December 26, 2013

Ikan Bakar Muara Sungai Duyung

Tadda...muncul lagik..xde benda nak cerita..jadi kemunculan sekali sekala je okay. :)

Bulan ni 2 kali aku pegi 'bercuti' ke Melaka.. bukan balik kampung pon. Memang pergi bercuti. kemain lagi kan. Tapi nak update pasal makan je. Yang lain2 tu dah biasa sangat kot. Aku pernah pegi makan kat muara ni last tahun 2005 rasanya. pastu takde singgah2 lansung. Waktu pegi dulu tu, aku tgh set up sistem kad kredit untuk bayar road tax kat JPJ tu..bila ingat2 balik, hebat gila boleh join team tu sedangkan aku baru setahun keje time tu. Time tu la dapat meround 1 Malaysia nie. Waktu tu projek joint venture ngan Maybank. jadi meriah la kitorang berjalan ke hulu kehilir. Cuma yang tak best waktu pegi makan dulu tu, balik je pas makan, semua cirit birit. Berebut toilet hotel. Katanya mungkin kitorang termakan sepahat yang ada cika. paham ke? aku pon tak paham. hehee..so, sejak dari tu, kalau order sepahat tu mesti berdoa supaya jangan la sakit perut.

Kitorang pegi lepas aktiviti naik Menara Taming Sari. time cuti sekolah, rege dia mahal sikit..RM15 seorang. Kalu hari biasa, RM10 je..dan untuk makluman, aku tak naik sebab gayat tahap 18.. memang tak la aku nak duduk dalam benda alah tu. maka, tukang amik gambar saje...

relaks je masing2..

Pas abes berpusing kat area Dataran Pahlawan tu, kitorang bergerak pegi makan. Pegi 2 kereta time nie. Berpandu google maps sbb dah malam co-pilot ni sangat rabun. Sampai2 je, tengok kemain banyak kereta. Akeef lak tido..so, Mr MHR dokong dia, aku terus pegi beratur order makanan, yang lain cari meja kosong. Time beratur tu akan ada sorang pakcik ni yang akan ambilkan sotong udang semua untuk kita terus masuk dalam dacing. Ikan je pilih sendiri. Oleh sebab dah malam, yang tinggal ikan Siakap je. Aku amek je terus 2 ekor walaupon ikan dia besar. Kang terkulat2 lak makan. Jadi ni menu yang aku order. Semua kena ikut pilihan aku ye. Sebab xde masa nak tanya ko nak makan apa, ko nak makan apa..Order, timbang, bagitau nak masak apa, bagitau nombor meja, tunggu kat meja. :)


Udang Butter Garlic namanya
tu pakcik tu yang suggest sebab tu je yang boleh masak
mungkin dorang nak cepat kot. Lagipon dah lewat..dekat kul 10 gak..
 

macam biasa Kangkung Belacan
 

Sotong Goreng Tepung
macam tak menarik, tapi menarik rasa dia


 

Siakap Sweet Sour
 

Siakap Bakar Sambal

Dia akan bagi nasi putih 1 bekas tu ngan air jug2. Kitorang order tebu 1 jug, fresh orange 1 jug. pastu de nasi lemak 2 bungkus. tu je pon yang tinggal. Total makan nie RM163 je. Aku rasa sangat berbaloi. Sebab banyak portionnya. Balik2 terus tido je sebab dah kenyang. :)

November 21, 2013

Citaku menjadi orang kaya..

Wahh..banyak idea aku nak memblog nih.. Hujung2 tahun ni nak penuhkan entry blog gamaknya kot. Korang de cita2 tak? Bukan la cita2 pasal kerja. Cita2 pasal kehidupan. Memang la semua orang nak hidup yang bahagia, murah rezeki tu semua. Aku pon sama la bab tu. Just aku mcm ada impian lain. 

Dulu2, pas abes SPM, aku nak sambung belajar bidang perhotelan sebab aku macam suka environment perhotelan tu. Tapi, cikgu Add Maths aku tak bagi. Dia cakap takyah nak belajar bidang tu. Tu boleh belajar lain2 kali. Dia suh aku pilih course lain. Aku terbayang2 lagi dia membebel kat aku kat bawah pokok tepi tangga sekolah. hehee..Aku dulu sekolah kat Kelantan. Cikgu tu duk ngarut bahasa kelantan kat aku. Yang aku tak paham, aku buat dek je la...

