June 19, 2011

Makan @ Satay Station

Aku nak tukar la jenis blog ni dr personal kepada makanan je..hehe..asek citer pasal makan je..penah makan kat satay station? hahahaa..soklan stendet bila nak start entry makanan. Baru2 ni kami sekeluarga pegi makan yang kat area Ampang tu..Pak Ngah Akeef belanja sempena apa pon tak tau..hehe..so, mari kita tgk gambonya sket ye...

Ni adalah station tuk membakar satay. Panjang gak tempat membakarnya. Memang olskul lagik. Pakai arang & kipas tangan. Takdo do guna pembakar elektrik ye...

Tapi satu je kat cni. Dah namanya Satay Station, so makanannya satay jelah..Kalau rasa perut melayu makan nasik, sila la makan nasik kat umah sebelum dtg cni. Kalau tak, mau tumbang x jumpa nasik..hehee...cuma Mee Rebus ni adalah. Ni En.Suami & Ayah aku order..boleh tahan la jugak rasanya. Cuma takdelah sampai teringat2 kalau dah balik umah kan...

Nilah rupa satay yang dijual. Ktrg order banyak cucuk gak. Maklumlah keluarga besar punya..hahaa..satay ni secucuk 70sen. Berbaloi sbb kalau jenis perut kecik (macam aku..hahahaa..) makan 3 je dah sebu. Pastu rempah ratus dia terasa..

Ni tukang belanja..

Akeef tgh dikawal jap oleh Makcu..kemain ligat anak ni kalau bawak berjalan. Semua tempat dia nak explore..Macam la boleh nak temuramah tukang bakar satay tu kan...

Air yang kaler putih tu paling wajib. Kalau air tu xde, semua orang takleh makan satay...

Cubalah ye....

June 18, 2011

Macarons

Pernah makan macarons? aku baru sekali try..dan nak lagi dan lagi dan lagi..hehee...sebenarnya, aku dah lama buat research pasal macarons nie. Siap ada buku notes khas pasal makanan manis nie. Dari asal usul sampaikan la cara nak buat. Webs, blogs, youtube sume dah kujelajahi..betapa terujanya aku ngan benda bulat ni. Mungkin sebab ianya sangat comel dan berwarna-warni.

So,setelah semua INFo (info je ye..) aku pon nak mulakan operasi membuat macarons nilah sebab skang aku dah de banyak masa terluang. Dulu bz ke hulu kehilir dengan buku je. Tapi sebelum buat mestilah kena tau macam mana rasanya. Jadi kena beli dulu. Cari kat kedai, tak jumpa..(time yang aku cari tulah kan..). Jadi,beli tru fb..Bagus budak yang meniaga ni. Order arini, esok malamnya dia datang hantar kat rumah.

Malam tu, dalam kul 8 lebih, budak tu pon sampai la menghantar macs ni kat rumah aku. Time tulah En.Suami tgh pg men futsal. So,walaupon air liur macam dah menitis2, kena gak tunggu En.Suami sampai umah. yelah, kena try sama2 sbb telinga dia dah hampir bernanah dgr aku citer psl macarons nie.


Minimum order 15 bijik. Kecik je benda ni..sebesar syiling 50sen tu je. Maknanya sebelum dia bakar mestilah lg cinonit agaknya..

Macarons ni memang manis. tapi disesuaikan dengan inti dia, memanglah sedap..wahh,sedar tak sedar, berturut2 masuk sampai 3 bijik dalam mulut aku..hahahaa..siap rebut2 dengan Akeef..budak kenit ni mmg suka benda2 manis..yang budak ni bagi ada 5 perisa. blueberry, orange, peanut, coklat & vanila. Tapi jiwa aku tak berapa boleh terima yang peanut tue..

Jadi, rasa pon dah, maklumat pon dah banyak, misi aku untuk membakar macarons ini akan dilaksanakan..tunggguuuu....

Chapter 30

Hai...
Dah lama rasanya yang menghapdet blog ni. Kenkadang xde idea nak menaip tapi selalunya adalah sebab 'rajin'..hehee..

26 Mei yang lalu, genaplah usia aku 30 tahun. Dah masuk la 3 series ni dengan jayanya..hehee.. Aku cuti hari tu sebab aritu hari Khamis dan esoknya adik aku nikah. Kiranya dah start la persiapan terakhir untuk majlis kahwin tu. Jadi, kena la amek cuti sbb xde sapa yang nak jaga Akeef. Nenek dia dah start busy la time nih..

Pagi tu, pas ktrg bersiap (En.Suami dah pegi keje sbb dia start cuti esoknya), aku ngan Akeef pon kuar la jap. Pegi bank bayar hutang2, then dekat2 nak lunch hour tu, baru siap sume urusan. Waktu otw balik ke rumah tu, tgk En.Suami ada follow dr belakang. Dia nek motor pg keje. Dr highway sampailah ke rumah. Pas je park kete, tgk2 En.Suami dh de kat sebelah keta dgn pegang sekotak kek..wuuhuu...rasa nak nanges..Akeef pon kebetulan dah tido. So,En.Suami bagi kek kat aku & dia angkat Akeef..

Ingatkan dah tua2 nie, xde la dapat kek dah..Kalau dapat sepotong pon dah bersyukur banyak. Ni dapat sekotak..Alhamdulillah..

Nilah keknya..pandai lak beli Black Forest sedangkan selama ni beli kat SR tu asek makan indulgence je..dengan usia baru ni, aku berdoa agar keluarga kami sentiasa dilimpahi dengan rahmat dan kasih sayang hingga akhir hayat..hukhukk..tetiba sebak... ;p

June 11, 2011

Yellow Cab Pizza @ Ampang

Penah makan pizza jenama yellow cab tu? Aku pon baru 1st time pegi makan kat situ. Itu pon sbb tekak mengada2 nak. Tekak puasa la katakan..memacam yang terpandang,semua nak..

Dalam kul 6 mcm tu, ktrg dari umah,pg la ke Ampang tu. Kebetulan adik aku pon nk balik umah dia. So, 2 keta la kiranya. Nama je 2 keta, tp ada 5 org je (termasuk Akeef)..hehee..

Anak ni dah dapat kaki. So, kenalah En.Suami mengejarnya ke hulu ke hilir..Tu gambar tgh sebok nak bukak pintu. Macam larat je nak menolak pintu kedai tu..

Ayah dah pakaikan dia ngn 'napkin' siap2..air liur tak benti2 mengalir.. :)

Tengok muka notti nak mengelak tangan ayah dia..

En.Suami saja angkat kusi tu letak kat meja belakang. Ingatkan dia akan diam. Tengok2 lagi kuat siren dia..hehee..kena angkat balik duduk sebelah ayah ye...

Tak ingat apa pizza yang kitorang order..yang ni New York Sensation kot..hehee..sedap..
kami order yang 10" je..tapi tupon dah besar gedabak..kenyang sampai esoknya..

Yang ni Beef Pepperoni rasanya..hahahaa..waktu order de memacam nama..bila tgk byk pepperoni, trus aku rasa namanya camtu..ni pon 10" jugak..

Total ktrg makan berempat dewasa + Akeef with his mushroom soup, regenya RM58..kat sini harga nett..xde plus2..so, kira takdelah mahal..kalau makan kat tempat lagi satu tu, kira2,bila total up mesti tak kurang dr RM80 kan? so skang, aku dah tau kat mana nak makan pizza sedap dan berbaloi2....

korang try la pulak kay...


BERUBAH

Sejak munculnya pelbagai platform medsos ni, platform ni paling sendu. Mungkin kita dah dilatih jadi malas nak menaip. Kita lebih suka berca...