March 11, 2011

Mari Memasak Pancake

Tetiba teringin nak buat pancake. Dah lama tak masakkan sarapan untuk Mr.MHR. Akeef pon dah boleh dah bagi makanan yang lembut2. So, try buat la. Seperti biasa, percubaan pertama. Kalau nak ikutkan, mmg semua pon percubaan pertama sbb time bujang JARANG masak, pas menikah trus ngandung, pas bersalin pantang lama. hah,skang baru leh masak..hehee...

Dan, aku nak bg resepi lagik ni. Resepi yang digugel plus ejas2 sendirik. Sila catitkan dalam buku masakan anda okay....hehee...


Bahan2nya:

2 cawan tepung gandum atau tepung serbaguna

2 cawan susu segar

2 biji telur

1 sudu besar gula

2 sudu teh serbuk penaik (kalau tidak pancake tak gebu)

1/2 sudu teh garam

Sedikit mentega


Cara2nya:


1. Pukul telur dan mentega kemudian campurkan tepung gandum, gula, serbuk penaik, garam dan susu. Pukul sampai tak berketul.

2. Gunakan non sticky pan dan sapukan sedikit minyak dan panaskan (guna kuali pon boleh..biar panas2 then sapu minyak, tuang adunan)

3. Dan masakkanlah pancake tu. Balik2kan dan masak le hingga kekuningan.


Taddaaa...

bukti masak sendiri sbb rupanya tak cantek kan..huhuu...

Hidangkan bersama maple syrup, sirap cekelat tu ke, madu atau butter. Barulah Amerika...heheee...

No comments:

Post a Comment

BERUBAH

Sejak munculnya pelbagai platform medsos ni, platform ni paling sendu. Mungkin kita dah dilatih jadi malas nak menaip. Kita lebih suka berca...