Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2011

Terguris...

Ada tak orang yang saja mintak anak dia sakit? ada tak? kalau ada, TOLONG bagi nama orang tu..aku nak tanya perasaan dia bila anak dia sakit sbb dia saje2 mintak kan...

Aku terpaksa amek EL 2 hari lepas sbb anak aku tak berapa sihat..So, aku kena jaga sbb mak aku tak larat nak jaga dia..Mak aku pon bukannya muda..Tahun ni dah 58 tahun dah umurnya..Kudrat dah tak sedaya dulu..Jadi, aku kena la cuti sbb nak jaga anak yang meragam..Suami keje swasta, kelayakan cuti pon tak banyak..Makna kata aku yang keje gomen dan yang ada baki cuti 31 HARI nilah yang kena jaga anak!! ni dah bulan 8 dan cuti aku de balance 31 hari..salah ke aku cuti jaga anak?

Aku bukan saja2 xmo pegi keje & menyusahkan orang lain
Aku bukannya tau bila anak tu tak sihat
Aku pon x mintak pon supaya Tuhan bia anak aku sakit

Selama ni aku diam je bila ada yang bijak pandai cakap macam2. Yelah aku baru kat tempat kau kan? Baru bukan beerti anak...Selama ni jugak aku keje dengan suci hati. Takde syak wasangka kat sapa2. …

Biskut Raya Pertama 2011

Minggu ni bermulalah operasi membuat kuih raya..tahun ni aku xde order kuih raya pon sbb aku nak dah berniat nak bancuh sendrik semua kuih...Jadi, kuih pertama yang aku uli adalah Crystal Ball...utk pengetahuan, aku refer resipi yang paling aku percaya tapi tak betul gak sbb adunan aku lembik melekit guna resipi tu..so, aku alter resipi tersebut hingga menjadi resipi aku sendiri...

Lenguh gila nak menggentel kuih ni..kaler ni aku main tuang je..takde sukatan. bila aku dah puas hati dgn kaler yang muncul br aku stop tambah pewarna..hehee..


Akeef kena kepung ngan sofa supaya dia tak lepas masuk ke area dapur..so, dia sebok bertegur sapa ngan Ibu dgn harapan Ibu nak amek la kononnya..tak dapek nak ooii...berkecah dapur kalau Akeef masuk...


* gambar dah siap, aku lupa snap..nnt aku hapdet ye.. :)

Buka Puasa @ KRR

Tahun ni aku kena qada' balik janji berbuka puasa kat luar dengan En.Suami sbb tahun lepas sebulan derek dia berbuka kat rumah kan? ingat lagi entry tamak halobaku? hehee...jadi, tahun ni bila ada je masa terluang + rezeki lebih, ktrg pon pg la makan kat luar..

Sabtu minggu lepas, kitorang pegi berbuka kat Mines sbb rumah mak mertua aku area sana. Jadi, berbuka puasa berjemaah la maknanya kan...aku mcm lenguh tangan menguli kuih so takleh nak type bebanyak..korang tgk gambar je ye..hehee...

Gelap btol aku skang ni..semakin menjadi2..keje dlm ekon tp tak cerah2 gak...

Ni makanan untuk 5 orang..kenyang kami sampai ke sahur..alhamdulillah....

Lima, Dua Inggit

Kalau pg beli kueh kat Pasar Ramadan tu, mesti riuh dengar org2 meniaga ni duk jerit2 promote brg jualan dorang kan? Segala jenis juadah semua ada kat pasar tu. Dan kita2 yang tak berapa nak kuat iman ni, semua benda nak beli kan? Yang paling menarik skali kat pasar ramadan ni adalah kuih muih. Macam2 bentuk, kaler, corak ada jual. Tapi satu je yang tak best...

Aku : Kueh ni macam mana kira kak?

Akak tu : Lima, dua inggit...(maknanya satu 40sen la kan?)

Aku : Okay, bagi saya 3 bijik kak..

Akak tu : Tapi, 5 dua inggit..

Aku : Tak, saya nak 3 je sbb saya berdua je kat umah..

Akak tu dengan muka masam bungkuskan 3 pastu Aku pon bayar RM1.20..

Kalau ikut logik, biarlah org nak beli bape bijik pon sbb bukannya bila org beli 3 bijik, org bayar singgit kan? Skang ni mmg trend meniaga paksa2 hokay..buat apa aku nak tambah lagi 2 bijik sedangkan yang 3 tupon blom tentu abes. Dan skang pon mmg trend org membeli akan beli banyak bertujuan nak dapatkan diskaun yang ntah berapa sen tu..dan kemudiannya …

1st Birthday M.A.M

Anak kami Muhammad Akeef Mirza lahir pada 3 Ogos 2010..Jadi, 3 Ogos 2011, genaplah umurnya 1 tahun..alhamdulillah...tahun ni tarikh 3 Ogos adalah hari ketiga umat Islam berpuasa. Jadi, Ibu terpaksalah melupakan niat nak buat besday party untuk Akeef..nk buat kenduri pon tatau la sapa yg nak datang..hehe..kebetulan, 2 hari sebelum 1 Ramadan aritu, mak aku nak buat kenduri menyambut puasa & doa selamat kat kampung sbb dah lama tak buat kenduri. Jadi aku pon menyelitlah menyalurkan niat nak buat besday Akeef sekali walaupon xde la grand sangat...Sekadar nak bagi sedekah je kat budak...balik keje aku pon pg la membeli apa2 benda yg sesuai nak bg budak2 kat kampung tu..

