September 20, 2011

Nasi Menambahkan Lemak

Korang dah dinner? aku dah..balik keje tadi, dlm kul 6.oo dh sampai umah, aku trus memasak..Mr.MHR pg men badminton jap..Aku memasak kat dapur sementara Akeef tgk his Babytv..Aku mmg terasa nak masak nasik lemak..selain mengenyangkan, ianya juga dpt membantu menambahkan lemak dengan pantas dan berkesan..hahaha...

Kul 7.30 td Mr.MHR dah sampai umah..pas dia selesai uruskan diri (huhuu..) kami pon duk la makan..ini FIRST time aku buat nasik lemak. Nasi ni resepi mak aku..aku tak bg resepi la eh..nasik lemak je pon..korang mesti lagi terer...jadi, seperti biasa, silalah menjamu mata...

Sebab aku rajin buat lauk, makan nasi lemak kami de lauk ayam goreng..itu sbb aku rajin..kalau aku malas, mesti dah siap rendang daging.. ;p

September 19, 2011

Apam Dot Dot...

Tahu kah anda saya menerima tempahan untuk buat apam polkadot? hahaa...Minggu lepas aku tak dapat nak buat tempahan open house orang sbb anak tak sihat. Ada la 2,3 kawan yang tak dapat nak merasa air tangan aku ni gamaknya..hahaha...sewel tol...Semalam, ada member aku call mintak buatkan apam polkadot ni sbb nak bwk pg opis dia ada potluck sempena raya. Dia dh bosan org asek makan kek je so dia suh la aku buatkan. Dia yang bosan, aku yang kena buat kan..boleh? aku ok je la kan...rezeki Tuhan nak bagi sambil dapat menolong kawan2...

Selalunya aku buat apam ni hujung minggu je bagi tempahan khas sbb hari keje kan mcm penat sket..selain tempahan khas, aku mmg buat apam ni utk restoran makcik aku..tp aku bancuh setiap 2 hari la..Ahad, Selasa & Khamis...tapi dah dia ni kurang paham bahasa sket, kena la aku buat gak pas maghrib tadi. Baru je siap packing semua dalm kul 10.30 td..esok otw aku pegi keje, aku singgah la bg kat dia..suh dtg amek skang, jangan harap dia nak datang...hehee..

Aku tak sempat nak amek gambo bebanyak sbb aku dah letih mewarna apam ni..short notice mmg le letih kan...So, ni jelah yang sempat aku snap...silakan menjamu mata... :)


Oh lupa..kalau org order apam aku nie, aku register namanya sebagai MAM's Sweeties...mcm M&M's kan? barulah Amerika!! hahaa...kalau korang jumpa bekas2 plastik yg de sticker tulis MAM's Sweeties tu, hah,tak reti2 lagi sapa owner dia..kwang3x...


Kawan aku order suh agihkan 3 bekas sbb dia kata senang xde org serbu 1 bekas je nanti..Jadi aku isi macam ni..1 kotak ni leh muat 44 bijik..aku jenis simetrikan semua dalam tu..tu yang tak genap 45 bijik tu..hahahaa...

Lagi satu aku jenis pembuat apam yang tidak menyukat inti aka filling tuh..aku ubuh je ikut selera mata aku..tu sebab SELALUnya dan keBANYAKkan apam yg aku buat isinya melimpah2...nampak mcm tak cantik kan tp yang penting isi..bila korang makan, meleleh intinya keluar..barulah menjilat jari ala2 kepsi tue...ni IKLAN percuma ok..hahahaa....

apam polkadotYang ni contoh apam yang aku buat untuk restaurant tue..aku siap2 bungkus dalam ni..sebekas de 12 bijik..RM5..sbb siap bekasnya sekali...bekas plastik mahal la skang..aku xtau caner nak kurangkan kos lagi..tp alhamdulillah laku sbb org pon paham kot kos yang meningkat naik skang...jadi, de la lagi rezeki aku...meniaga tak boleh tamak.. :)

So, kesimpulannya, kalau korang nak order ngan aku, silalah..hehee...harga murah je aku bagi..tapi minimum order kena 50 bijik la ye sbb tak balik modal kalau bancuhan separuh atau kurang dari tu...

