August 24, 2015

Ubat Kurus

Amboii..beria klik kalau cakap ubat kurus kan..hahaa...sekarang ni semua orang buat benda ni..siap ada yang meniaga lagik..aku try dulu untuk tekak sendiri..kalau aku kurus macam Che'Ta, aku jual pulak kay..haha..

Aku punya resepi namanya asal boleh dengan apa yang ada kat dapur..Orang beria letak strawberry, blueberries semua, aku cuma campak yoghurt MIX BERRIES..hah! Sape lagi banyak berry2? Hahaa..


Buah kurma tu kurma Nabi..didatangkan khas dari Mekah..harap2 berkat la niat makan sebab nak kurus nih..Ada kawan aku cakap "hidup untuk dinikmati bukan dibebani"... Nutella tu ujung sudu je aku taruk..bagi sedap la ooii..kang terkulat2 ko nak menelan.. Light light gitewww...

August 12, 2015

Hotel 11@Century JB


Minggu lepas aku sempat la pergi JB untuk 1 malam.. 2 malam berkursus kat Melaka, hari terakhir kursus tu Mr.MHR datang ambil kat hotel, terus shoot pergi Johor. Tujuannya nak ke Legoland. Maklumlah, harijadi katanya kan. Aku mula2 book guna phone je hotel kat area Danga Bay. Hotel bajet sebab target sampai JB dah malam just nak tido je..Pagi2 dah nak check out pergi Legoland. Kitorang sampai JB around 3 lebih macam tu. Sepanjang jalan dari Melaka tu hujan. So, takleh laju..Tapi aku suh gak laju SIKIT sebab nak kejar Murtabak Cheese..hehe..sampai je Skudai, boleh pulak banjir kilat..berdenyut gak dalam 30 minit nak sampai ke tempat murtabak tu.


Lepas je membeli murtabak (tercapai hajat), barulah kitorang pergi area Danga Bay tu nak check in hotel konon2..Sekali sampai, hotel tu Tingkat 3 shop lot sebaris dengan Tune Hotel..eh, takkan nak panjat2 tangga nih..macam seram je..so, aku terus google mana hotel kosong lagi. Dekat booking.com ada bagitau hotel yang masih available. Aku terus je book online then terus gerak pergi hotel. Dalam 10 minit je dari Danga Bay. Tengok2 hotel tu sebelah KSL City. Memang aku gembira la..sebab situ banyak kemudahan..Ni hotel yang aku book.


Ini harga yang tertera kat meja reception tu. Tapi sebab aku book online, jimat RM10..hehe..Harga ni termasuk breakfast. Untunglah kan..cuma wifi tu terhad kepada 2 gajet je..sebab ni bilik berdua..kalau dua phone dah pakai wifi tu, ipad ke tab ke tak dapek le...


Bilik aku ni standard room je..sebab tu je yang ada..huhuu..jadilah untuk bertiga kan..





Ni view pas Subuh..Pagi tu lepas Subuh takleh nak tido..Sebab hujan semalaman so rasa sejuk sangat..Asek terkencing2 je..haha...nak tido pon tak lena..

Disebabkan hujan masih lagi renyai2 pagi tu, mood pon macam merudum..aiseh, tiket dah beli, takkan nak burn kan..Kitorang turun breakfast dalam 9.00 macam tu..Tapi dah siap2 kemas beg nak check out..


Makanan kat sini okay..Sedap jugak..Ada nasi lemak, kuey tiow goreng, kaunter mee sup, ada potato gratin, baked beans, roti2 dan yang paling penting ada egg counter..hehe..tu penyedap sebenarnya..anak aku asek tambah kokocrunch..sedap katanya..hehee..alhamdulillah, kenyang kitorang makan pagi tu..lepas breakfast, naik bilik amek barang dan check out..

On the way ke Legoland still hujan..tapi rezeki sampai je sana, hujan dah berhenti..so, kitorang memusing dalam keadaan redup aritu...orang pon tak ramai sebab dorang sibuk pegi open house kot..huhuu...


yang paling penting......
hotel ni punya gelas pon konsep rumah terbuka kat kampung..hehee..

August 4, 2015

Menu Birthday

Ahad lepas birthday suami aku..Semalam birthday Akeef. Dorang anak beranak sebelah sebelah. Sebab tu perangai sama...huhuu..Sebenarnya, Jumaat tu kitorang pergi Johor..Sabtu tengah malam dah sampai Putrajaya semula. Jadi Ahad tu bermalas-malasan. Ajak keluar, semua taknak. Badan letih lagi.

Malam tu sampai rumah, kelaparan. Jadi aku tanak nasi buat telur mata dengan kicap je..laku!! hehe..Ada belen nasi dalam 2 senduk, aku goreng la pagi tu. Buat cekodok ikan bilis bawang 1 mangkuk besar, laki aku abeskan tanpa rasa bersalah. Cekodok tepung ni memang kegemaran dia.



Jadi, untuk birthday kali ni, dua-dua just dapat makan cekodok tepung dan nasi goreng..hehe..
maaf ye..gaji lambat lagi...hahahaa...

BERUBAH

Sejak munculnya pelbagai platform medsos ni, platform ni paling sendu. Mungkin kita dah dilatih jadi malas nak menaip. Kita lebih suka berca...