June 13, 2014

Kacang Pool Larkin

Nak cerita pasal Kacang Pool. Aku kenal makanan ni sebab waktu pergi kerja kat JB dulu, staff2 kat cawangan JB belanja. Sedap mak aii..pastu, nak pergi try lagi, selalu dah malam2 baru ada masa lapang. Jadi, tak dapat nak terjah walaupon 3,4 kali pergi JB. Kebetulan semalam ada Pasar Tani kat belakang opis ni. Dia letak signage Kacang Pool Larkin. Marilah membeli. 


Set dia macam ni
RM5.00
roti tu gemuk tau. tebalnya macam 4 keping roti biasa



mula2 cuit-cuit roti tu makan dengan kacang tu


aku taktau cara makan yang patutnya kena buat
jadi aku letak je lauk2 tu atas roti dengan telur sikit, pastu ngapp


bila roti dah abes, sudu je semua...sekejap je licin... :)

June 6, 2014

Roti Jala Putrajaya

Salam Jumaat...

kikikiii...islamic tak kak ton? hehee.. suasana kat ofis aku ni kemain la sedap feeling2 cameron highlands giteww.. Subuh hujan membawa ke pagi maka udaranya pon nyaman la di hari Jumaat yang indah nie.. Nak resepi lagi? haha...muntah la korang tgk aku asek upload resepi.. tu blom lagi masuk bulan Ramadan yang lagi 22 hari nak menjelma ni..memang kalah la korang sebab aku akan update blog hari2 tunjuk apa menu sahur dengan berbuka..haha..sila jangan benci!!

Ingat tak aritu aku bercuti pergi Kelantan? Macam biasa la bila memusing dalam Pasar Siti Khadijah tu, benda2 tak patut beli pon kau akan beli kan? Jadi, dengan jayanya aku telah membeli kuali leper besi hitam legam nih. Kata nak menjala, harus la guna yang leper..guna frying pan tu aku tak feel..haha..lantak arrr....Murah je..mokcik tu kata RM15..macam biasa la kan sebab aku kecek luar...bila aku minta kurang RM10, trus dia setuju..nampak tak? nampak tak? maknanya memang RM10 la dia jual...tak baik tau up lebih2...

 

buat benda2 kraftangan ni memang mula2 semua tak berapa cantik
dah nak abes tepung, baru nak cantik!!


1 adunan ni dapat dalam 30 biji roti jala
aku buat 2 round..15 bijik sekali menjala..berpeluh ketiak duk tepi api.


kari ayam togel ni memang aku buat semata-mata sebab nak makan roti jala ni..

Resepi takyah la korang minta kat aku. Sebab aku adventurer. hahaha...semua benda aku campak je...janji jadi..sukatan pon aku taktau..selagi tak betul adunan, selagi tulah aku tambah macam-macam biar cukup sifat..Korang cari resepi kat blog yang meletop-letop resepi dorang ye...

Terima kasih kerana sudi membaca!! 
Silalah datang lagi..
Kalau nasib baik, hari-hari ada entry baru.. :)

June 5, 2014

DNA Babi

Amek kau...tajuk babi aku nak tulis hari ni. Stressed aku hari2 org post pasal masalah cekelat tu kat fesbuk..Kejap ada, kejap sah takde..pastu siap suggest nak buat majlis makan cekelat beramai2 nak memastikan cekelat tu SUCI MURNI..

Benda bab2 DNA yang melibatkan oink oink ni memang sensitif kepada orang Islam. Patutnya benda-benda ni dikawal 100%. Tapi kalau dah wujud unsur rasuah, benda haram serta merta boleh bertukar halal kan?

Aku rasa benda ni takyah la nak dijadikan isu. Banyak lagi kedai makanan yang confirm2 tidak berstatus halal yang orang2 kita ni redah..Cuma bila takde mention babi, orang masuk je bedal pebende yang orang tu jual. Tak kembang ke tekak bila orang tu tulis "No Pork, No Lard"?? Walaupon takde menatang tu dijual, baca je pon dah boleh menyebabkan loya kembang tekak nikan pulak nak masuk makan..Takyah la kita mengikut2 sangat orang2 yang suka sangat pergi makan kat tempat2 yang status meragukan. 