Aku letak harga skali kalau2 ada yang nak order ye....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Apam Polka Dot WITHOUT Filling

50 biji : RM 15.00
100 biji : RM 28.00
( Dibungkus dalam bekas plastik transparent )

Apam Polka Dot WITH Filling
(3 jenis filling : boleh pilih)
50 biji : RM 20.00
100 biji : RM 33.00
( Dibungkus dalam bekas plastik transparent )

Fillings
Blueberry
Strawberry
Chocolate
Chocolate Chips
Red Beans
Peanut Butter
Orange
Lime
Kaya

Warna
Boleh pilih 2 kombinasi untuk sebiji sebab kalau 3 warna sebiji, dah carca marba gamaknya... (^_^)

Kalau tambah filling menjadi lebih dari 3 jenis,
kena add 50 sen untuk setiap filling yang ditambah bagi setiap 50 biji ye...

*****************************************************************************************
SPECIAL ORDER

Untuk tempahan istimewa, sila hubungi saya terus sebab boleh saya quote ikut apa yang anda mahu. Kalau order lebih 500biji, harga boleh KAUTIM..

terima kasih kerana sudi membaca...

September 18, 2011

Pengalaman 3 Hari 2 Malam

Peringatan...

Ini entry panjang sbb aku x ingin pon benda ni berlaku dalam idup aku. Tapi, dugaan dari Ilahi. Kena tempuh jugak...Minggu lepas adalah minggu yang sangat meresahkan dan tak tentu arah buat aku dan Mr.MHR. Kalau nak ikutkan, takde pape pon yang patutnya menyebabkan benda ni berlaku. Akeef sakit..hukhukk...sedih giler aku nih...walaupon cirit birit & muntah2, aku tak tahan tengok Akeef yang baru berumur setahun tu tempuh benda ni...ya rabbi...

11 September 2011 - Ahad
Ktrg pegi berjalan raya kat umah kawan baik Mr.MHR kat Bangi. Duduk kat sana dari kul 1 petang sampai la kul 6 mcm tu. Akeef takde makan pape pon kat situ. Minum susu dia je pastu main ngn budak2 lain. Tu jelah keje dia. Pas sudah tu, ktrg trus balik rumah. Kat umah pon aku tak memasak sbb dah kenyang makan kat umah kawan tu tadi. Akeef pon minum susu je gak sbb dia letih agaknya..Time maghrib tu, tgk Akeef berak kemain banyak. Abes pampers. Pas cuci dan mandikan, dia minum susu & tido. Dalam dia tido tu, tiba2 dia kentut. Macam org besar lak bunyiknya! tgk2 seluar dia dah basah..eh, kenapa lak teruk sangat beraknya...tak puas hati, siap2 trus pg klinik..time tu dah 9.45 macam tu. Doctor dah nak balik dah. Tapi sbb baby, so dia masuk balik. Doctor kata takde pape..maybe kembung, Bagi ubat, trus balik. Tapi malam tu, mmg Akeef berak je setiap setengah jam macam tu. Asal kentut je penuh pampers..Panik giler!!

Waktu ni kitorang baru nak kua umah pegi jalan raya...

Ni waktu kat umah tu...elok je dia main..

12 September 2011 - Isnin
Akeef tak benti2 berak..Tukar je pampers, banjir...tukar je pampers, banjir..adulahai....Kul 5 tu ktrg dah takleh nak tido dah sbb tak senang duduk pikirkan Akeef nie..Masalahnya, dia tido je..sbb tu lagi la taktau apa masalah sebenarnya. Takleh tunggu, ktrg pon mandi, siap2 nak pegi spital. Taktau spital man nak tuju, last2 pilih yang paling dekat jelah, Ktrg pg PUSRAWI tu. Kul 7 pagi ktrg dah tercongok kat wad kecemasan tu. Doctor check2 then suh masuk kat wad pemerhatian tu kejap sementara nak transfer masuk wad. Mintak la segala macam dan tanya segala bagai, tapi...................................

