March 13, 2015

Aroi Thai Boat Noodle Cyberjaya

Tajuk je bagi gempak supaya korang baca..hahaha...kat Cyberjaya ada kedai makan yang ala2 kedai bot yang femes tu. Tapi nama dia Aroi Thai. Kedai belakang rumah je..Tapi dari sehari ke sehari tukar plan. Bila dah sampai, mesti pergi masuk kedai lain. Last2, pergi jugak. Aku ada la membaca kat blog2 orang yang portion benda ni kecik je. Almaklum, harga pon RM1.90 je kan..Jadi, samapi2 je aku terus order mi sup tu 6 mangkuk. Kena marah dengan Mr.MHR. Dia kata gila ke apa sampai 6 mangkuk beli misop..hahaa...aku cakap la "lapar..." Sekalik bila sampai makanan, dia gelak sorang2 cakap "patutlah order sampai 6 mangkuk..hehee..


aku memang peminat setia teh ais
tgk kaler macam teh ais kat Kelantan yang mengancam2 tu
tapi rasa dia lain sikit
maybe sebab teh yang dia guna kot..sekole dia bagi ko..


penambah perisa ni memang ada je atas meja
kalau2 nak extra feel, boleh la add


semua benda pon 1.90 ye
ayam ni seketul pon 1.90..kalau ko order 5 ketul, 5 mangkuk la sampai..dorang takkan asingkan


ni yang aku order
semua pon aku yang order
Mr.MHR akur sahaja bab2 order makanan..hehe..


Mi sup dia ada 3 jenis tau
Chicken Noodle, Beef Noodle & Tomyam Noodle
setelah dikaji dan dibelek, beef dengan tomyam tu sedap
kalau chicken tu, sup dia tak berapa mari! hehe..
maybe untuk anak2 boleh la kot..


ni total mangkuk yang kitorang makan
takde la extreme sangat kan?
ada orang aku tgk, sorang je sampai 6 mangkuk...bela hantu raya agaknya...haha..

Alamat dia kalau korang nak try, cari Shaftburry Square Cyberjaya. Kedai dia sederet Maybank..Sebelah SpeedMart 99 tu..servis sangat laju!

March 12, 2015

Feri Kuala Kedah - Langkawi

Selalu kalau pergi Langkawi, kitorang naik feri di Jeti Kuala Kedah. Sebabnya, penat nak drive sampai Kuala Perlis..haha..lagipon kat Kuala Perlis tu kebanyakan bas ekspres semua ke sana. Jadi, ramai sangat orang. Kalau kita yang individu ni, baiklah naik kat Kuala Kedah. Takde bersesak2 sangat. Aku just nak tunjuk keadaan dalam feri je. Senang la korang nak bajet2 macam mana nak handle barang.. Maklumlah, namapon Langkawi kan...korang mesti shopping tak hengat punya..hehe..




waktu perjalanan dia dalam 2 jam macam tu
memang lebih lama dari Kuala Perlis
dorang pasang video..kadang2 pasang video clip lagu2..



Kalau korang jenis yang tak tahan sejuk, baik sediakan jaket siap2. Dah banyak kali aku naik feri ni, dorang memang on aircond guna fan full blast punya. Kalau kena time hujan, walaupon laut tu bergelora, aircond tetap menderu2 punya kuat. Yang 'kaki kencing' lagilah tak senang duduk..haha..aku okay je..sebab dah biasa duduk London..kbai.. :)

March 11, 2015

Sarapan Pagi di Ipoh

Minggu depan cuti sekolah kan? Mesti ramai yang cuti-cuti Malaysia. Aku minggu lepas dah cuti. almaklum..anak belom sekolah..hehe.. Nak share tempat makan sikit. Aku taktau la kena ke tak dengan citarasa orang lain. Tapi kitorang ok je..Sebelum mendaki nak naik Cameron, kena la cari makanan alas perut. Tak boleh berat2 sangat. Takut terbeluek di tengah jalan..hehe..


Roti telur goyang ni sangat popular time aku gugel dot com. Tengok gambar menggiurkan. haruslah pergi carik. Lokasinya kat Medan Selera Jalan Dato' Sagor, Ipoh. Senang je. Cari Stesen Keretapi Ipoh. Dia sebelah menyebelah je. Tapi yang medan selera asal tu tengah renovate. Dia kepong dengan zink2. Korang kena pergi belakang zink2 tu..haha..tapi jangan risau, dekat zink2 tu dia ada tulis guna cat siap dengan anak panah arah medan selera sementara. Fokus je. Mesti jumpa..



Tapi nak bagitau. Yang jual roti goyang tu, Ah So ni..takut2 ada yang tak berkenan nanti frust pulak kan. Dia memang jual roti telur goyang ni je. Roti disapu marjerin (masin) pastu dia bakar dalam oven tu. Bila roti keluar, terus dia letak telur 3/4 masak atas roti tu. Bila hantar kat kita, dia bagi sekali kicap dengan lada sulah untuk tuang atas roti..Mr.MHR suka..2 set dia order..huhuu...kenyang sampai tengahari..harga 1 set RM2.70..sedap sebab roti tu masin2 gitu.. Aku ok je kalau2 Cina kampung ni. Kalau korang tengok kat medan selera ni, penuh dengan pakcik2 makcik2 kampung. Makan telur 3/4 masak tu 3 bijik sorang..barulah sihat dan kuat!! hehe..

BERUBAH

Sejak munculnya pelbagai platform medsos ni, platform ni paling sendu. Mungkin kita dah dilatih jadi malas nak menaip. Kita lebih suka berca...