Skip to main content

Posts

Cuti Thaipusam

Lama nau rasanya menyepikan diri..hehe...banyak keje lately dan tak sempat update blog yang tak seberapa nih..jalan2 pon dah malas nak ambil gambar..jadi, blog tidur la nampaknya..
Semalam cuti thaipusam..breakfast dah lewat..jadi lunch pon lewat..menu lunch adalah Udang Masak Lemak Pucuk Paku..nak resepi tak? hehe..kalau taknak pon, sila baca tau..



Udang 12 ekor Pucuk Paku 1 cekak Santan 1 kotak Bawang merah Udang kering Cili Padi (kisar) - ikut tahap pedas masing2 Kunyit Serai - ketuk Asam keping
Cara-caranya :
1) Sediakan periuk. Masukkan pucuk paku, cili padi, serai, bawang merah (tumbuk dengan udang kering), kunyit dan air. 2) Didihkan atas dapur sampai batang pucuk paku tu lembut sikit. 3) Masukkan santan, udang, asam keping, garam. 4) Tunggu mendidih, siap..
Makan dengan nasi panas dan telur dadar je dah cukup tau tau..perut kenyang hati senang..hehe...
Okay, nnt free iols update lagi...

Recent posts

Resepi Bendi Goreng Pedas

Nak resepi tak? hehee..
Kalau2 terbeli bendi keras, jangan buang. Boleh buat lauk jugak. 
Bendi Goreng Pedas
Bendi (cuci dulu baru hiris) - kalau tak, nanti berlendir
A - Bawang Merah + Bawang Putih + Ikan Bilis (blend)
B - Cili Merah 1 biji + Cili Api 2 biji (blend)
Asam keping
Perasa
Cara memasak: 1) Panaskan minyak 2) Tumis bahan A sampai garing 3) Masukkan bahan B. Masak sampai garing. 4) Masukkan bendi, garam, aji dan asam keping 5) Dah siap….
Takyah makan dengan nasi pon boleh..Ratah saja dah sedap..

nanti akak update resepi lagi hokay...bye...

Ke Krabi Ke Kita - Day 2

Mood malas dah mai...
Meh sambung hari kedua..

Pagi tu kitorang check out hotel dalam pukul 10pagi. Jalan depan hotel nak pergi cari angkutan ke Aonang Beach. Ada gerai abang Muslim ni. So, sarapan dulu. Buat alas perut.



Ni pemandangan dari tempat makan ke pasar malam tu. Jarak dia banyak ni jelah. Memang berbaloi pilih hotel ni.

Kitorang berjalan ke bus stop depan 7-Eleven. Korang cari je 7E then nampak la signage bus stop tu. Sebab kitorang nak naik songthaew. Kalau ada orang tanya, cakap nak naik songthaew. Jangan cakap tuk-tuk..2 benda berbeza tu. Harga pon beza kaw2 punya..



atas ni Songthaew - gambar google

ni tuk-tuk
Nak travel bajet ni, kena la survey2 sikit tau..Kalau malas survey, malas membaca, sila prepare duit lebih sikit ye..
Kadar tambang dari Krabi Town ke Aonang :
1) Teksi : 600 bath sehala (RM60) - 1 teksi (4 orang)  2) Songthaew : 50 bath sehala (RM5) - seorang (kanak2 FREE) 3) Tuk Tuk : 500 bath sehala (RM50) - 1 tuk tuk (2 orang)
Untuk teksi dengan songthaew, harga…

Ke Krabi Ke Kita - Day 1

Trip ke Krabi adalah trip yang tak se best korang jangka. haha..trip ni kitorang memang niat nak lepak2 je..takmo penat2 sebab 2 minggu lepas pegi Langkawi kemain penat bershopping. So, yang ni awal2 dah kena warning, jangan fikir aktiviti memenatkan badan.

Selalunya aku ni kategori awal dah prepare segala benda. Kali ni redah je.. Tukar duit pun kat Putrajaya Sentral time tunggu ERL nak ke KLIA2. Tukar RM1200 dapat 1000bath. Tu je yang aku tukar untuk belanja bertiga.

