August 26, 2014

Mee Kari Udang Galah BSP

Dah try Mi Kari Udang Galah? Aku dah..huhuu...2 minggu punya gambar baru nak up..kebetulan kitorang pergi hantar order orang kat area MidValley..last2 terlajak ke Bandar Sri Permaisuri tu..tempat jatuh lagi dikenang..haha..dulu aku keje sana..mula2 BSP nak up..sekarang dah membangun sangat dah..

Mula2 cari Murni nak makan, tengok2 Murni tu tutup..taktau la tutup sekejap ke tutup forever..sebab kitorang pergi ari Isnin..Tengok berdepan dengan Murni tu ada kedai terang benderang..jangan diharap si rabun nak baca signage. Mr.MHR yang baca..dia kata kedai mi udang..jom try...






depan kedai ni ada van bergerak jual sup
sedap jugak..aku try semangkuk sup daging



ni menunya..kalau ko nak udang yang besar, besarlah harga dia...


Mi Kari dengan size udang L


Nasi Goreng Udang XL

Pada pendapat aku, mi kari tu kuahnya memang sedap. Terasa lemaknya. tapi bab udang tak berapa puas hati. Udang size L dengan XL sama je...tapi harga beza RM5. Pastu nasi goreng tak sedap langsung. Mintak cili potong, kemain lama baru dapat sedangkan staf kemain ramai. Orang takde la ramai mana pon. Kalau2 staf atau owner kedai baca, silalah bagi pelanggan apa yang diminta. Takkan letak harga beza-beza tapi bila hantar udang, sama je sedondon saiznya....niaga betul la..ni aku makan berdua je..kalau datang ramai2, maybe lagi korang tak perasan udang apa yang korang dapat...pelanggan sekarang tak kesah bayar mahal kalau makanan tu menepati kehendak..tiba2 aku emo...huhuu...

August 25, 2014

Jamuan Raya Kecil-kecilan


Sabtu lepas, kitorang buat makan2 sikit kat rumah. Takdelah open house..Panggil kawan2 dekat makan2 tengahari..Sekali, sampai kul 10 malam dorang datang..Dah orang datang, layan jelah.. Disebabkan semua benda aku masak sendiri, jadi aku putuskan untuk jemput 5 tahun sekali..hahaa..

Mula2 MR.MHR cakap dia jemput dalam 10 orang je macam tu. Tapi, tetiba tersebar kat group WA dia cakap "nasi lemak dia sedap!!", maka tetiba berdoyon tiba..kembang jap montot sebab nasi lemak dipuji disegenap dimensi..hahaha.. kira berjaya la aku gamaknya walaupon mula2 macam yakin tak yakin nak jamu orang..ini 1st time lepas kahwin..Sebelum ni semua kontrak masak mak aku yang buat.. Okay, disebabkan caterer adalah diri sendiri, terlupa nak snap gambar awal2..jadi, ni la makanan dah hujung2 waktu..haha..janji ada buat kenang-kenangan..

Menu makan yang ada:

Nasi Lemak
Sambal Ikan Bilis
Laksa Penang
Nasi Impit
Kuah Kacang
Rendang Ayam Kampung
Roti Jala
Kari Ayam
Satay
Kuih Talam Keladi
Air Oren (bila malam dah bertukar rupa)

ha, tergamak tengok menu aku? Punyalah banyak benda nak letak sampaikan buah tembikai beli, aku tak hidang pon. Ada lagi dalam peti ais tu..balik kang bancuh buat air la nampaknya..


Walaupon meleleh2 peluh dorang makan sambal tu, tetap gak ulang..
tak kick la kalau sambal manis kan... :)
Laksa panjang tu laksa yang ready dah macam kueh teow tu..licin!!susah nak suap masuk mulut...asek melorot je.. benci iolss


gigih tak gigih aku masak nasi lemak 3 kali
anak2 makan bertambah2 sampai yang baru belajar makan solid food pon kemain ulang alik...hahaha...suka ai!!


ni menu feveret
bakar, abes..bakar, abes...


nampak macam buruk letak piyok nasi ke?
ahh...senang..keep warm je..barulah ala2 hotel...hahaha..
aku takde gajet2 mahal..piyok nasi oldskool je pon boleh...


