January 14, 2021

PKP 2.0 Malaysia

Luka lama berdarah kembali.


 Sumber : Facebook

Assalammualaikum & Selamat Pagi. Apa khabar korang semua? Masuk hari kedua Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 dah kita. Ok lagi kan?

Semalam sis kena masuk ofis juga. Settlekan apa2 yang patut. Hari ni bermulalah episod BDR (Bekerja Dari Rumah) sehingga 26 Januari 2021 nampaknya. Tapi kalau ikut unjuran, nampaknya sampai Aidil Fitri kita akan duduk rumah ni 😅

Dah bersediakah kita nak sambut raya diperantauan sekali lagi? Jangan sedih-sedih. Norma Baharu. Kita mesti boleh!! Isi waktu dengan perkara berfaedah, tambah ilmu join kelas-kelas online, jika minat memasak tapi tiada kemahiran, boleh join kelas2 PJJ yang ada banyak kat platform socmed.

Kita Mesti Menang!!

January 4, 2021

Kek Red Velvet RM2.10

Suka makan kek red velvet ke tu? Tapi kalau beli sebiji, makan modal jugak kan. Kena pulak kalau anak-anak sejenis asyik makan tanpa henti..hehe..

Korang boleh try tepung kek premix dari Eco Shop. Ha, sis promote kedai eco hari ni. Kat kedai Eco tu selalu tepung ni ada 2 brand. 1 brand Mauri, 1 lagi Noraini's. Waktu aku pergi aritu, Noraini's dah habis. Jadi, sauk brand Mauri. Senang nau nau ada tepung ni. Sepeket RM2.10. Beli la 2 peket. Boleh dapat kek untuk size 7 inci. Sedang molek.




Ikut je arahan kat plastik tu. Confirm menjadi. Dia tak tipu.


Aku buat 2 peket. Tapi loyang kecil2. Jadi kena guna 2 loyang.
Bila dah siap bakar tu, kerat dua. Sebab nak letak cream cheese tengah2.



Tadddaa...dah siap. Waktu potong tu mesti ada yang tak rata kan? hahaa..maklumlah bukan professional baker. Maka, yang tak rata tu, serpihannya kau tabur la atas kek yang dah disapu cream cheese. Resepi cream cheese pon senang je. 125g cream cheese + susu pekat. Sesuaikan ikut rasa masam manis kegemaran sendiri. Kacau sampai smooth sikit, dah boleh sapu kat kek korang.

Senang kan?

January 2, 2021

Sambal Tempoyak Goreng

Hari ini aku nak bagi resepi paling mahal dalam dunia sebab guna raja...
Sambal Tempoyak Goreng!!

Guna raja buah mestilah paling mahal kan? Lauk ni kalau buat, makan dengan nasi panas-panas campur dengan telur dadar dan ulam-ulaman, hurmmm...kelaut la semuanya.

Lauk paling senang buat. Cuma perlukan :

✅ Tempoyak 2 senduk
✅ Petai
✅ Cili padi kisar (ikut tahap berani)
✅ Udang putih (udang rencah) atau ikan bilis. Tapi aku suka udang
✅ Daun kunyit
✅ Bawang besar (hiris)
✅ Garam dan gula secukup rasa

Nak masak lauk ni senang je. Semua bahan-bahan tu digaulkan dalam mangkuk siap-siap bagi sekata kemudian kau panaskan minyak dalam kuali. Lepas minyak panas, lebur je semua bahan danlam mangkuk tu ke dalam kuali. Api jangn besar sebab nanti hangus kau punya tempoyak. Masak sampai minyak tu terbit. Dah terbit minyak, boleh tutup api, angkat dan silalah baca doa makan.


Ha, dah pergi masak. Nanti asyik baca blog je, lapar orang kat rumah kau tu 😂. Nanti jangan lupa tinggalkan komen menjadi ke tidak resepi aku bagi ni. Resepi senang kalau tak jadi, sentap la aku. Malas nak bagi resepi susah lepas ni..

kbai....

BERUBAH

Sejak munculnya pelbagai platform medsos ni, platform ni paling sendu. Mungkin kita dah dilatih jadi malas nak menaip. Kita lebih suka berca...