Mula2 misi datang mtk medical card kata nak mintak GL dari insurans company. Aku taktau prosedur mcm mana okay sbb aku tak penah pon berniat saje nak masukkan anak aku dalam wad. Then lepas misi tu pegi, datang 2 misi, nak pasang tiang yang drip air tu kat Akeef. MASALAHNYA, pas dah bedung Akeef dan budak tu meraung bagai nak rak plus cucuk 2 tempat, dia kata tak jumpa urat sbb Akeef meronta. FINE!! panggil doctor..doctor buat pon tak jumpa..so, dah 3 kali tangan kanan Akeef kena cucuk tapi tak jumpa urat..macam haram!!

Jam dah kul 9.30 tapi tak gak pegi wad lagi. Aku sabar lagi sbb aku ingat mmg kena tunggu 9.30 org masuk ofis baru leh VERIFY...datang plak doctor pakar nak TRY masukkan wayar drip air tu..cucuk lak tangan kiri, 2 kali, TAK JUMPA jugak!! dia kata, "anak ni dah tension. so, saya jumpa kat wad kat atas ye"...Okay, jam dah pukul 10 dan kami kat situ lagi tak kemana-mana dan hati aku dah panas sbb anak aku dah dekat 5x tukar pampers...

Aku pg tanya kat kaunter tu, ada sorang pempuan duk kat situ ckp insurans tak reply2..aku mintak no fon org yang dia call tu,. Aku call tak dapat line plak..Last2 aku call ejen mtk tlg sbb aku pon taktau sapa yang masih blom bangun tido atau sapa yang dah bangun tapi masih bermimpi..Sbb fed up, aku dail sampai nak putus jari, br dapat ckp ngan comp insurans tu. Lepas INTRO sket, aku tanya apa masalah yang susah sgt nak bagi GL. jwpn lahanat si bodoh yang jwb fon tu " kami ada tanya satu soalan, tapi pihak hospital masih belum jawab soalan tu.." macam babir tak? aku mmg dah menggigil nak bunuh org je rasanya..aku tanya la soalan apa yang MISTERI sangat tu? dia jawab "kami nak nombor mykid Akeef..." sial btol!!! ko telefon aku kan senang..aku boleh bagi terperinci siap ngan pukul bape dia lahir la weh!! aku betul2 marah time tue..bila aku cakap apsal dia tak call aku dia tanpa rasa bersalah jawab, " kita hanya akan call puan kalau hospital tak reply.." Ya Allah!! mmg sabar aku dah takde dah time tu. Aku call akak ejen tu mtk tlg dia settlekan sbb aku nak masuk wad skrg jugak. Akak ejen tu kawan aku time belajar tu..

Bila nak masuk wad, lagi 1 masalah, xleh masuk selagi xde GL....kenapalah aku diuji mcm ni sekali. last2 mmg aku naik suara kat depan kaunter + depan doctor ngan ada 2,3 org kat situ dengan soalan "berapa ribu deposit saya kena bayar yang melayakkan saya masuk wad nih???..Mr.MHR mmg dah berangin dah time ni..nasib baik dia tggu kat luar..ngan Akeef semua dia angkut keluar ajak pg spital lain...agaknya sbb suara aku mcm petir, trus dtg sorang misi ajak aku pg wad time2 tu gak...giler kau!! 3 jam aku duduk menunggu tanpa arah tujuan..kecemasan apa wad macam ni..bengang!!!

Ni dah sampai wad. Akeef dah xde seluar dah sbb aku bwk 3 helai je seluar dlm beg doraemon aku tu..semua dah kena berak dia...tak kesian ke tgk anak macam ni??

Aku masuk wad kul 11.15 macam tu..mmg terseksa service hospital nih..masuk je bilik pas dah siap2 semua, Mr.MHR cakap dia nak pg ofis jap settlekan apa yang patut then balik umah amek barang2 pastu dtg hospital semula. Aku pon okay kan je...pas je Mr.MHR balik, Akeef betul2 menduga aku. Dia berak semakin teruk. setiap 10 minit dia akan cirit. Mula2 dia muntah dulu, then cirit. Dan setiap kali tulah aku kena tukar pampers dia sbb baunya kuat betul..heran aku macam mana boleh teruk sampai mcm tu skali. Pas tukar pampers, baru je dokong, dia akan teran sekali then banjir lagi...dugaan betul..Akeef lak kena dokong je sbb bila aku letak je atas katil, dia akan menangis sekuat hati. Mana larat...aku mmg rasa nak pengsan..pastu tak nmpk batang idong sapa2 pon datang check ke apa ke...last2 aku yang kendong Akeef bwk pg kat kaunter depan bilik tu tanya..aku siap cakap, kalau stkt suh bagi katil then suh duduk dalam bilik tu je, baik duk umah..at least bg la ubat ke kalau pon xde doctor nak check...aku trus masuk bilik semula..kakak yg katil sebelah tu pon anak dia cirit tp anak dia dh 7 tahun..tak perlu didokong...akak tu pon pelik nape lembab plak nurse aritu wat keje...aku lagilah pelik sbb nama pon spital mestilah kena laju kan??