Aku mmg rambang mata masuk kedai yang jual benda2 ni..kira mcm 1 stop centre la kedai ni..semua benda yang sewaktu dengannya ada dijual...so, ini antara barang2 makanan yg tak berapa sihat yang aku beli. Air kotak pon aku beli gak tp tak bawak masuk umah..tersimpan rapi di bonet kereta...

Aku masukkan dalam bakul ni je …

Versi Ibu Siti : Puding Karamel

Dulu aku skolah kat Pantai Timur 2 tahun tp aku tak penah cuba benda ni..cuma yg aku tau org kat sana panggil makanan ni 'beleda'...hahahaa..pelik2 bahasa kat sana...sesak nafas aku nak ingat. Kat sini org jual kemain mahal..sepotong sampai RM3..jadi aku buatlah sendiri..RM3 tu leh dpt seloyang.. :)

Nak resepi? Okay, sila copy...

Untuk Karamel :
3 sudu makan gula
2 sudu air

Panaskan loyang atas dapur guna api kecik.
Masukkan gula & biar gula cair keperangan.
Tutup api, masukkan air sikit2 & pelan2..sbb kalau tak memercik..
Ketepikan & biar dia mengeras dulu.

Untuk puding :
5 biji telur (tak kesah size apa..jangan membazir kay..)
4 sudu besar gula (resepi asal guna 6..potong kaki wooo..)
Esen vanila
3/4 tin susu cair

Masukkan semua dlm blender & blend sampai gula hancur.
Jangan lama2 sangat nnt berbuih banyak.
Panaskan kukus..
Tuang bancuhan puding ke dalam loyang tadi & kukus dalam tempoh lebih kurang 15 minit.
Bila dah masak, terbalikkan dalam bekas lain & simpan jap dl…

Saya Punya...

Saya baru dapat tepon baru..En.Suami belikan. (tq banyak2 yang..hehee..) En.Suami belikan smartphones sbb saya kena tegur oleh bos kedekut kt ofis sbb selalu bkk fb ngan blog..bodo punya andalusia..sbb tu ko tak kawen..x reti bersosial... Okeh,sorry terbabas sket..saya mmg cepat emo..hahahaa...dan inilah phone baru saya...


Lagi best wo o o...lagi best wo o o..lagi..lagi..lagi...

Sekian terima kasih...

Tamak Haloba...

Walaupon umur aku dah masuk 30 tahun ni & dah seumur idop tinggal kat kolumpo ni, aku tak penah makan kat Chilis yang digembar-gemburkan tu. Semua tmpt aku aku pegi tp kat KLCC tu aku tak sampai2..hukhuk..mcm sadis je kan..Waktu zaman bujang, aku xde kawan yg nak ajak buat peneman makan kat situ. Sbb dr dulu besfren aku sume suka makan masakan melayu jd aku kena telan air liur je bila gugel website kedai makan nih. Waktu bercinta pon tak sempat pegi sebab aku takde masa nak beratur lelama kat depan kedai ni tunggu meja kosong sbb time bercinta tu aku bz kejar kelas sekolah....
Oleh kerana tahun lepas aku dalam pantang time bulan Ramadan & sebulan tu gak la En.Suami berbuka puasa makan air tangan mak mertuanya, so tahun ni aku bayar semula..huhuu..Jadi kami pon telah memulakan misi mencuba makan kat tempat ni dengan harapan yang menggunung tinggi. Pas je solat Asar, kami bertiga pergi la ke KLCC naik LRT. Kalau naik keta, parking dah la susah nak dapat bila wiken + fee dia kema…

Lipstik Oh Lipstik...

Dalam bulan puasa ni, mesti ramai yang selalu kering kat bibir kan..Tadi waktu tengah melepak tgk tv, tiba2 aku teringat pasal citer kelakar psl bibir yg kering nih..Benda ni pon aku br je dpt tahu dalam 2,3 tahun kebelakangan ni je..sebelum ni mmg aku 'innocent'..hahaa...

Dulu aku skolah kat satu skolah teknik kat Pantai Timur sana..kat sana tak ramai pon budak2 dr negeri luar nie..Majoriti bebudak sana je & bekeng2..hahaa..Nak dijadikan cerita, cuaca kat sana mmg panas..Selain kulit yang mengering (walaupon buh lotion kemain banyak), bibir pon turut mengering. Waktu tu lotion pandai la pakai tupon pas tgk ramai kenkawan pakai tapi lipbalm ni mmg tak berapa nak bijak la kan..

Bila cuti sekolah, balik KL ngadu kat mak ckp bibir dah pecah2..so b4 balik sekolah semula, mak suh "amek cam mcm gincu atas almari tu..kaler ijau..dari mekah tuh"..hahaha..series nak gelak..sebenarnya mmg ada 2 tube yang kaler ijau..tapi sebab lebih bijak, aku amek yang serba ijau..contoh ad…