Sampai kat airport Krabi, beratur le cepat2. Walaupon airport dia kecil je macam airport Kota Bharu, kemain lama beratur..slow betul imigresen dia.

Lepas je imigresen, aku terus pergi kaunter tiket bas. Kaunter tu betul2 depan escalator. Kira turun je escalator, ko terus sampai kaunter tiket bas tu. Aku sampai hari Sabtu pukul 4.45 petang, so memang decide nak pergi pasar malam Krabi Town tu. Sebab malas jadi Pak Pandir pergi balik pergi balik, kitorang tidur kat Krabi Town malam pertama tu. So, beli tiket ke Krabi Tow…

Bercuti Ke Gold Coast Melaka

Sekarang kalau rasa nak pergi cuti kat mana2, benda pertama perlu ada mestilah tempat mandi yang menarik atau anak kau akan merengek je macam2..hehe..Lepas penat berhempas pulas bulan puasa dan raya, kitorang rasa nak pergi bercuti kejap...nak pergi jejauh macam lagi bertambah penat kan..so, decide pergi Melaka je.. 
Kali ni try Gold Coast Melaka. Sebelum ni dah pergi Bayou Lagoon tu..lokasi dorang ni sebelah2 je..dipisahkan dengan pagar besi..Kalau rasa Gold Coast penuh, seberang lepak Bayou..hehe..
Aku booked bilik studio. Tapi puas google tak jumpa bilik studio tu macam mana.. Jadi bila hari check in tu, baru tau rupa dia macam mana. Kitorang sampai sana hari Khamis dalam pukul 4ptg macam tu. Waktu check in request bilik yang mengadap waterpark, budak tu cakap penuh..aku macam ????...dah la hari Khamis, aku tengok sunyi sepi, kereta pon ada 4,5 biji je, boleh dia kata penuh. Belum sempat aku buka mulut dia cakap 
"Oh, cik booking 2 malam ye..okay, saya tukarkan bilik orang lai…

Rindu

Kadang-kadang, bila kita duduk sorang2, kita akak teringat kat benda-benda kecik yang boleh buat kita senyum sorang2.. Benda yang nampak simple, tapi impak dia besar sampai boleh melelh air mata kenangan.

Kawan baik..teman berkongsi kisah suka duka sedih pilu suatu ketika dulu..terpisah kerana waktu, jarak dan komitmen. Tapi senang paham isi hati tanpa perlu guna ayat-ayat yang panjang.
Akak sedih arini..bye..

Resepi Rendang Ayam Mudah Simple

Selamat Hari Raya!!!  Kawan2 nak datang rumah, pastu kau pening nak masak apa? ha, akak bagi resepi rendang arini..senang je..mesti korang bangga ngan kawan2 kau rendang kau sedap deknon..hahaa..jangan le compare resepi aku ni dengan otai2 masak yang hebat2 kat blog ni..ai is blogger picisan..resepi lepas untuk makan kecil2an gamaknya ye... :)
Okay, sila salin...bagi step by step tau gambarnya..kalau tak reti gak lagi, taktau le..

Bahan2: 1 ekor ayam
1 kilo santan
10 biji bawang besar*
4 biji bawang putih*
10 batang serai*
3 inci halia*
3 inci lengkuas*
Segenggam cili padi*
Sesenduk cili kering*
2 sudu kerisik
Daun limau purut
Daun kunyit
Asam keping
Garam

Cara2: 1) Korang kisar semua bahan bertanda *
2) Lepas tu masukkan bahan kisar dalam periuk dan masak atas api. Takyah tumis. Kau bukan nak buat sambal tumis.. Nama pon rendang kan...
3) Bila dah mendidih bahan2 tu, kau masukkan ayam dan tunggu sampai keluar semua air ayam dan minyak dia tu..Sambil tu kacau rendang tu..kang hangit yang bawah..
4) Masuk…