Jadi, aku pon tukar course. Mula2 aku ditawarkan matrikulasi tapi sebab time tu bengap xtau matrik tu apa nangis2 tolak offer. Konon macam matrik ni untuk orang terpinggir. Yelah! orang lain semua dapat surat ditawarkan diploma, aku tetiba ditawarkan matrikulasi. Apekejadahnya.. pastu xde sapa2 nak tanya, maka aku tolak.. 1 bintang bodoh untuk aku..hahaa..kalau tak, terus dapat degree dah..

Pastu sampai tawaran politeknik tawarkan Diploma Pengajian Perniagaan. hah! barulah akak gembira..hahaha...ingat2kan balik, memang bangang betul.. maka bermulalah episod sebagai student poli. kat Shah Alam je time nie. happening gila kot..hahaa.. Aku grad dengan pointer yang memang nangis la kalau orang tengok..hahaa...sebab poli xde Anugerah Dekan, so Diploma simpan ketat2 untuk minta kerja.

Bapa aku nak anak dia keje kerajaan sebab bapak aku pesara gomen. Dia cakap gomen banyak benefit segala macam.. Aku plak tengah syok keje ngan makcik aku. Abes diploma, terus keje ngan kedai makan dia. Dia belikan aku kete kelisa sebijik atas nama aku, installment dia bayar, minyak dia bagi, gaji sehari RM40 + makan percuma. Tahun 2002, RM40 sehari untuk orang takde komitmen sangat syurrggaa...jadi, sebab syok dapat duit banyak, aku putuskan nak ikut dia niaga je. Akan tetapi....bapak aku tak bagi..dia suh keje..dengan hati terpaksa, aku apply SPA Online tu..tau kah? ala mesti tau..jangan tipu cakap xtau..hehee..adik2 aku waktu tgh sekolah lagi. Maka cita2 ayah nak anak keje gomen pastilah kepada aku kan?

Sebab hati taknak, maka senang je laluan tu..tak sampai 1 bulan apply, surat panggil interview sampai. Kul 6.45pagi aku dah sampai bangunan SPA kat Putrajaya tu sebab pas subuh bapak aku suh bertolak dari KL. Aku dapat giliran no.1..kerani tu lagi lambat sampai dari aku. hehee..pas dah kene interview semua, aku pon balik sebab anggap tugas dah selesai. Genap 1 bulan, surat cop JPA sampai rumah aku. Sampul coklat ada tulisan Urusan Seri Paduka Baginda. bapak aku orang pertama yang bukak surat tu dah memang dah tertulis, rezeki aku keje kerajaan. maka tertunailah impian bapak aku.

Dalam tempoh 10 tahun aku join gomen ni, aku ok je..keje dah tukar 4 jabatan dan dah naik pangkat 1 kali. so, Alhamdulillah...dalam benci2 dulu tu, 10 tahun dah aku keje ooii...tapi, sepanjang 10 tahun ni, macam2 keje sampingan aku buat sebab minat. Aku minat berniaga..maka ada je aku jual kat opis. Kadang2 bukan sebab apa..sebab aku rasa benda niaga tu best, maka aku nak buat..

Aku tengah kumpul duit dan ilmu untuk bukak kedai sendiri..Aku nak berniaga apa yang aku tau. Bukan sekadar ikut2 orang. Orang berniaga make up, kita niaga make up. Orang niaga baju, kita niaga baju..itu bukan niaga kalau bukan kemahiran kita. Itu dengki..huhuu...kalau kau selama ni xde niaga apa2, tetiba kuar musim jual bubble tea pastu ko niaga bubble tea, itu namanya trend. bukan passion.. wahh..khutbah sket..

Keluarga aku semua bukak kedai makan. Restoran tu cliche sangat..mak aku start niaga gerai tepi jalan je.. so, aku pon xde la beria tetiba nak bukak restoran kan..bukak warung dulu pon dah besar nikmat untuk aku..Tapi sebab aku keje gomen, makan cita2 aku belum tiba lagi saat untuk direalisasikan. Step by step katanya.. Aku tak mampu lagi nak berhenti keje dan start business.. Aku sayang keje sekarang tapi masih ingin merealisasikan impian aku..


