February 25, 2011

Membuat Kek

Sapa yang rajin buat kek? Angkat tangan!!

Keh, kalau korang rajin bakar kek, mesti korang
1) dah penah bakar kek Red Velvet nie
2) mesti korang ada cita2 nak buat kek ni..

okeh, aku masuk kategori no.2..banyak tol halangan nak buat kek nie.
Selain banyak pakai bahan, kek ni gak banyak step..huhuu..


sebab banyak bahan & banyak steps, org leh jual kek sepotong je cam bawah ni dgn rege RM11++..huh, SR pon kalah.

Aku mmg berhajat nak bakar gak kek ni. cuma tatau bila masa dan ketikanya. Kalau nak cr kat kedai, mmg susah nak jumpa kek ni. Yang ada jual pon sume jauh dr rumah @ tmpt kerja aku nie.

Jadi, ini misi aku untuk 2011 nie..hehee...setahun pny misi nak siapkan sebijik kek. Kek ni PASTI akan aku buat gak walau lambat atau cepat.

* kalau ada yang dh bakar & duk dekat2 ngan area aku, anta le sepotong. nak rasa... :)


Hadiah

Bila tukar tempat keje mesti dapat hadiah kan..hehee...

Tempat pertama lapor diri, pas keje 3 tahun, kena pindah pg cawangan. Dapat hadiah. Perhiasan rumah rasanya. Besar. Dah letak kat kampung elok2..

Pas setahun, pindah lagi dr cawangan ke ofis lama (tp lain bahagian), dapat hadiah lagi. Time ni best..dapat seutas rantai dan sebentuk cincin emas..hehee...waktu tu umur BARU 26 tahun..dapat barang kemas, kemain sonok lg..time ni bos aku Pn.Padma Devi. So, barang kemas la kay.. (^_*)

Keje 2 tahun, pastu kena tukar lagik. Time ni tukar sbb nek pangkat sikit. hehe..waktu ni hadiahnya pen & pensil tekan-tekan ada ukiran. tp bkn ukir nama aku. Ukir nama unit yang bagi tuh..huhuu..pensil tekan-tekan tu sbb time tu aku tgh belajar. kulu kilir bawak pensil tekan-tekan. sampaikan nak sign surat pon kenkadang tenyeh ngan pensil tekan-tekan..

Skang, pindah lagik..x nek pangkat atau nek gaji. tapi pindah sbb dah nek sakit pala pk masalah ekonomi diri. hehee..kali ni dpt hadiah jugak..

tarraaa...


fresh from oven. baru je dpt td..tapi, tatau pe hadiahnya. nak bukak kat umah kang la..nanti aku hapdet pebende dalam tu k...

*Selamat Maju Jaya*
huhuu... :p

February 23, 2011

Surat Pertukaranku

Yang dinanti2 akhirnya tiba juga.

Kalau ikut kiraan, hujung bulan ni genap 1 tahun 7 bulan aku berkhidmat kat Putrajaya nie. Aku ditukarkan ke Putrajaya ni sbb naik pangkat setelah 6 tahun berkhidmat dengan kerajaan Malaysia. Mula2 dpt surat tukar dulu mmg semangat. Yelah kan..naik pangkat..gila tak semangat. Putrajaya pon putrajaya la. hari ni dpt surat, esoknya dah kena lapor diri. dr kl trus ke putrajaya. huh..semangat!!. plus time tu bujang. sipi2 nak mengakhiri zaman kegemilangan tu. hehee..

Pas dpt surat tukar, trus apply kuarters kerajaan. Waktu apply bilangan menunggu adalah 842 org..wahhh...bape puluh tahun kena Q nih.. tapi kalau dah rezeki (plus ngan surat rayuan sedih giler kpd JPM) pas 2 bulan, aku dpt la masuk kuarters. Ngam2 balik honeymoon, check emel, suh dtg JPM amek kunci (tp kena bayo macam2 fees la b4 masuk kan) Jadi aku + Mr.MHR meneruskan kehidupan suami isteri berdua2 dia Putrajaya.

