2 minggu sudah, ktrg pg piknik kat Bagan Lalang. 4 families semuanya. Saja buat aktiviti hujung minggu bersama rakan2 Mr.MHR. Dah lama tak lepak2 katanya....
3,4 hari sblm pegi tu, aku dh booked chalet kat Camar Laut LKIM. Harga chalet ni RM120 untuk sebuah chalet. Ada 2 bilik & ruang tamu sekali. Boleh muat 6-7 org. Waktu book tu dah tanya kena bayar deposit ke tak? Tukang jawab call kata xyah. Just mention nama & no.fon je bila nak check in. okay deal!
Hari nak pegi tu, salah sorang lambat balik keje. Maklumlah sabtu, jalan jammed kot. sbb tu lambat. Oleh sbb dah kul 12 tp tak gerak lg, aku pon call la LKIM tu semula utk bgtau ktrg akan sampai lambat.
Aku : Cik, saya Rafidah. Saya ada booked 1 chalet untuk check in hari ini tp saya nak inform saya akan sampai lewat sikit. Saya takut nnt chalet tu jual kat org lain pulak.
LKIM : Ok puan, nama puan ada dlm sistem. 1 bilik standard.
Aku : eh, saya booked chalet bukan bilik standard.
LKIM : a'ah mmg puan booked chalet tp hari ni takde chalet kosong. sume dah ada org.
Aku : eh, camne ni cik. Aritu saya book chalet, kata ada. Saya nak bayar deposit, cik kata takyah. Skang ni xde chalet plak. Saya ramai nih. Ngan anak kecik lagi.
LKIM : kalau ramai, amek la 2 bilik standard. 1 bilik ada 2 katil single. Boleh muat 2 org. 2 bilik RM300. Macam bilik hotel la (nada berlagak).
Aku : (hangin) macam manalah ko keje amek order nih? customer book lain, ko bg bilik lain. bila org tanya nak kena bayar ke tak, cakap walk in je. pastu jadi macam ni.
Terus aku letak fon. Malas aku melayan org bangang nie. Buat sakit hati je...
So, buat tindakan kamikaze je. Harap2 de la mana2 chalet kosong. Sampai je Bagan Lalang, pusing2 + call2 sket, dapat la bilik kat Bagan Villa Resort. Biliknya kecik je. Ada satu katil queen. Mmg basic giler biliknya. RM65 sebilik. sbb ada kosong 2, trus ktrg amek je dua2. Nasib agak baik, bilik tu kat ujung. sebelah ada laman lapang. Jadi, taklah sesak sangat. Suami2 tido dalam khemah. isteri2 dan anak2 duk dalam bilik.
Check in pon dah kul 6.45 time tu. Masuk bilik, siap2, maghrib, trus memulakan xtvt utk membarbeque.. Suami2 yang buat. Isteri2 jaga anak sbb xleh duk lua lelama. Banyak nyamuk..Dah siap bakar, barulah dipanggil makan...
Owner villa ni relax je.. tak cakap pape pon..boleh la kot..hehee..
Ada roti, ada sambal sardin, ada ayam panggang
Bancuh kopi 3in1...
Selamat Bersarapan di depan chalet
(^_^)
Bancuh kopi 3in1...
Selamat Bersarapan di depan chalet
(^_^)
Lenkali kalau pegi Bagan Lalang ni lagi, nak duduk kat cni lagi la..tapi nak book lebih awal tuk dapatkan bilik family. Murah dan boleh camping skali..hehee..
Saya pernah pergi sini..bilik memang basic giler tapi saya suka sebab dekat dengan pantai. Lagi satu ada pintu extra kat toilet. So lepas mandi boleh terus ke toilet tanpa masuk bilik dulu
ReplyDelete