Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2014

Penipuan Perbankan Internet

Fenomena Tipah Tertipu ni dah bertahun-tahun dah terjadi. Walaupon banyak kempen pasal benda ni, tapi masih la ramai lagi yang tertipu sedangkan rata-rata orang Malaysia ni dah celik IT. Lepas tu, bila lapor kat akhbar2, jumlahnya bukan la sikit2 ooiii...main ratus ribu je semua..wartawan saje buat havoc atau memang yang kena tipu tu semua duit banyak (sebab tu jadi mangsa) masih tak dapat la ditentukan. Jadi, aku nak buat kempen kesedaran lagi ni. Ni takde mana2 agensi suruh. Just aku kesian tengok orang2 yang 'hilang duit' tiba2. Kena pulak budak2 yang baru bekerja kan..sedih rasanya menengok..
Aku selalu dapat emel suruh verify akaun bank. Kadang2 macam pelik, takde buka akaun RHB, tetiba masuk emel RHB suruh verify. Tu belum kira emel OCBC la, Hong Leong dan segala mak nenek bank. Kalau jenis macam ni, automatik kita boleh tahu emel tu menipu sebab "eh, sejak bila plak aku ada akaun OCBC kan?"..Tapi bila tetiba emel tu untuk verify akaun yang memang kita punya c…

Simpanan Tabung Haji dengan m2u

Aku nak share cara nak aktifkan akaun Tabung Haji dengan Maybank. Selama ni yang orang tahu aktifkan dengan akaun Bank Rakyat dan Bank Islam je kan? Ah, kalau dah tau pon, baca jugak! haha..
Kita ni kalau tak dipaksa, memang susah nak menyimpan..Aku tak tahu le orang lain..tapi aku macam tulah..kena paksa baru menabung. Pastu tips menabung ni kalau ikut aku, jangan letak duit sedebuk banyak2 dalam 1 akaun je. Sebab nanti kau tahu jelah hati manusia nie..tetiba nak beli handbag la, kasut la..tu belum beli gelang cincin bagai kan..hehe..seeloknya kau pecah-pecahkan simpanan tu dalam banyak akaun. Jadi, takdelah kau nak beli handbag kau duk korek kat akaun yang satu tu yang mana kau memang tahu duit banyak kat situ kan? baik letak akaun asing2 sebab bila tengok duit kau akan rasa macam "eh, sikit duit aku..." huhuu..so, automatik kau takkan membazir sedangkan realiti bila campur semua akaun, duit kau memang banyak.. ha, paham ke ayat aku yang berterabur nih? hehee..Aku ni mema…

Cantik tak Kak Ton....

Dah lama aku kepingin nak beli benda alah ni..selalu tengok harga dia memang mahal..cecah ratus...bab cecah ratus tu boleh la kutu2 simpan sampai cukup..bab yang kalau dah beli pastu takut terhempas..aku memang seriau bab kaca2 ni..sebab tu sampai sekarang ni semua cawan gelas pinggan mangkuk den melamine..macam budak umo 5 tahun..
Last week duduk tercongok tengok bigsale.com tu, hatiku terus terpaut dengan benda ni..promo dia harga RM58 free delivery..takde la segan sangat aku nak pakai sebab dia plastik berat  berkilat ala2 kaca..hah! Meh la jengok....cantik tak kak ton??




kalau letak kek sebiji dalam ni, kek tak sedap pon terasa sedap kan...hehee..

Plastik

Ini bukan nak cerita pasal manusia plastik. Nak cerita cara nak kemas plastik kat dapur korang tu kan. Walaupon skang ni banyak market yang dah tak provide plastic bag, tapi kalau pergi pasar basah mesti dapat punya kan...aku ni memang memasak kekdahnya. Maklumlah, sini takde warung2 tomyam depan rumah. Kalau ada pon jauh dari rumah pastu harga tak setimpal dengan rasa. Jadi, tiap2 minggu memang aku pergi Pasar Tani. Pasar Tani ni ko pergi la hari apa pon dia mesti bagi plastic bag.. :)

sekejap je tak mengemas, dah penuh 2 beg besar plastik ha.. abes semua aku pudat2kan je..punya la sibuk kononnya..
Aku nak tunjuk cara nak simpan plastik yang berlambak2 ni biar cantik molek la dapur ko tu. Kalau hari2 tengok plastik bersepah2 macam ni, berbulu je biji mata kan? aku memang simpan plastik ni sebab guna nak buang sampah nanti. Walaupon nampak macam tak teknolgi hijau sangat, tapi takkan nak buang sampah ubuh dalam beg kertas lak. Perut2 ikan tu semua macam mana nak bawak turun lif kan? h…

Mee Tarik Warisan Sungai Besi

Tercari2 mee tarik yang sedap? marilah try Mee Tarik Warisan..haha...promote skek...
Kedai mee tarik ni terletak kat Lake Fields Sungai Besi. Jangan menonong masuk pekan sungai besi lak..dari MRR2,  kita amek susur kiri nak ke Seri Kembangan kan..lepas traffic light tu jangan masuk kiri kat balai polis..ke depan sikit ada 2 simpang..kanan trus pg Seri Kembangan, kiri pergi Terminal Bersepadu Selatan (TBS)..ada lagi simpang..TBS ke kanan, korang amek kiri...maklumlah bukan semua orang reti guna GPS kan.. :)
Tukang amek order dia memang tak reti cakap Melayu. Omputih pon blur2 ayam..maka korang cakap la itik kay..tunjuk2 je nombor gambar..aku pon taktau apa yang diorder sebab biasalah kat menu dia tulis nama makanan tu ala2 chinese style..aku pon jadi blur2 ayam gak..hehee..