Sampai la Akeef lahir @ Hospital Putrajaya. Hari kedua bersalin, trus pindah ke Wangsa Maju. duk la kl sampai hari ni sbb xde org nak jaga Akeef dan emak & ayah aku pon dh merajuk kalau ktrg anta Akeef kat tmpt len suh asuh. 60 hari selepas tu bermula la episod aku bangun pagi2 buta. Pas subuh, trus kua umah menuju ke putrajaya untuk mencari rezeki...sob sob sob..cam sedih tak...

Jauh tu.. Kalau dikira betul2, jarak ulang alik hari2 tu adalah dekat2 80km. sehari!! tak sanggup ulang alik jauh2. kos perjalanan pon tinggi kemain. Aku pon anto surat tukar. Nasib baik ada org nak tukar suka sama suka. Pas anta surat, dpt surat reply, tulis

"Belum cukup tempoh berkhidmat di Jabatan sedia ada"

wuuaa...hancur luluh hati time tue..hasil recce2 bgtau, kena keje 3 tahun baru leh tukar..at least! tapi aku tak putus asa. Aku anta lagi emel kat pegawai2 tertentu. Mesti org2 kat HR tu dah meluat tgk emel aku. Panggilan telefon takyah kira la. Selang 2 hari aku call tanya progress. Bukan apa, aku ni kira mohon atas dasar suka sama suka. Maknanya, tempat masing2 akan diganti. Jadi, kenapa tak dpt gak?

Mmg la naik pangkat gaji pon naik. Tapi kos aku ulang alik tu lebih dr nilai gaji yang bertambah tu. Jadi, bila ada yang nak tukar gak atas sebab yang sama, boleh la sepatutnya kan? kan? hehee..

Lama2 aku macam ilang dah semangat nak tanya perkembangan permohonan tu. Tulah bila dah boring, tiba-tiba.......

surat tukartadddaaa....

Baru kejap tadi (23 Februari 2011), seksiteri Pengarah dtg anta surat ni. by fax...lapor diri lg 3 hari..yahoo!!! alhamdulillah. akhirnya Allah makbulkan jugak doa kami.

Tapi kan...sebenarnya aku suka keje kat sini..

10 sebab UTAMA aku suka keje kat BPAD ni adalah :

1) kua lunch ikut masa sindrik dgn geng2 jjcm aku iaitu Pn.Azura Nor & Cik Effar Yus.
2) cuti aku selalu ada extra sbb budak yg kira tu salah kira..hahaa..
3) boleh tiba2 je gelak2 ngn geng2 jjcm tu wpon sbnrnya opis ni sunyi sepi..
4) boleh buat party makan ikut suka hati..tak amerika la tak berparty..hahaa...
5) boleh tido ikut masa mengantuk masing2..walaupon br kul 10 pagi, kalau nak tido, boleh!!
6) kalau kua ofis kul 12.30 utk lunch kat luar, dh dikira SANGAT lewat..hehee..
7) kua ofis kul 11.15, masuk balik kul 2.30petang..syurga ya amat..
8) boleh dtg opis lambat SIKIT sbb kawan2 sy sudi tlg punchkan..(sila jangan tiru!!)
9) pg trus Yummies kat bangi beli barang kek secara tetiba bila jumpa blog resepi kek yg cantek, menarik, tertarik..ko mmg tembom...
10) boleh balik umah awal kalau xde mood nak keje...halfday yg diapproved oleh diri sendiri..yeahh!!!

oopppsss..tertinggal satu lg yang best...kat cni boleh blogwalking tak kira masa..xde sapa nak larang. janji keje siap.. :)

Kesimpulannya, aku mmg suka keje kat BPAD nie..tapi tak larat nak menanggung kos & letih resah berulang alik jauh2. Kalau BPAD ni ada kat kl, aku org pertama anta surat tukar lagi sekali..hahahaa...

kay, nak sambung kemas barang (tetiba nak kemas barang kan...) & tima kasih sbb sudi baca n3 berjela nih.. ciaaaooo....