Ni memang dah last kopek
Kuah kari dah abes orang kaut buat makan dengan nasi


hehee..cinonit je yang tinggal..
ni aku tempah...tak sempat menalam dua muka..




Maklumlah, air ni posisi dia rendah..selain memudahkan anak2, memudahkan mak pak nak berborak...kalau tak kang budak2 ni asek suruh mak pak isi air je..jadi, biar dorang isi sendiri..tumpah boleh lap kan..tapi Abam kan ada..dia tolong jaga kawasan..

Time Maghrib tu, mertua aku baru nak datang. Siap cakap datang ngan nenek dan makcik. Okay, bab ni tak syok nengok makanan yang tinggal sebab takkan nak bagi mertua makan makanan siang hari kan..jadi aku menyinsing lengan lagi..hehe...


tadddaa...
perasan ala2 bihun catering hokay..



ni memang dah batch malam..


ni air sirap pandan (sebab nak feeling ala2 kampung)
tapi sebab aku tuang je sirap dalam balance oren tu, nampak macam ribena plak
lagilah budak2 duk ulang alik

Selama ni aku puas gugel time mula2 dapat kuarters sebab nak tengok macam mana la rupa rumah aku..tapi takde orang upload keadaan rumah..So, macam ni la lebih kurang keluasan rumah kuarters Presint 5R3... banglo aku tak siap2 lagik..hehe..



Kawan2 yang datang semua cakap size rumah ni besar compared to kuarters yang dorang dapat...ha, memang sesuai besar sebab senang nak meniaga...hehe...ok bai..lain tahun kalau rezeki lebih, aku buat besar2an sikit.. :)  doa-doakan ye..


August 18, 2014

TTM - Tak Tahu Malu

Selalu aku post gambar je kan..arini baru nak membebel..lama dah tak bebel2 borak2..tapi rasa macam dah lama pendam..Sinilah tempat meluahkan perasaan..hukhukk..

Aku sangat tak faham apa dalam fikiran orang-orang yang suka meniru ni. Terutama zaman semua orang nak berniaga sekarang ni..Dulu time kita sekolah, orang meniru sebab tak pandai kan? Jadi, yang suka meniru bab berniaga ni pon maknanya dia tak pandai tapi sebab orang lain buat dan ada hasil, dia pon nak buat jugak. Tapi yang paling menjengkelkan, dia jual benda yang sama. Aduhh..bila cakap, mesti orang2 ni jawab "rezeki masing2"..

Dulu, aku berniaga kain dari Bandung..Dari tahun 2008 rasanya aku buat..waktu tu memang best sebab aku je yang selalu ulang alik Bandung..hehe..jadi, aku jual mesti abes..Then, bila masuk 2011 dah ramai orang ke Bandung. Jadi, market aku semakin kecik sebab orang beli sendiri..So, aku pon decide, tak yah berniaga kain dari Bandung.. Dalam pada tu aku berjinak-jinak jual kain dari Vietnam pulak. Yang ni syok sikit sebab kain cotton. Bila dapat je tiket murah, terus aku laki bini pergi membeli stok. Sekali kaut memang makan kodi. Alhamdulillah, sedap berniaga time tu. Pastu, macam biasa, dah ramai orang kita ke Vietnam. Maka, tak berapa laku..huhuu...jadi, aku takmo jual kain cotton Vietnam lagi.

Start 2012, aku buat bisnes perkhidmatan chocolate fountain..hahaha..korang mesti pening..aku ni memang macam2 aku try jual. Sebab aku rasa pas balik kerja, macam bazir masa je setakat baring2 depan TV. Bisnes yang ni takde la terkenal sangat sebab aku punya deco tak vavavom sangat..Tujuan aku aritu biar kat majlis ko ada chocolate fountain. Deko beria akan menyebabkan kos meningkat. Baik ko lebihkan makanan dari hiasan sebab akhirnya deko tu semua jahanam kena coklat..haha..tengah sedap2 buat servis tu, ada 2,3 orang mesej tanya mana nak beli, macam mana nak buat, berapa harga nak letak..Aku bukanlah nak cakap aku baik, tapi aku tak sampai hati bila orang tanya. Mana yang aku boleh share, aku share la..Tapi, logik tak ko tanya aku? Pastu ko buat benda yang sama dan target market korang adalah target market aku jugak?