Nanti2 kalau korang jalan2 jumpa kedai makan ala warung jual ikan bakar pastu ada jual pastry macam gambar atas pastu ada sorang pempuan tengah jerit2 order 
"nasi goreng kampung telur mata 1, teh ais 1, red velvet 1 slice, meja 4!"
sambil kelek anak kehulu kehilir, jemputlah singgah ye.. :)



November 20, 2013

Nasi Ganja

Hampir terlupa aku ada blog...huhu..maap la ye..hakak bz pindah rumah..asek pindah je kan? tulah gamaknya keje aku sekeluarga...hehe..

Minggu lepas heboh cite pasal nasi ganja kat Ipoh tu. Kemain la semua orang kat media social duk post benda pasal tu. Bendanya sikit je, tapi nasi tambah kemain banyak so jadi macam teruk. Aku taktaulah orang lain, tapi aku suka makan nasi kandar ni. Namun demikian, hakak memilih la kedai. Takde semua kedai aku nak redah. Kalau kedai nmpk berkarat, aku tak masuk. Aku xtau la kenapa tapi bagi aku kari mamak memang best..oppss..

Kat Putrajaya ni setakat ni aku dah jumpa kedai yang memenuhi kriteria. So, bila teringin, situ la aku tuju dulu. Kadang2 sampai sepuloh hinggit mamak tu tekan. Tapi aku pasrah saje sebab kalau nak buat kari macam ni, aku sorang je yang makan. Tak berbaloi beli bahan. Mr MHR x makan kari. Orang negeri sembilan makan masak lomak cili api suko la.. 

Tapi kalau nak beli nasi kandar ni kena time lapar tahap dewa. hahaa.. Aku kalau pagi tak sarapan plus keje bertimbun, memang lapar tahap dewa tu tiba. Jadi nasi mamak la jawapannya...

 

 Jemput uollss....
RM 9 je nih.. 
Mamak kira kautim ngan aku sebab yg beratur semua jantan. 
Aku sorang je pempuan melayu terakhir beratur tapau nasi kandar..sorang2 pulak tu.. :)


October 7, 2013

Restoran Murni Bukit Jalil

Lama kan akak diam..hehee..aku xde mood...duk lepak2 blogwalking sajer...

Meh nak update pasal tempat makan. Minggu lepas seminggu tak memasak. Aku diet nasi... hahaha.. nasi je yang diet. Lain semua makan.. sikit2 la..kang korang terkejut lak tgk aku upload gambar macam Nora Danish..hahaha..

Adik Mr.MHR belanja makan kat Bukit Jalil. kat luar kedai terpampang tulis MURNI.. so, dia panggil Restoran Murni. Bila dapat menu, dia letak Murni Discovery plak..meh kita discover meh...
 



ni je aku sempat snap sebab pastu Akeef sebok nak baca buku nih..
 

tajuk air ni "I Love You"
time order tak tergamak nak sebut..adik ipar aku punya nih..kitorang order air biasa2 je..
 

Nasi Goreng Becham : RM7
beria mertua aku order..tak pedas..sesuai untuk budak2..terpaksa minta cili potong
 

Nasi Goreng Meletup Napoleon : RM17
meletup means pedas berapi...memang berapi!!
 

Nasi Goreng Chicken Chop Special : RM17
 

Nasi Goreng Seafood Chili Kongking : RM12
ni bukan kingkong..memang berkongking2 tersedak sebab pedas melampau..
 

Mee Udon : RM7
pedas jugak..
 

Nasi Goreng Lamb Chop : RM17

Ha, kemain meriah mengorder..kesudahannya, 3 bungkus bawak balik..portion sangat besar..1 pinggan boleh makan 2 orang..kalau korang jenis makan pedas, ok boleh layan..kalau jenis suam2 kuku, order menu yang takde tulis meletup ke, chili ke..kalau tak, memang meleleh2 peluh nak menahan pedas. Boleh la try kay...makanan okay..boleh diterima...silalah... :)

September 17, 2013

Pasta Ekspress

Penah terpengaruh ngan iklan? Aku pernah dan menyesal. hehee..