February 18, 2011

Gaji....

Aku nak share pasal satu cerita tentang gaji nie..

Korang tau tak berapa gaji pasangan korang? Suami @ Isteri masing2?

Sepatutnya kita kena amek tahu gaji pasangan kita. Ianya bukan sbb tak percaya tapi bukannya berdosa atau salah pon kalau kita tahu kan?


Ceritanya bermula camni..

Tengah syok aku tido time subuh2 adam tu, fon berbunyik. Call dr sorang kawan lama aku. Aku tatau pebende yg dia ckp sebab lebih banyak bunyi nangis dr bunyi cakap. Lama aku tunggu dia ilang sedu sedan then br leh dgr apa yang dia nak cakap. Dlm sedu sedan tu...

"Ko nak tau tak, idup2 aku kena tipu ngan laki aku. Selama ni rupa2nya dia sewakan rumah untuk b*&^%a tu. RM500 sebulan!!.Aku tak penah mtk duit kat dia. Gaji aku cukup utk diri sendiri + anak aku. Aku x mintak pon duit dia. Ingatkan menabung utk ktrg. Rupa2nya bg kat pempuan lain!!"

Ha, tulah kan. Kalau kita tau, gaji pasangan kita, takdelah benda ni jadi. Mcm kawan aku ni, dia duk umah kuarters. So, tiap2 bulan sewa potong tru gaji dia sbb laki dia keje swasta. Kalau umah kerajaan ni, potongan RM350 la lebih kurang. Kalau campo 500 yg laki dia bagi kat pempuan tu, dorang ni dh mampu beli umah teres setingkat dh kat kl nih..

3 tahun duk kuarters. 3 tahun jugaklah laki dia bayarkan utk pempuan tu. Dan umah sewa pempuan tu SANGAT dekat ngn kuarters tsb.

Aduhai...nape la wujud keadaan macam nie. Yang laki menggatal. Yang pempuan tu pon dia tak fikir ke kalau org lain plak buat kat dia? 500 tu kalau buat belanja anak, 2 bulan pny stok susu boleh dapat.


Hurrmm... taktau la macam mana idup kawan aku tu pasni. Doakan yang baik jelah. Dan kepada yang bercita2 atau sedang berperangai macam perempuan tu, bawak2 la berfikir. Percayalah pada karma... what goes around, comes around okeh....

February 11, 2011

Puding Trifle

Hari ni ada jamuan potluck kat opis. So,kena pk nak bawak apa masing2. Check dalam peti ais ada cake chiffon ngn nata de coco. Jadi......operasi!!

Puding Trifle sedapSebenarnya ni first time aku buat trifle. Ha,ada bran? 1st try dah buat dlm mangkuk besar dan siap bawak utk jamuan office lagik. hahahaa...jangan risau..aku kan anak chep..mesti sedap punya..air tangan katanya..waakakakakaa....

Silalah menjamu mata. Kalau nak menjamu selera, sila buat. Kalau malas nak buat, order kat aku lagi senang..hahahaa...aku bg rege kawan2 je...

* puding ni sbnrnya merah menyala...tp bila camera snap jd pucat lak..camera murah kot.. :p

February 10, 2011

Akademi Fantasia

Demam dh bermula...

Skang ni Radio Era dh buat audition utk sapa2 nak join AF9. Kalau sapa lepas audition kat Era nih, dorang leh trus lompat ke stage 3. Fast Forward katanya. Jadi boleh la kita dgr suara2 yang konon2 sedap tue wat audition online.