Tak sampai 5 minit pastu, ada misi sorang masuk bawak ubat cirit birit katanya. Bagi Akeef 1 shrink then dia kua..pas minum ubat tu, baru Akeef benti berak sket...ada gak berak tp sekali je mcm tu then dia tdo & aku leh letakkan dia atas katil sbb dia lena..time tu dah kul 1 lebih...mak aku pon dah sampai tgk cucu dia sakit mcm tue..Mr.MHR pon dah sampai bwk makanan utk aku sbb aku pon mcm nk pitam dah..tak cukup tido plus tak makan...Ngam2 je pas aku sudah makan, doctor pakar tadi pon sampai...walaupon mula2 aku dah mengamuk siap, pandai dorang bagi doctor yang lembut...ilang semua marah aku...dorang check Akeef dan bawak dia pg bilik rawatan sbb nak pasang drip tu tp Ibu takleh ikut..taktau la pe prosedur dorang buat..siap2 tgk wayar tu dah ada kat KAKI Akeef...tak jumpa kat tangan, ke kaki kesudahannya...aku cuma dengar Akeef menjerit nanges je..yang lain2 aku tak nampak...

Pastu semua org balik, tggal aku ngan Akeef je..akak yang katil sblh tupon dah leh kua ngan anak dia..so, mmg tggal ktrg berdua..aku panggil misi tanya boleh ke suami tido cni sekali? dia kata takleh..kena sorang je tggu..aku ckp aku takleh jaga sorang2 ni sbb selalu pon mmg Akeef tdo ngan ayah dia..Misi kata kalau nak, kena duk bilik single..Aku pon mtk la bilik single tapi dia ckp penuh lak..then aku kata, kosongkanlah katil sebelah ni sbb dah takde bilik single lagipon suami aku mmg kena tdo spital ni..nurse tu kata takleh sbb takut kalau de yang masuk. Tapi dia kata boleh stay sampai kul 12 malam..then balik..aku malas dah nak ckp ngan misi tu, then aku diam jelah..time ni Akeef tdo tp still berak2 sket..Aku duk atas katil sbb Akeef tdo atas pangku...

Kul 4 lebih dia terjaga & nanges..So,aku pon dokong la dia ke hulu kehilir dalam bilik tu..Tiba2 dgr dia meneran & nah! aku rasa macam air terjun!! abes basah baju aku + penuh lantai bilik tu..aku taktau dari mana datang semua isi perut Akeef tu..dia tak nanges langsung!! Aku trus tarik besi Akeef tu masuk bilik air dan basuh baju & seluar yang aku pakai...kuyup!! aku cebok & mandikan Akeef skali..pastu aku intercom misi suh cleaner cuci bilik..misi tu terkejut tgk..yelah, mau tak terkejut..baru kau tau kan anak aku betul2 sakit..ingat aku saje2 fussy tak tentu pasal?...penat la jugak cleaner tu mengemas..memacam ubat dia ubuh nak ilangkan bau yang kuat tue..aku sbb dah imuned..so, aku cam xde perasaan tgk dia mengemas lantai tu...aku call Mr.MHR suh dtg cepat sbb aku lak dah bau busuk..tgk2 mak & ayah aku sampai dulu bwkkan baju..Mr.MHR lambat sket sbb dia pon pening tak cukup tido..aku trus mandi sementara mak aku jaga Akeef..waktu ni, adik aku semua dah ada dah la..sbb dah kul 6 kot time tu...

