December 31, 2020

Selamat Datang Wahai 2021

Hai semua. Lama betul tak menulis dalam blog ni. Sekarang ramai dah buat vlog, upload content di media sosial, YT jadi blog makin sepi. Tapi aku masih cuba nak disiplin diri agar sentiasa menulis di sini. Selain dapat berkongsi idea, dapat jua memantapkan skill penulisan yang makin hari makin berkarat akibat terlalu banyak penggunaan frasa slanga kan?

Sekejap je dah berlalu tahun 2020 yang penuh dengan kecelaruan. Kesihatan, emosi, ekonomi, peribadi, semua berubah 360 darjah sekelip mata akibat 1 virus sahaja. Hampir lumpuh segala yang ada. Waktu pandemik, aku takde benda nak kongsi. Lebih kepada tertekan hari-hari "Bekerja Dari Rumah" yang mana sebenarnya lebih stressed dari kita masuk pejabat setiap hari. Baru tahu nak bersyukur kan?

Sempena hadir tahun baru esok, semoga segala penyakit ni dapat hilang dari muka bumi (dengan izin) agar kita dapat kembali merancakkan semula kehidupan seperti biasa.

Macam lain pulak aku tulis macam ni kan? Tapi yelah..umur pon makin kertu jadi takkan la nak menulis macam BBNU lagik..hehe..

Okay gais..harap2 lepas ni dapat la update 3 kali seminggu. Barulah cepat sikit berkembang skill penulisan aku kan...


BERUBAH

Sejak munculnya pelbagai platform medsos ni, platform ni paling sendu. Mungkin kita dah dilatih jadi malas nak menaip. Kita lebih suka berca...