Tapi, dah nak masuk musim ke9 ni, kita dh mula rasa nak bosan. Yelah, sbb mula2 dulu dorang ni innocent je waktu join. Kalau tgk kat Diari Harian tu waktu AF 1 & 2, nmpk dorang mmg x berlakon. Sekarang tidak lagi. Makin mengada2 perangai dorang depan camera. Dah ilang dh mood nak tgk diari..harapkan konsert jelah boleh tgk. Tupon bole pilih peserta mana yg kita nak tgk dia perform. Kalau peserta yang tak best tu, boleh la kita bawak diri pg masak apa2 yg patut kan dapur..hehee..

Antara banyak2 musim, aku paling suka musim yang ini..

Ada ramai peserta yang berbakat. Nyanyian memang sedap. Perangai pon elok la sikit. Majoriti sumer boleh nyanyi. sebab tu kot Astro untung riban2 waktu musim nih..

Musim yang paling aku benci, tak suka, menyampah, muak, loya sumer ada adalah time nih..

Tak paham betul. Nape la dorang amek Datin tuh jadi pengetua?? Dia kan model. berlakon pon yg ado. tetiba nak train org nyanyi. Walaupon org kata AF ni x focus kat nyanyi semata2, tapi bila konsert xde pon yang berlakon kan? So,mmg focus kat nyanyi la maksudnya..

Time ni peserta dia bukan la main meluatkan hati. yek yek uwekk...

Okeh, tak lama lagi dh nak sampai musim ke9. Orang duk sebuk2 kecoh marah Astro amek Ahmad Dhani jd pengetua. Tolonglah org2 yang kecoh nih. Antara Ahmad Dhani ngan Datin tu umpama langit ngan bumi pon korang still nak kecoh2 lagi. Kalau ada scale, comfirm Datin tu xleh masuk dalam scale tu. asal aku tetiba bengang ngan datin tuh??hahaa...

Semoga kehadiran AF9 yang dikatakan terakhir ni akan jadi best macam AF yang aku suka tuh. Sekurang2nya ada la xtvt malam minggu.

Go Ahmad Dhani Go!!!! hahaa...

February 9, 2011

Breakfast @ Office

hahaa...bosan nih..
xde mende nak buat...
ni menu breakfast pagi tadi..
mihun goreng singapore + telur mata = RM3.00

sudah selesai semuanya..
alhamdulillah....
hehee...sapa blom breakfast, pegi makan cepat..
nnt perut masuk angin, xleh focus nak buat kerja...

ciiaaoo...

Bubur Nasi Untuk Akeef

Malam tadi Ibu sangat rajin masakkan bubur untuk Akeef
asek mamam nestum je kan...
so, Ibu masak bubur nasi + carrot + brokoli + ikan bilis sket...
tarraaa....


pas dah sejuk, Ibu blend halus2
pastu bagi Akeef mamam
waah, tak menyempat2 nganga nak suh suap..
lebih sedap dr nestum la gamaknya
esok Ibu masak lagi kay...
nnt Ibu modify lagi resepi ni khas untuk Akeef.....
(^_^)

February 7, 2011

Sesi Bergurau - Part 2

Akeef dah 6 bulan 4 hari
dah pandai main2..
dah pandai gelak2...
kejap je dah besar..
(^_^)

"Ayah, tgk la Akeef nie..."

"ha, Ayah dah tgk nie..nape Akeef tgk tmpt lain?"

"ala, kan Akeef tgk Ayah nie..Ayah yg xmo tgk Akeef..."
"xmo la..Ayah merajuk nih...Akeef main tipu tipu lagi..."
hehehee...

"Okaylah...kita tgk Ibu la..."
hahahahaa.....

penatlah...jom kita tido la Ayah..biar je Ibu tinggal sorang2 amek gambar kita tido...

February 6, 2011

Makan @ Popeyes

Makan lagik...

Kali ni ke Popeyes Louisiana Kitchen..