kalau korang nak tengok dorang wat operasi tarik menarik mee tu, boleh la berdiri kat cermin tu aku malas..sebab dah selalu tengok kat masterchef.. :)

budak ni memang gembira la dapat makan mee..kalau suh makan nas…

Kopi O Corner : Kuching

Azam 2014 nak update blog setiap hari..hahaa..kau mampu?? takde makna..kalau tak banyak kerja boleh la menyambil kan..kalau tak, bersawang la blog nih.. Cerita pasal Sarawak lagik..haha..ok ok..last last...
Kat Sarawak ni kedai makan ala2 macam Semenanjung jual nasi lauk pauk memang susah sket nak jumpa..kalau ada pon maybe kita ni taktau..sebab bila google je, yang keluar kedai2 ala2 restoran jual kudap2 macam cafe la..kitorang duk homestay aritu..semua makanan dimasak oleh mak aku..huhuu..lebih jimat dan kompom sedap..mak aku siap bawak stok cili api, cili kering ngan bawang dah siap blend dari sini..bekukan siap2, selamba badak mak aku hand luggage..orang tua kalau bawak makanan dorang tak banyak bunyi sangat..konon2 macam nak pegi melawat anak la kan.. :)
Kalau pergi Kuching, mesti orang akan tersebut2 kedai Kopi O Corner nie..kedai ni kat Jalan Satok..ada 1 flyover kat Jalan Satok tu, kalau dari Waterfront, kedai tu belah kiri..boleh nampak..sebelah kedai ni RJ Ayam Penyet..dua-…

Kek Lapis Dayang : Taman Desa Wira

Bila sebut Sarawak, mesti terus ingat kek lapis kan.. :)
Jangan nak buat muka bosan. Aku nak cerita pasal Sarawak lagi..hehee... Kalau pasal kek lapis, yang popular kat area Kuching tu mestilah kek lapis Dayang Salhah, Mira dengan Zaharah tak silap aku. Maaf kalau ada yang kecil hati. DS tu kek lapisnya makin hari makin kecil. Kurangkan kos tingkatkan untung kah?
Makcik Mr.MHR duduk kat Sarawak. Dia cikgu..dah dekat 15 tahun dah mengajar kat sana. Selalu kalau dia balik Semenanjung atau anak dia balik (chef keje kat Johor), kitorang ni mesti la mengirim kek lapis. Yang aku perasan, kek dia sangat sedap..moist je..kalau Mr.MHR outstation pg ke Kuching tu pon dia pergi borong kat sini sebab org2 opis dia suka kek2nya..jadi, marilah aku nak promote..
Namun demikian, kedudukan lokasi jualan kek ni bukan dekat bandar Kuching atau Petra Jaya (seberang sungai) ye..dia terletak kat Jalan Batu Kawa. Masih area Kuching..Kalau dari Waterfront tu, dalam 7,8 minit je naik kereta. 

laku sangat aga…

Pasar Serikin Sarawak

Kalau nak bercuti ke Sarawak, mesti korang akan menggugel kan? hehee.. cari info berkaitan yang relevan. Walaupon dah berpuluh kali pergi, still nak google. Aku pon sama. Aku baru balik dari Sarawak. Bercuti bersama keluarga. So, kali ni takde nak cerita day by day. Dulu dah pernah buat. Sekarang ni nak buat entry ikut apa yang menarik kat sesuatu kawasan tu. 
Orang Malaysia ni kegemarannya memang bershopping. Pergilah ceruk mana pon mesti nak cari tempat membeli belah kan? Kalau dekat Kuching, janganlah bershopping dekat area waterfront tu. Memang tempat potong kepala. Sebab dekat situ memang tujuannya untuk pelancong sahaja.  Kalau pergi bercuti, tiada plan nak buat apa2 dalam setengah hari, boleh la try ke Pasar Serikin di Daerah Bau. Dekat sana pronounce ada bunyi macam 'BAUK'... :)
Dari Kuching, on sahaja GPS korang. Dulu, signboard menghala ke sana sangat terhad. Tapi baru ni, aku tengok banyak dah signboard pelancongan (warna coklat) tunjukkan jalan ke sana. Set sahaja…

GCR : Gantian Cuti Rehat

Dah macam website JPA dah blog aku tahun ni. Kerja nak upload pasal penjawat awam je. hehee.. maklumlah meraikan ulangtahun ke10..tua dah aku..huhuu..
Sebenarnya sebagai penjawat awam yang senior sikit ni ha, aku tak berapa pandai bab management, dasar2 kerajaan dan peraturan2 pentadbiran. Sebab kalau apa2 je, pergi la refer HR kan? kang orang kata kau gila kuasa lak semua benda nak tahu. huhu.. aku ni hafal peraturan pasal kerja aku je. Yang tu insyaAllah aku boleh petik je. Bab peraturan lain, i'm sorry... :)
Tahun 2013 yang lepas, aku banyak sangat ambil cuti tahunan. