October 29, 2014

Sup Daging Korban

Sekarang ni tiap-tiap petang Putrajaya ni hujan lebat. Petir kemain la sabung menyabung (puitis tak aku?) hehe..hari-hari kena masak sebab bila hujan mesti la perut lapar kan.. godek2 phone, jumpa gambar ni. Terus telan2 ailio..

Raya korban baru ni, keluarga Mr.MHR ada buat korban. So, mak mertua aku bagi daging kemain la banyak. Nak makan berdua je. Tapi dia bagi dekat 6kg aku rasa. Ni baru plastik kedua aku masak. Plastik pertama aku buat sup, bawak pg ofis..kakak2 yang ada darah tinggi lupa ada penyakit. kemain bertambah2..haha..


daging dengan tulang ni aku rebus guna rice cooker je
aku panik kalau pakai pressure cooker..haha..
bila dia berbunyik, aku mesti panik nak tutup gas
jadi, guna rice cooker. Rebus 2 jam..
lantak le kau dalam tu...aku lepak layan masterchef..
lepas 2 jam atau lepas daging tu lembut, baru la aku tumis bahan2 sup
resepinya refer sini
sama je proses memasaknya


makan sup mesti la lawan dengan sambal belacan
aku tak berahi sangat kalau sambal kicap sebab kicap kan manis.
tak letak gula pon dia ada rasa manis2
tak kena citarasa aku
kalau dapat lauk macam ni, aisehhhhhhh....senak perut!! 

October 28, 2014

Burgerbyte Sentul KL

Dah try makan Burgerbyte by Zizan? Aku baru try aritu. Try kat branch Sentul. 



kedai ni kat tepi jalan nak masuk ke Bandar Baru Sentul tu
berdepan dengan rumah ala2 kampung pengantin
kalau ke depan sikit tu, jumpa Naili's Place sebelah kanan


ni senarai harga
bawak duit lebih sikit ye.. :)




aku order jus tembikai jumbo..amekkaw...tapi RM10 je..share ngan Mr.MHR
Anak den minum coke...western hokay!! takde sapa ajor


ni Mr.MHR punya
Set Burger Daging With Cheese
haha..nama penuh dia dah lupa
harga dalam belas2 la..lupa dah akak..tuo gamak eh..RM14.90 kot


ni Akeef punya
Spaghetti Bolongnese
kid punya portion
RM5 kot..arrgghhhh..lupa lagik


ha, ni mesti la si tamak punya..hahaa..
tapi aku share ngan Mr.MHR
ni burger telanjang
Combo Lamb + Chicken
RM22.80
tapi puas la sikit..sebab daging dia tebal pastu sos tu sedap

Overall okay la makanan dia. Cukup rasa. Dah nama pon burger kan. Mana2 pon lebih kurang je. Cuma, servis kat sini yang buat orang penuh kot. Servis laju pastu krew dorang takde muka kelat. Walaupon penat, elok je boleh layan apa customer mintak. Sekarang ni pergi kedai makan, memang tu yang cari dulu. Kalau makanan sedap tapi krew macam haram mukanya, okbai.

*haram tu bukan hodoh. tapi suka tarik muka kalau orang tanya macam2. amek order pon buat muka taik..hah, tu memang haram... :)

October 23, 2014

Makan di KLIA2

Aritu kitorang pergi try masuk 1 kedai makan kat KLIA2 tu..Sebab yang lain macam dah biasa..kepsi, mekdi, pastu ada ayam penyet..kena plak time tu lapar gila, decide nak try makan PASTAMANIA. Kitorang nasib baik sampai awal 5 minit. Lepas je kitorang order, penuh plak kedai ni..huhuu..


kedai ni tepi laluan nak ke domestik departure hall tu
sebelah kanan
kalau International Departure belah atas, domestik aras bawah
berhadapan dengan kopi Gloria


nampak? anak aku pon pandai nak memilih menu sendiri





aku order set promo ni
Pasta + Air + Chicken Bites


sedap airnya..takut loya makan cheese, so order masam2 untuk potong...


tetiba budak tu datang anta benda ni
aku cakap la aku tak order
sekali dia cakap chicken bites dah abes, so dorang ganti dengan Boxing Chicken
gusti pon gusti la..