Ni set yang ktrg order..
1 set ayam + 1 set chicken burger

Ayam goreng ni sedap...Kalau maintain elok2, bole lawan KFC rasanya..

Tapi burger ni xleh lawan zinger...
usaha lagi!!
hehee....

Whipped potato tu upah utk Akeef..
Celupkan fries ngn whipped potato tu then bagi dia hisap2...
kemain suka lagik...

Biscuit with strawberry jam

henfon tak lepas...macam la org nak sangat...

gembira setelah kenyang makan kentang dan minum susu...

hah, kecik2 dh pandai julur lidah...
potong baru tau!!

Makan @ Bahulu Classiq

Waktu cuti panjang CNY aritu, ktrg balik ke kg nenek kat Jelebu. Petang raya cina tu baru berangkat pulang. Sebab pagi2 syok melepak anak beranak tgk tv..hehee...Pas siap kemas2 baju 2,3 helai ktrg pon memulakan perjalanan. Oleh kerana cuti panjang dan xde nak rush sgt, ktrg pilih 'jalan kampung'..xmo ikut highway LOKEH tue..so, ktrg ikut jalan Sg.Lui. Waktu kuar rumah tu dah pukul 2 kot. Sampai area Ulu Langat tu dekat2 kul 3. Lalu kat Kg.Jawa tu ada cafe Bahulu Classiq. Pelagi, masa tuk minum petang..hehee...


Cafe sebelah rumah owner je..
kat dlm tu sbnrnya ada ramai customer tgh makan..
Ktrg pilih duk kat luar sbb senang Mr.MHR nak amek 'angin'..

Anak ini sgt lasak semenjak 2 menjak nih
x larat nak menghalang dia melonjak2..
serahkan pada yang pakar...

hah, seronok la..

lambatnya nak tunggu makanan sampai..hehee..
sebenarnya kejap je..tp sbb dah haus, rasa lama nor..

oleh kerana masih kenyang dgn makanan lunch, ktrg order semangkuk je.
Mi Jawa : RM 3.50
sedap...sedap..sedap..
cukup sifat..x menipu ramuan..terasa sume perencah...


ini adalah favourite gwe....
sgt sedap & mengecorkan air lior....
Air Jagung Special : RM 2.50
Ais Parut + Jagung Manis + Susu

sedap..sedap..sedap...

dan ini air utk potong lemak...hahahaa...
Limau Ais : RM 1.00


Waktu nak bayar, aku ternampak la kueh bakar kat display rack dia tuh..
terasa nak plak..hehee..so, amek sebijik..
tp terasa tak cukup plak sbb umah nenek tu selalunya ramai yang ada..
aku amek lagi sebijik..jadi total kueh bakar adalah 2 bijik..hehee..
dan...kueh bakarnya SANGAT SEDAP dan berharga RM 3.50 je sebijik...

* pic ni aku copy sbb kat situ x sempat nak snap gambo kueh bakar sedap nih...


Jumlah keseluruhan ktrg minum petang plus tapau kuih kat cni baru RM14..patut la ramai kat kedai ni sedangkan dalam kawasan kampung je..sbb makanannya sedap & harga pon berpatutan. Kalau korang terasa nak tau lebih pasal Cafe Bahulu Classiq ni, boleh tgk kat sini kay....

ciaaooo...

Jalan2 @ Wangsa Walk

Cuti lama2. Boring xtau nak buat apa. So,keluar la berjalan2. Paling hampir pg Wangsa Walk je. Jalan..jalan..jalan..jumpa kedai toys..masuk & cari la kalau2 ada toy yg sesuai utk Akeef....

Toy Sayang
murah gak la toys kat cnie
made in China

dalam tempoh 6 bulan lagi,
benda alah ni mesti akan ada dlm rumah den...

otw masuk dalam kedai
Akeef kelihatan boring je...


hah, ni antara salah satu toy yg ktrg beli
sbb Akeef selalu sgt mamam henfon Ibu
so,Ibu belikan satu henfon tuk Akeef utk mamam2...