Sekarang ni aku fokus bisnes makanan. Sebab memang keturunan aku dilahirkan berniaga makanan agaknya..hehe..kitorang laki bini berulang alik 90km sehari semata-mata nak pastikan resepi makanan tu betul2 berkualiti..Alhamdulillah, tak menang tangan terima tempahan. Kena pulak bulan raya ni, lagilah bertubi-tubi masuk pesanannya. Dan untuk pertama kalinya, kitorang terlupa bila tarikh gaji sebab rezeki berniaga tu ada..Maklumlah, bila kerja makan gaji ni mesti tunggu je time gaji..haha..

Tapi lagi sekali aku down sebab ramai yang mesej tanya resepi dan nak berniaga benda yang sama sebab "tengok kau macam sedap je ramai orang order hari2..nanti boleh la aku try jual kat ofis jugak..takpe, jangan risau..aku tak potong line kau.." ha...kadang2 aku tak paham apa la masalah dorang ni..Kalau dah aku berniaga kat ofis, ko pon nak berniaga kat ofis yang SAMA, bukan ke LINE kau ngan kau tu sama?? kenapa kalau aku berniaga nasi, ko takleh berniaga air? kenapa ko nak jual nasi jugak?? ha, faham tak metafora...tolonglah jangan jadi peniru...kan bagus kalau sama2 support bisnes kawan2...bila kena kat batang hidung kau sendiri, mesti akan jawab, "takpe, rezeki masing-masing..." tolonglah berubah!!

August 3, 2014

Cintaku


Ini benda kesayangan aku
Dapat pada tahun 2004
Mak dengan Ayah bayarkan downpayment, bulan2 bayar sendiri
Masih cantik, menarik, kau memang da bomb


Tapi di tahun 2014
Yang bahagian dalaman macam-macam dah meragam
Bila masuk bab aircond, memang aku surrender
Nak ganti, banyak jugak kena tambah
Takut repair sana, sini pulak sakit
Jadi...
Ku relakan jiwa



hahaha..takyah nak bermonolog..tengkolok ada lah...aku memang buta seni punya orang..tak reti bermadah-madah..aku dah jual kereta ni..10 tahun aku guna..tapi kenapalah aircond jugak yang rosak..aku tak biasa panas..maklumlah, dari kecik duduk London...hahaha...kbai!!

August 2, 2014

Resepi Ayam Masak Merah Mudah

Musim2 bulan puasa, hari raya nak-nak musim open house ni, traffic blog aku ni memang mencanak..Seronok tau tgk orang baca blog kita..haha..walaupon kadang2 main hentam je aku menaip, tapi ramai gak yang sudi berkunjung membaca disini...wahhh..kelas ayat aku kan? ala2 wartawan majalah Dara kau!! hahaa...

Nah, nak bagi resepi lagik..nampak macam marah, tapi aku memang macam nih..hehe.. Ayam Masak Merah paling senang..sapa buat tak jadi jangan ngaku kawan aku.. :)

Cara-caranya.....

1/2 ekor ayam (8 ketul lebih kurang) - digaul garam kunyit, goreng 3/4 masak

1) Panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan biar sampai naik bau
2) Masukkan bawang putih, bawah merah dan halia kisar dan goreng sampai garing
3) Masukkan cili kering yang telah dikisar dan masak hingga pecah minyak
4) Masukkan sos cili (anggaran kuantiti sambal) dan letak sedikit air (1/4 cawan)
5) Masukkan garam, ayam dan gaul sebati
6) Bila dah mendidih, taburkan bawang merah (dipotong bulat) dan tutup api


tadddaaa..

Senang ke tidok?? penat aku tulis resepi senang ni kalau tak reti gak nak try...try la pastu upload bagitau progress...hahaha...makan dengan nasi putih panas-panas pon layan..kalau ko hidang kat tetamu yang datang terjah je rumah kau, mesti raya tahun depan dia terjah lagik!!

August 1, 2014

Resepi Soto Ayam Mudah

Korang memang suka bab2 resepi mudah kan? Aku pon sama..Kalau dah de yang mudah, kejadah apa pegi amek yang susah..Takyah nak mencabar diri sangat. Bukan dapat hadiah pon kan..haha..