Chicken Cheese Salsiccia Pasta
cocktail sausage tu ada 6 ketul


Ni Marinara Seafood..sedap bila tabur cheese banyak2..hehee..

Okay, silalah try...


Daftar Syarikat di SSM Putrajaya

Ini entry informasi :)

Kepada sesiapa yang mempunyai perniagaan sama ada online, door to door, gerai, booth, berniaga kain di pejabat atau apa sahaja yang dijual, silalah daftarkan perniagaan korang. Kos tak mahal pon. Janganlah pergi register syarikat sendirian berhad. Daftar dengan menggunakan nama enterprise, ventures atau resources je dulu. Kecil-kecilan kan..

Yuran pendaftaran adalah RM70 untuk setahun atau RM130 untuk 2 tahun (diskaun RM10). Prosesnya mudah je kalau buat kat Putrajaya ni. Maybe Putrajaya tak ramai orang kot. Tapi orang2 dari Sepang, Nilai semua pon register kat sini kan..hurrmm...tapi takpelah..yang penting cepat..hehe..

Dokumen yang perlu dibawa :

1) Borang butiran perniagaan (boleh download di website SSM) atau boleh ambil di kaunter SSM sendiri. Tapi elok download dan isi siap2 dari rumah sebab kita kena fikir nama syarikat kita tu. Kalau dah sampai kaunter baru nak fikir, takut lama pulak kan..

2) Salinan fotostat IC pemilik (fotostat siap2 jugak sebab kat situ tempat nak fotostat jauh sikit)

3) Duit RM 

hehee...tu je kena bawak..bukan susah pon..


Kalau ikut piagam pelanggan yang tertera kat pintu masuk kaunter SSM tu, sijil pendaftaran perniagaan akan siap dalam tempoh 1 jam. Tapi tak pon. Dalam 15 minit dah siap. Laju gila!! Stepnya pon senang.

1) Ambil no. giliran

2) Nombor dipanggil dan semakan nama perniagaan dibuat (kita kena pilih 3 nama. Kalau nama2 yang dipilih dah ada orang daftar, barulah kena decide nama lain time tu jugak)

3) Bayar yuran pendaftaran

4) Tunggu sekejap di ruang menunggu (boleh minum air kosong yang disediakan..hahaa)

5) Nama akan dipanggil dan sijil pendaftaran perniagaan diserahkan.

6) Bolehlah balik..tunggu apa lagik..hahaa..


Kaunter Khidmat Pengguna
Aras G,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK)
No.13, Persiaran Perdana
Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62623 Putrajaya
03-8882 6509 / 6480
( Seberang jalan dengan Restoran Ali Maju Presint 2)


Jadi, silalah berniaga ikut saluran yang betul ye.. :)

October 14, 2014

Teh Tarik Place Ayer@8 Putrajaya

Dah macam blog tempat makan2 dah..semua kedai makan aku nak update..ala, sharing2 kan..manalah tau kalau2 ada yang nak try ubah selera. Lama dah gambar nie. Time gaji bulan lepas. Lusa dah masuk gaji bulan ni..haha..Takleh makan luar selalu2..Tak elok untuk ekonomi rumahtangga.. :)

Dekat Presint 8 Putrajaya, dah dibangunkan 1 tempat komersial baru. Namanya Ayer@8..Aku pon taktau apa maknanya. Nanti kalau dah tau, aku update kay..Balik kerja, pusing2 tengok nak makan apa..Ternampak kedai ni. Lot dia kat belah atas. Dekat parking area. Kalau turun ke bawah, ada lagi kedai2 lain. Tapi malas nak turun sebab konon2 takmo la berat2..