Ayah : meh jap...Ayah tlg on kan..
Akeef : alah Ayah nie..kacau la..Ayah kan ada henfon sendiri..ini Akeef pny la Ayah..
(sambil genggam kuat2)

February 1, 2011

Liverpool FC : Kenapa Torres Keluar?

Hah, tetiba plak citer pasal Liverpool. Saje je nak share2 berita hangat. Korang mesti tau pasal topik utama sukan nih..Aku just nak elaborate sket je.. :)

Sila baca dengan hati yang terbuka...hahahaa...

* Tulisan kaler merah sbb warna rasmi team Liverpool ni merah..

6 sebab kenapa Fernando Torres keluar dari Liverpool ke Chelsea :

1. Nak Bermain di Liga Champions
Sewaktu masih di Atletico Madrid, dia dah lepaskan 6 musim untuk tidak bermain di Liga Champions demi cintanya pada kelab yang membesarkannya tu. Oleh yang demikian, dia rasa taknak buang masa lagi. Torres rasa karier bola sepaknya masih perlu berkembang dan dia perlu bergabung dengan team yang mampu bersaing di peringkat lebih tinggi.

2. Liverpool Dianggap Ingkar Janji
Torres ni nak jaminan kuat tentang masa depan Liverpool yang dah diambil alih oleh pemilik baru. Tapi Torres rasa janji itu tak ditepati. Torres rasa Liverpool sekarang bukan lagi seperti pada saat pertama kali bergabung. Dengan keluarnya Rafa Benitez & Roy Hodgson dan diganti dengan Kenny Dalglish memang merupakan langkah yang bagus tapi tetap tidak cukup baginya.

3. Penjualan Dirinya Akan Mendatangkan Keuntungan Besar
Torres harap Liverpool tahu kalau penjualan dirinya adalah penyelesaian terbaik bagi semua pihak. Liverpool membeli Torres dengan harga 23 juta pounds. Liverpool boleh dapat keuntungan lebih dari 20 juta pounds kalau menjualnya. Konon2nya duit tu boleh la Liverpool guna untuk kegunaan ahli2 kelab yang lain.

4. Tidak Ingin Gagal ke Chelsea Untuk Kedua Kalinya
Chelsea telah offer kat Torres untuk join team dorang pada musim panas yang lepas tapi striker Liverpool ni cakap dia xleh tukar kelab sbb Liverpool masih dalam proses tukar hak milik. So, dah abes proses tukar hak milik, boleh la dia terima tawaran tue...

5. Kenaikan Gaji
Dipercayai Chelsea telah menawarkan kontrak dengan jumlah gaji baru iaitu sebanyak 200 ribu pounds seminggu..huhuuu....dengan Liverpool gaji dia 110 ribu pounds seminggu...so, watpe nak tunggu kan..

6. Sebab UTAMA
Liverpool tak cukup hebat..sbbnya dorang ni xde pemain2 STAR..yg ada hanya Torres dgn Gerrard je. So, Torres ni rasa beban banyak kat bahu dorang berdua je nak pastikan Liverpool ni sentiasa hebat..Kalau salah sorang injured, habeslah Liverpool tuh. Lain la Chelsea tue.. Ada ramai pemain hebat.. setiap posisi ada je yang hebat2 mcm Lampard, Terry dan Drogba..

hah, kagum tak aku dpt info macam nih...hahahahaa...kalau korang nak percaya, percayalah..kalau taknak pon takpe...aku bagitau je...

* kepada kipas susah mati Liverpool yang paling kucintai....
terror tak??? u mesti kagum ngan I kan..hahahaa....

BERUBAH

Sejak munculnya pelbagai platform medsos ni, platform ni paling sendu. Mungkin kita dah dilatih jadi malas nak menaip. Kita lebih suka berca...