dalam kul 6 lebih, Mr.MHR sampai..aku dah sms dia bgtau psl kes bilik single tadi..dia ckp, "ikutlah ckp dorang yang..kang kalau Akeef nanges, u pujuk la...okay la Akeef tu nanti..." eh, mana boleh..ni kan spital byr..bukan GH..aku dulu duk GH aku mmg la tak menjawab sbb aku byr singgit je..ni aku bayar ribu2..takkan senang je nak amek duit orang..makan haram ooii...malam tu mmg seperti dijangka Akeef meragam sbb dia dah start demam..kul 11 mcm tu, bilik kami dh gelap sbb ktrg dh mengantuk betul plus letih..Akeef pon tido sbb dah kena injection..jadi kesudahannya, sampai pagi la Mr.MHR tido spital...huhuu...

Subuh tu tukar shift..aku tdo tepi, Mr.MHR lak riba kan Akeef...nmpk tiang ngan wayar tu? aku tak sampai hati nak snap kaki Akeef..aku xmo jadi kenangan bila tgk gambar dia ngan benda tu...


13 September 2011 - Selasa
Siang tu pas doctor check, aku dpt tukar pg bilik single..senang sket idop aku sbb sapa2 leh duk situ...mak ngan ayah aku dtg duduk lelama pon xde sapa nak halang...time ni Akeef berak lg tp dah kurang tapi montot dia lak dah melecet...bila aku nk tukar pampers je, mula la dia menangis..pedih..mesti la dia tak tahan kan....kena la aku sapu krim cepat2 then pakaikan pampers sbb takut lambat je kang, dia tercirit lagi..hati aku mcm dah lega sket tgk dia dh leh senyum2 walaupon banyak gak la dia menangis...Mr.MHR mtk cuti ngan bos dia sbb dia takleh nak keje tgk anak dia sakit mcm tue...so, tghari tu Mr.MHR dah de kat hospital..ktrg gilir2 jaga Akeef sbb masing2 tak cukup tido kan..kepala pon dah pening...aku lak kejenya asek pg kafe,koop,kafe,koop sbb masing2 asek lapar je..dah la bilik sejuk, kat luar lak,ujan je..sejuk2 mmg la kebulur je.lagipon baru de selera sbb anak mcm dah okay sket...malam tu kami berkampung dalam wad lagik...

14 September 2011 - Rabu
Aku ingat pagi tu dah boleh dicharge..tapi kena tggu doctor datang check dulu. Doctor lak kul 2 lebih baru datang..dia suh stay lagi smlm tp aku mtk balik..ayat doctor ni mmg tersusun "susah ye tido hospital?kelam kabut jadual eh?"..so, aku pon ngaku la..baik duk umah..selesa sket nak menjaga anak..dia pon bagi balik..tapi nak uruskan proses keluar pon makan masa gak...nak bayar bil, amek ubat, timbang Akeef...last2 dah petang gak baru leh balik...aku mmg dah abes tenaga..mujo la sampai je umah, mak & ayah aku amek Akeef...dan lega hati tgk Akeef dpt tido meniarap semula..selesa agaknya tdo atas tilam dia sendiri...tp Akeef still berak2 sikit2..cuba terkawal...

ni wajah happy Akeef waktu dah nak balik umah...tapi pucat sbb tak makan apa2..susu pon dia x minum sbb susu Isomil yang doctor bagi tak sedap...balik umah br aku bancuh susu dia tapi cair cair cair....kesian dia lapar...

Semoga penyakit ni tak kena lagi kat Akeef..dan tak kena kat mana2 anak pon..seksa tgk anak kena cucuk mcm2 dalam spital tu..Ya Allah..takleh nak diucapkan mcm mana rasa tu...dan semoga aku tak ringan kaki pg PUSRAWI lagi...amin...

