February 19, 2020

Review Hotel Paya Bunga UTC Kuala Terengganu

Setahun tak bersentuh blog ni. Debu pon lekat molek. Lap tak jalan, kena sembur clorox agaknya. hehee..
Sementara cari mood menaip pepanjang, arini aku nak cerita pasal hotel baru kat Kuala Terengganu. Ada orang kata tak berapa baru, Tapi bagi aku, barulah tu. Pergi setahun sekali, tahun ni dia muncul..

Hotel ini berkonsep islamik dan terletak betul2 kat bangunan UTC Kuala Terengganu tu. Sebelah stesen bas KT. 

Konsep nak check in hotel tu macam ni :

1) Check in dulu di lobi hotel.
2) Bayar RM50 untuk deposit kad parking. Simpan resit deposit
3) Dapat kad bilik hotel dan kad parking, baru boleh masuk parking bertingkat. Untuk tetamu hotel, parking cuma aras 6 sahaja.
4) Dari lif aras 6, boleh terus ke aras bilik hotel. Macam aku aritu, bilik aras 8 so terus tekan 8 je. Takyah turun2 ke lobi tukar lif.

Cuma, PASTIKAN korang masuk lif hotel dari parking aras 6 tu. Jangan tersalah masuk lif UTC. Melilau la nak usung beg keluar masuk pintu lain2.

Aku aritu booked bilik Double Deluxe (Katil King). Kalau anak lebih sorang, bawak le toto..haha..ada ruang besar. Muat untuk bentang toto + solat kat situ. Meh tengok gambar meh..


Hotel sekarang majoriti semua dah ada iron set dalam bilik. Tapi sekarang kan trend tudung pleated. Siapa perlukan iron kan? 😄



Satu nak puji, water pressure dia kuat. Kemain seronok mandi. Dari Subuh ko gerak, sampai hotel dah nak masuk Asar, ketibas kan? Fresh rasanya pas mandi. haha..


Mini Fridge ada. Kettle lengkap.


Ni ruang solat tu. Boleh bentang toto queen la sizenya. Dan carpetnya gebu.


Setiap bilik memang dia sediakan sejadah & TELEKUNG siap2. Mudah kan? Takyah nak call housekeeping suruh anta sejadah.



Gambar pool lupa snap. Ni je yang ada. Pool dia kat aras 11. Rooftop. Kuat angin. Seronok la lepak. Ada gazebo untuk mak pak ni tunggu anak berendam.

Harga 1 malam aku dapat aritu RM160 plus 2 breakfast. Breakfast punya ruang sebelah pool. Besar & selesa. Pilihan makanan macam biasalah, makanan berciri Terengganu. Ada Nasi Goreng, Bihun Sup, Bubur, Nasi Dagang, Laksa Terengganu, Gulai Tongkol dan roti, telur, cereal macam biasa tu. Kalau rasa nak try menu gerai, boleh la turun ke bawah hotel dan beli kat gerai2 tepi stesen bas. Ada macam2 pilihan gak.

Bila nak check out, ko kena check out dulu bersama-sama dengan kereta. Kena isi barang semua dalam bonet, bawak kereta keluar dari parking dan driver tunggu la depan lobi hotel tu. Sebabnya, kalau korang check out siap2, nanti kad parking tu kena return terus. So, macam mana korang nak tubik dari parking kan? Proses check out kejap je. Bagi kunci bilik, bagi resit deposit RM50 bersama kad parking, dapat semula RM50, tadaaa...dah siap. 2 minit je settle..Cargas sangat dorang buat kerja.

So, kalau ada nak bercuti ke Kuala Terengganu, boleh la try hotel ni.


No comments:

Post a Comment

BERUBAH

Sejak munculnya pelbagai platform medsos ni, platform ni paling sendu. Mungkin kita dah dilatih jadi malas nak menaip. Kita lebih suka berca...