Kalau sekali orang dah cakap benda tu haram, dah! jangan makan walaupon selepas 3 hari keluar pulak statement ianya halal dimakan...ko tak terasa ke walaupon statement dah berubah tapi bila tgk benda tu ko terbayang babi? hahaa..sebab tu aku suka pergi Indonesia. Peniaganya jujur. Kalau ada babi, dia letak terang2 babi..Kalau halal, de terang2 halal (tapi mahal nak mampos)..

Tepuk dada tanya selera. Kalau nak, silakan.... :)


*sumber Google*

June 4, 2014

Burger Bakar Home Made


Bila angin resepi, berdoyon-doyon la resepi aku nak taip kat sini. Bila angin sepi, memang takde pape la kat blog ni gamaknya..hehe..Mesti korang pernah alami perasaan macam perut tengah lapar, pastu pegi scroll gambar2 kat IG, ternampak la gambar makanan yang menjejeskan air liur. Nak keluar pegi beli hari dah lewat sangat plus anak kau dah tido..haha..jadi kau godek2 la apa yang ada dalam esbok..Aku taknak bagi resepi pon sebab ni semua benda instant. 

Ko susun-susun je, jadi la ala2 burger bakar tersohor tu. Guna je isi daging burger Ramly tu. takyah nak susah2 nak kepal2 isi daging. Ngerti?


untuk santapan mata korang..hehee..
jangan benci aku sebab ngada2 cucuk lidi sedangkan burger tu tak tinggi mana..burger tu bukan nak tumbang pon...feeling kena lebih..hahaha...

June 3, 2014

Resepi Nasi Ayam Simple

Hai diknon2...kak ton banyak keje la lately..tak cukup2 nafas nak ngejar semua benda..hehe...Ayah aku tak sihat..jadi, kitorang duk ulang alik..tahap penat tu lain sikit la gamaknya kan. Permulaan bulan Jun yang diharapkan memberi banyak rezeki untuk kita semua, aku nak bagi resepi nasi ayam paling simple. Kalau ni pon takleh ikut, tak dapek la den nak nolongnya..

Mula-mula start dengan ayam:

1) Tumis bawang putih, bawang merah, halia. Dah garing, masukkan air dan ayam.
2) Kalau ayam kau de 2,3 ketul pastu nak sup sepiyuk besar, campak la kiub ayam tu sebijik. Kalau nak sup cukup2 je, takyah le letak kiub.
3) Bila ayam dah 3/4 masak, keluarkan ayam dan terus gaul dengan kicap lemak masin + lemak manis. Biarkan kejap.
4) Basuh beras dan sukat air gunakan air sup tu. Ni skill kena tinggi. Jangan lak pegi celup tangan nak sukat air dengan beras. Melecur jari tu. hehe...pandai2 la agak ok..pastu tanak la nasi tu.
5) Dah tanak nasi, goreng la ayam tu sampai masak. Nak masuk dalam oven pon boleh. Nak grill dalam pan pon boleh.


Kicap :

Letak kicap manis dalam bekas ikut kadar yang disukai, pastu campur dengan sup tu sikit. :)

Sambal Cili :

Kisar cili merah, bawang putih. Masukkan dalam periuk kecik, campur gula sikit, sos cili sikit,garam dan kacau2 sampai mendidih. Kalau nak pedas, time kisar tu, letak la cili padi 2,3 biji.


Sambil tunggu nasi masak, potong la sayur-sayuran yang berkaitan



taddaaaa.....jemput makan.. :)


sapa kata masak nasi ayam tu susah?
sonang bai tu. rajin dengan malas je kunci utamanya.

BERUBAH

Sejak munculnya pelbagai platform medsos ni, platform ni paling sendu. Mungkin kita dah dilatih jadi malas nak menaip. Kita lebih suka berca...