Waktu Operasi


sekarang nak jimat kos memang takde waiter amek order
pilih menu, tulis sendiri, pergi bayar kat kaunter, tunggu makanan sampai.


sambil tu boleh la cuci mata tengok view tasik Putrajaya ni




lepas bayar, cashier tu akan bagi tag bernombor tu. So gantung kat meja. 
Besi gantung tu memang dorang dah skrew kat meja.
Kira nanti senang la dorang tengok order mana nak hantar kan


Light sangat kan..makan french toast kau...


Mee Goreng Mamak
mee dia lembik..kembang terlalu lama dalam kuali rasanya
mujo la dia ada sediakan (self service) kicap dengan cili potong..
rasa tak berapa sangat


ni Nasi Goreng Ayam sebab anak nak nasi goreng
plus telur mata kerbau
takde la kampung mana..maklumlah...Putrajaya manade kampung..hehe..


ni total harga makanan
standard harga sekarang la kan

Teh Tarik Place ni kira kedai mamak yang diupgrade la kot tapi bukan mamak yang manage. Semua budak2 Melayu dalam tu. Jadi, sapa yang tak suka kedai mamak tapi nak lepak ala2 mamak, boleh la try sini. Tapi aku suka mamak. Makanya, takdelah nak ke sini lagi...huhuu...Roti canai dia RM2.50 sekeping tau..aku tak order la..sebab kalau kat mamak, skang ni masih boleh dapat 3 keping..

October 13, 2014

My Iman Noodles House Cyberjaya


Dekat Cyberjaya ada 1 kedai jual mi tarik tau. Cina Muslim. Disebabkan anak aku memang penggemar tegar makan mi tarik, jadi kitorang try pergi kedai ni. Ada member2 kat ofis Mr.MHR bagitau kewujudan kedai ni. Siang dapat tau, malam terus pergi..maklumlah..belakang rumah je..



Kedai dia lot tepi. Jadi ada la ruang untuk makan kat luar kalau taknak aircond
Keadaan pon selamat sebab bukan tempat kenderaan lalu lalang

Konsep kedai ni, pilih makanan kat menu, then tick2 kat kertas apa makanan yang nak, pastu pergi kaunter, bayar, nanti dia hantar. Lepas tu, air minuman kat sini PERCUMA dan free flow. Ko bangun la berapa banyak kali pon tapi kena guna gelas yang sama. Kalau meja tu order 4 makanan, maka limit 4 gelas je. Gelas kelima dia caj RM2.


ni air kitorang. Coke dengan Sour Plum.
Walaupon order 3 pinggan, tapi aku malas nak amek banyak2 gelas.


Braised Beef Noodles
ni menu bos tecik. takmo share dengan Ibu dah..


Braised Chicken Rice
ni paling awal sampai
tapi nasi dia sejuk
potong betul


Mushroom Beef Soup Noodles
ni Mr.MHR punya..Dia kata okay..sebab dia letak cili kicap nih.



Ni katanya Signature Dish..huhu.
Secucuk RM2. Minimum order 3 cucuk..
Ayam atau Kambing


muka gembira tengok mi dia


Akeef punya mi ada lebih. Yelah portion besar kan
so, mintak tapau. Dorang letak dalam bekas ni..


total harga makanan malam tu. Okaylah..harga tak mahal plus air free
tapi rasa dia kurang sikit compare Mi Tarik Warisan tu..
pastu cashier dia Bangla plus Mak Hendon..adoii..
So, babai..tak pergi dah kot.. :)
tapi boleh la try kalau korang nak..citarasa kan lain2..