Okay..raya baru ni, turn balik kampung Mr.MHR..aku pasghah...hehee...ala, kampung masing2 bukan jauh pon. Sorang Negeri Sembilan, sorang Melaka..sekangkang kera takyah rebut2..aku dah makin lama kahwin ni dah makin tak kesah. Tapi aku paling kesah, pilih kampung yang tak banyak kena buat keje..haha..sayang lemak2 aku kumpul setahun...haha..emang dasar!!  Sempena raya, aku ditugaskan buat soto. Gila kau!! tetiba kena masak soto..dah le keluarga belah Mr.MHR tu besar...aku insan yang lemah ni kena masak banyak2..propa sangatsss...meh la, aku nak bagi resepi. Tapi jangan tanya sukatan. Agak-agak je ye..

Aku masak ni 2 ekor ayam ( 1 ekor potong 4 + 1 ekor potong kecik2)

1) Panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan hingga naik bau
2) Masukkan bawang merah, bawang putih, halia (dihiris halus) dan goreng sampai garing
3) Masukkan rempah soto (kacau dulu rempah dengan sedikit air)
4) Bila rempah dah garing, masukkan air dan ayam
5) Masukkan garam dan sesuaikan rasa
6) Masak sampai empuk, keluarkan ayam untuk dicarik2


Oleh kerana takut jahanam periuk nasi nenek, jadi aku tumis dalam kuali
orang2 kampung panggil style ni Tumis Darat ye adik2.. :)
seronok kacau2 benda ni sebab aroma dia tu sedap. 
Mujo la aku masak malam raya


Ni rupanya bila dah masukkan rempah
sentiasa kacau kang takut hangit lak dasar kuali tu
kalau takde rempah soto, guna rempah sup serbuk (Adabi)
aku guna rempah sup serbuk tu jugak. Jangan guna bunjut tau..tu nak buat bihun sup.


Waktu mula2 nak menumis tu, aku memang nak jerangkan air dengan ayam dalam periuk nasi ni. Kitorang takde periuk besar. Periuk nasi je yang besar..hehe..Jadi, lepas je rempah tumis tu garing, tuang je dalam periuk nasi ni, kacau biar sebati dan biarkan je dia masak..

Kang ada plak yang kompius..Ayam tu korang keluarkanlah yang dipotong empat tu. Ada orang dia potong kecik2 siap-siap..Macam aku ni sebab nak ayam carik2 tu sebagai tukang lawa meja..hehe..ikut korang la mana 1 yang ko nak..janji jadi soto tu..Kuah ni, makan dengan nasi impit, bawang goreng, kacang goreng, sambal kicap meletop...fuhhh!!!!

Okay, jangan maki..gambar semangkuk takde snap sebab malu nanti orang cakap syok sendiri...hehe..nanti ingat nak buat lagi minggu ni..dah buat nanti aku upload..sementara tu, layan dulu gambar ni...


sumber Google
rasanya gambar dari Kak Ina
nampak sedap kan??? 
hurmmm...terus rasa lapar...

Raya Keempat

Selamat Hari Raya...

Lama cuti? Cuti berblog lagilah lama kot aku ni..Raya keempat kitorang suami isteri dah start bekerja. Maklumlah 'orang dekat'. Jadi, selalu je kena beralah bagi cuti kat orang jauh..Maknanya sampai bila2 la kena mengalah agaknya..

Start keje, kat opis aku ni de 4 orang je..2 non muslims..jam tunjuk kul 10, perut dah bergelodak. Almaklumlah kan..manja dah santak dengan ketupat rendang 3 hari, baru lambat makan sikit mulalah nak pedih. Oleh kerana tak tahan, kul 11.30 dah kuar pg cari makanan (minta maaf bos..kuar awal..). Ajak pg makan tak ingat2 plak tu. Dari Putrajaya terus pegi Seri Kembangan...hehe...makan kenyang, balik opis sangap ngantuk..


tengok pinggan pon tau kan..mamak je yang ada..



ni Mr.MHR punya..ntah apa mimpi, suh amek kari kambing untuk nasi dia..
selama ni aku je yang mengorder kambing


budak ni mula2 cakap nak makan nasi + keropok aka papadom + milo ais
last2, keropok dengan air sirap aku yang ditelannya..nasi ntah kemana..


Bilik Fuller Hotel Alor Setar

Ha, mesti bila google tak jumpa banyak info pasal Fuller Hotel ni kan? tu yang datang kat blog aku ni..tahu dah..sebab hari tu aku pon goog...