Hari Ahad lepas, duk lepak kat rumah. Melayan TV cerita macam2 kan. Sekali terkeluar la cerita Jalan Jalan Cari Makan tu. Qi tu pegi makan kat area Putra Perdana. Memang dekat sikit ngan rumah kitorang. Makanya, malam tu pas Maghrib trus gerak pegi. Perut kemain lapar. Maklumlah brunch kul 11 pagi. Tahan sampai 8 malam. Kitorang sampai kedai tu kul 7.50 macam tu. Dekat je ngan rumah. Waktu sampai tu meja ngam2 untuk kitorang yang ada. Tapi duduk kat meja yang tak berkemas. So, Mr.MHR kemas sendiri meja tu. :)

Duduk je terus de orang datang anta bolognaise untuk Akeef. Dia ni makan memilih. Terpaksa cakap megi goreng. Barulah laju nak makan.


gembira konon2 Ibu belikan megi goreng
Kids Eat Free
 

kedai dia lot tepi. tecit je. baru start operasi kot.
 

Baju biru tukang buat air. Sebelah kiri dia cash register. Pastu yang all black tak pakai tudung tu yang tukang amek order. Bunyi cakap macam Sabahan. Masalahnya time kitorang mengemas meja tu, dia bz mengira duit. Amek la order dulu. Duit, time tutup kedai kang kira la. Sampai kena panggil, baru nak datang amek order.


Tu kitchen dia. Kecik jugak. Aku rasa mesti dorang panik tetiba kedainya penuh malam tu. Kata promote kat TV kan. Haruslah bersedia.
 

ni Mr.MHR snap. blur..
ada 7 gelas minuman ni sekali buat. Qi minum dalam TV, kita pon sama nak order gak.


namanya Tutti Frutti Dessert
harga RM6.90
macam sundae strawberry mekdi tu rasa dia
 

layan Mickey Mouse kat henfon ayah dia..mujo tak buat perangai sebab perut dah kenyang


ni memang den tak gemar
makanan aku blom sampai lagi, tetiba yang amek order tu letak benda RESERVED nie
yang beratur kat luar kedai kemain ramai, yang dok reserved2 kenapa?
orang yang reserved tu blom tentu datang lagi..layan la yang dah ada kat kedai dulu
 

setelah hampir sejam menunggu, kul 9 macam tu makanan kitorang sampai
tabah menunggu?
memang rasa nak blah, tapi nak rasa betul ke sedap
ni Black Pepper Steak
RM 16.90
xde rasa sos blackpepper. Cair yang amat. Tengok pon boleh tahu kan?
dagingnya liat..
 

ni Deep Fried Chicken Chop
RM12.90
cair jugak sos nya


Ni pemandangan dari keta aku.  Waktu ni aku nak balik dah. Ramai kan yang tengah tunggu tempat kosong? mesti terpengaruh macam aku gak. hahaa...

Bukan la nak kondem orang kita meniaga. Tapi kalaupon ramai orang, jaga la kualiti makanan. Aku rasa sos tu semua cair sebab dia takut tak cukup nak cater untuk orang yang tetiba serbu kot. Chef campur air kan?? so, dapat la menampung stok sos sampai kedai tutup kan?? Kalau korang nak try, pergilah. Aku xmo dah la. Pastu aku macam tak paham kenapa kat bil dia caj 5% service tax? Kedai makan macam ni pon nak caj..Aku siap tanya, "servis lambat pon kena caj gak tax ke?"..terkebil2 nak menjawab.. Semoga maju jaya..harap2 meniaga betul2 la pasni..jangan gebang lebih kay..terbayang2 cara owner dia cerita kat JJCM tu...

Restoran Pasta Ekspress
GM 12A, Jalan Putra Perdana
5C/1 Putra Perdana, Puchong
(Belakang Klinik Putra Perdana)
11 pagi - 11 malam
 
silalah mencuba... :)

September 9, 2013

Pencuri


Jangan tinggalkan auramu
Di sekelilingku
Ia membuat aku termimpi
Mimpikan kita

Jangan biarkan wangianmu
Mohon memahami
Ia melekat di hidung
Yang memenuhi
Di setiap sudut mindaku

Kan ku curi hatimu
Menyamun senyummu
Kan ku culik cintamu
Macam ku larikan lirikmu
Kau tak perasan aku sukamu
Dari dulu lagi
Kau simpan hatiku
Dari Darjah Satu
Darjah Satu

Jangan senyum bila di depanku
Fokusku tergendala
Kau memaksa aku menutup mata
Tak sempat tutup telinga
Bila kau tertawa

Kan kukembalinya padamu nanti
Bila kita berjanji
Tuk sehidup semati

Kan ku curi hatimu
Menyamun senyummu
Kan ku culik cintamu
Macam ku larikan lirikmu
Kau tak perasan ku sukamu
Dari dulu lagi
Kau simpan hatiku
Dari Darjah Satu
Darjah Satu
Dari Darjah Satu
Aku suka kamu

** sila jangan muntah...feeling2 zaman bercinta lagik...lagu ini sangat sweet...boleh dapat kencing manis kalau selalu dengar...huhuu...

