Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2014

Satay Sedap Tak Tipu Punya

Ini bukan cobaan..Ini betul2...tetiba je blog aku nak promote barang. Macam la ramai sangat follower kan? hehe.. takpe..rezeki, kita tak nampak. Yang penting usaha..
Nah!! ada 1 usahawan baru (suami isteri) start bekalkan satay frozen siap dengan kuah kacang dan yang paling penting harga cuma RM10 je sepeket. Korang akan dapat 15 cucuk satay ayam atau 13 cucuk satay daging. Maklum le, daging rege mahal sikit kan..
Dorang ni home-based sahaja buat masa ni. IKS kekdahnya. Satay ni dinamakan SATAY PAK ABU..resepi turun temurun. Sejarahnya, dulu dorang meniaga buka gerai kat depan Balai Polis Wangsa Maju tu..Tapi disebabkan berpindah tempat kerja, maka tak boleh nak teruskan berniaga gerai di tempat lain. Jadi dorang supply satay frozen untuk kegunaan domestik..chewahhh..ayat marketing sangat hokay.. :)
Satay ni memang diperap dengan rempah2. Cukup sifat. Bukan sekadar lumur garam kunyit je. Yang paling penting, kuah kacang yang dibekalkan memang meletop kebabom. Korang boleh LIKE facebo…

Bonus Raya 2014

Khas untuk penjawat awam, Kerajaan beri bantuan khas kewangan sempena hari raya yang bakal menjelang ni.Takyah komen cakap RM500 je? Ko ingat senang ke nak dapat lima ratus buta2? Orang dah bagi, bersyukur..Alhamdulillah.. Dan jangan pula yang keje swasta jadikan isu konon2 ni duit ko bayar cukai. Orang kerajaan tak bayar ke? Kalau sapa yang suka pertikai benda ni, patut bagi full swing je. Keje korang mengkomplen je kan? Secara logik cuba tanamkan dalam hati :
Penjawat Awam MAJIKANnya Kerajaan Pekerja Swasta MAJIKANnya Syarikat masing-masing
Jangan pertikai rezeki orang.
Wassalam...
* yang dapat bonus, jangan belanja sakan beli kuih raya lak ye.. Beli yang perlu je zaman2 gawat tak gawat ni. Kang seronok melaram tudung bertingkek2 time raya, pas raya nanti takut sendu lak...huhuu..