* Akeef sihat sepenuhnya waktu malam 16 September tu..xde dah berak2...dia mcm biasa..tapi Ibu dia pulak kena..serius!!! aku mcm nak mati sakit...ni baru okay sket...4 kotak aku telak pil cikitek on tu...dah dekat 4 gelas teh kelat aku sedut..so, tempuh sembuhnya mungkin cepat sket dari Akeef...time aku type benda ni, Mr.MHR lak tgh sakit..kenapalah agaknya kami kena mcm nie... :(

September 10, 2011

Makanan Cina Muslim

Semalam kitorang (aku + Mr.MHR + Akeef) pg cari bekalan makanan Akeef..dalam tempoh setahun ini, bekalan inilah yang paling penting dalam idop aku. Kalau xde, mau mati woo..Pas settle beli semua bekalan, perut pon dah berdondang sayang. Mula2 ingat nak makan kat area rumah kitorang je tapi sbb dah rasa macam pedih sangat perut, kitorang u-turn je pg kat kedai Muhammad Chan Abdullah kat area Wangsa Maju tu. Dari aritu mmg nak cuba tapi bulan puasa ni takut lak tak kena selera maklumlah tak penah merasa makanan cina muslim nie..takut lak aku loya tekak lak nak menelan..

Masuk2 je dlm kedai, budak pelayan tu trus dtg amek order. Laju betul macam tau2 je perut kami dah pedih anak beranak..hehee..Aku mmg tak bape pandai la nak order kan sbb 1st time maka segala macam aku tanya budak tue. Budak tu cara cakap ada ala2 kelantaM pon ada yang aku dengar..Tak kesahlah..janji aku paham apa dia terangkan pasal menu2 tu...

Ni muka anak baru pas nanges sbb sudu yg dia pegang ketuk2 meja memekak dirampas oleh ayahnya. Sib baik dia senyum amek gambar..propa budak nih..huhuu...

Ni yang mula2 dihantar. Aku order nasi goreng (lupa lah nama dia..bunyik2 cina..)..sedap giler!!gila pon tak sesedap ini..dan Mr.MHR order Nasi Ayam BBQ sbb nak suapkan anaknya sekali..pastu nyesal sbb dia kata tak sesuai nak makan nasik ayam ngan ikan steam..tapi apa gunanya isteri mithali cam aku kan? hahaha...nasi goreng tu mmg utk 2 org rasanya. Jadi, kami bahagilah nasi ayam setengah + nasi goreng setengah masing2..

Nama makanan ni Ikan Steam dot dot dot (nama cina gak..)..untuk pertama kalinya aku jumpa ikan kukus yang sangat sangat sangat sangat sedap!! hampir menangis aku makan sbb sedap giler...hahahaa..kedai selalu jual macam menipu sket..nama ikan steam, rasa ntah apa2, caj aku guna GRAM kan? yang ni tak kesah la masak apa, dia caj RM38..tapi aku mmg puas hati sbb RM38 tu adalah sangat berbaloi baloi...sedap weh...

Aku & Mr.MHR bersungguh makan ikan dan Akeef bz layan staf Afdlin Shauki (yang duk meja belakang kitorang)..so, ktrg dapat la makan ngan tenang...Dan setelah pulang, kami bercadang nak pegi lagi pas gaji nanti kot..yelah, kang hari2 makan kat situ, mau muntah darah aku...

Kalau korang jenis memang mentekedarah cili je kejenya macam aku, bole request utk masakkan apa yang korang order tu utk pedas sket. Tapi kalau tak request pon takpe sbb dorang ada gak cili api potong tue..so, tadehal utk makan di situ...silalah TRY.. :)

* Afdlin tu sombong weh...tak senyum langsung..ingat org nak mintak ikan dia ke??ceh!!

Biskut Coklat Chips

Ni kuih raya yang aku buat sendiri..Biskut Coklat Chips..resepi busu aku bagi (dia attend class Chef Liza dulu2 sbb dia ni ada restoran)..Jadi, aku telah mengadun benda nie..Oleh kerana excited + malas, aku bancuh 2 ganda adunan tu sekaligus..

Nampak tak? waktu dia menggube macam nie, hati aku pon menggebu gak..huhuu..


Biskut ni memang sedap. Memang rasa mcm yang Amos tu..rupa tu bergantung kepada citarasa masing2...Aritu org datang raya, ada yang nak tempah utk raya tahun depan...hahaha...kalau aku tak beranak, aku tolong la bancuhkan dan korang bayar..kalau aku beranak raya tahun depan, kita pakat telan air liur la sampai kenyang ye..hehee...

BERUBAH

Sejak munculnya pelbagai platform medsos ni, platform ni paling sendu. Mungkin kita dah dilatih jadi malas nak menaip. Kita lebih suka berca...