October 10, 2014

Banjir

Orang selalu cakap pasal roti canai Selangor Mansion. Bila cari ikut pak Google, nampak menyelerakan. Tapi aku duduk ceruk ni nak ke Masjid Jamek tu memang tak la semata2 roti canai kan..So, pergi je kedai mamak area Cyberjaya ke, Dengkil ke even dalam Putrajaya ni mesti ada roti nih..


ini namanya Roti Banjir
aku memang pemalas nak siat2 roti..order je ni, berdesup ke dalam perut..


ni la roti canai yang digemari kat Selangor Mansion tu..
Roti Canai Siat2 + Telur 1/2 masak 2 biji + Dal + Kari
meleleh-leleh air liur tengok kan??

Roti Kawen satu!!!

October 9, 2014

KSL Resorts & Apartment JB

Hollaa....rindu tak? hehe..busy sikit..blog pon berkepam..Arini nak cerita pasal hotel best kat JB Town. Aritu kitorang pergi Legoland. Nak tido dalam tu, harga semalam RM720++..fuhh..kitorang 2 family..jadi, decide tido luar jelah kan..lagipon kat area Legoland tu takde pape..takut bosan..Habis sesi menggugel, maka aku putuskan tido sini. KSL Resort & Apartment. Aku yang decide sebab aku memang kedekut bab hotel tapi nak vavavoomm..hahaha.. Aku booked apartment 2 bilik. Sampai2, check in okay macam biasa. Ko kena lalu shopping mall yang besar tu untuk ke reception apartment. Sebabnya aku terus turun kat lobby hotel. Entrance untuk apartment lain rupanya.

Lepas settle register, dia minta deposit RM100. Sebab aku takde credit card. Walaupon kau dah bayar cash time booking, tetap jugak kena deposit. Tak paham aku apalah yang dorang takut sangat. Untung berjuta kot..tetap gak nak menyusahkan pelanggan. Semua hotel pon sama je skang ni.. Dorang bagi 2 kad. 1 untuk pintu apartment dan 1 lagi untuk access semua exit termasuk exit ke mall. Duduk apartment takde breakfast ye..Jangan tanya tau..hehe..

Yang bestnya, lif terus ke unit apartment kau. Kira macam pergi Hermes la..bukak2 lif terus depan pintu rumah. Takde share dengan sapa2. Terus aku menabung simpan duit nak beli condo macam nih... :)





seronok balkoni besar-besar..budak2 berlari2..


bilik dia sebelah2 je..tengah2 bilik air..sharing
kat belakang de 1 lagi bilik air
kat area yard..akak suka uollss..

Lagi 1 sebab kenapa aku pilih hotel ni adalah sebab dia ada water park. So, takyah la nak bersusah payah membazir masa membahagiakan anak2 ke tempat2 permainan yang mahal. Ko bawak je turun sini, kompem gembira sampai tertido dan lapar..Bila lapar, semua makanan dorang makan sampai kenyang..Senang tak?





ni view dari balcony unit aku sewa tu
kul 5 petang kitorang turun berendam
park tutup pukul 7 malam
park ni free untuk hotel guest. just bawak kunci bilik je untuk masuk
tak kira berapa ramai pon boleh masuk.. :)

Lepas berendam semua kebulur.. Mujo la ada bawak megi peket. Ingat nak rendam je dalam air panas. Sekali dapur dia lengkap daaa...seronok! kalau tau aku angkut beras dengan sardin sekali..Walaupon kat bawah ni ada shopping mall siap ada Tesco, tapi kalau dah penat, takde makna aku nak turun membeli.








best kan?

So dengan rasminya, kalau pergi JB, aku akan duduk sini...iol is gembira..haha..

Aku up entry ni sebab bila aku gugel, takde pon orang buat review pasal hotel ni. So, kepada yang nak bercuti beramai2, bolehlah try apartment ni. Nak book, pergi la ke website dorang. Klik, klik, bayar, done! 



Sebagai penutup, terimalah!





dua budak yang merenung nasib tunggu bilalah boleh terjah air biru tuh!!

BERUBAH

Sejak munculnya pelbagai platform medsos ni, platform ni paling sendu. Mungkin kita dah dilatih jadi malas nak menaip. Kita lebih suka berca...