERUBAH

Sejak munculnya pelbagai platform medsos ni, platform ni paling sendu. Mungkin kita dah dilatih jadi malas nak menaip. Kita lebih suka berca...