August 30, 2013

Golden Palm Tree Sepang : Buka Puasa cum Dinner

Dah basi..tapi nak haplot jugak.. :)

Buffet Ramadan kat Palm Tree ni aku beli pon macam dah 2 minggu puasa.. ni tahun ketiga birthday Mr.MHR ngan Akeef jatuh dalam bulan puasa...tahun depan barulah bulan raya..huhuu..sebab tu aku tak penah buat makan2 sempena birthday Akeef...insyaAllah tahun depan la baru buat...macam lahir tahun lompat anak aku...dah 4 tahun baru leh celebrate..

Minggu birthday tu Akeef kena demam campak..takleh la anta ke taska.mula2 aku cuti 1 hari jaga dia..pastu biasalah, atok dia manaleh dengar kalau anak-anak dia ni cuti..keje amek cuti rehat pon kena marah ooii...bapak aku tu Pegawai Buruh..semua kena ikut rules..lepas je sahur, Ayah aku dah tercegat kat gate ngn adik aku datang amek Akeef nak bawak balik Wangsa Maju..dia suh aku pegi keje...petang tu abes keje, kitorang balik Wangsa Maju..pastu masuk hari kedua, tak larat nak ulang alik..maklumlah bulan puasa ni jalan mana yang tak jem..jalan pegi bagan lalang pon jem..so, kitorang duk je Dengkil..Akeef duk ngan atok nenek...

Jadi, buffet ramadan tu kami pergi berdua je..kalau bawak Akeef pon boleh je..sebab dia still free...tapi sebab dah demam tu, tak bawak la kan...


aku memang takut air..rasa gayat je tengah2 laut tu duk makan..







waktu ni dah kul 7.15 macam tu..orang dah start bangun ambil makanan..


ayam panggang tu sedap...3 ketul untuk saya..harharhar..



Ikan kembung ngan pari bakar..tapi aku tak amek..


tapi sotong ni berkali2 aku amek...i love sotong very much!! sotong ye bukan SUTUN...


Nasi Mandy
oleh kerana buffet, nasi is a big NO..nanti perut cepat penuh..makan lauk saje..



budak ni tak reti kot..potong kambing pon kekok..


ni untuk dimakan bersama-sama kambing...sebelah tu ais kacang ngan cendol


Ketam bercili ini sangat marbeles..aku siap sinsing lengan baju kurung...


chef tu tengah masak yong tau foo..kalau Akeef ada mau 3,4 kali dia suh chef ni buat kueh teow sup..






sopan tak aku?


ni pinggan darling ai..so korang tau la nape aku ni memasak hari2 sepanjang bulan ramadan aritu...perut memang hadap nasi..xde makna dia nak makan lauk2 saje..huhuu..


setiap kali amek kambing, memang 2 slices ni je dia bagi...very the!!


ni snap sebab bosan..tunggu asben pg solat, duk la amek gamba sensorang...sirap selasih ni memang akan sentiasa di refill... tapi tak sedap..macam hapak sikit...


dalam kul 8.15 kitorang dah beransur...memang bukan perut buffet kot.. :)


mana aci gemuk sensorang kan..perut Mr.MHR pon aku dah berjaya gendutkan..hahaa..

Akeef merajuk tengok gambar nie..dia tanya :

> "Mana Akeef, ibu?"

> "Akeef tido time nie..Ibu ngan Ayah makan kejap kat work.."

> "Kecian Akeef xde ikut Ayah ngn Ibu bersama-sama..." dan terus menangis..

Anak aku memang sentip sikit...dia yang cakap kesian, dia yang menangis..huhuu...ikut Ibu kot..time dalam perut asek sentip je sorang2...

BERUBAH

Sejak munculnya pelbagai platform medsos ni, platform ni paling sendu. Mungkin kita dah dilatih jadi malas nak menaip. Kita lebih suka berca...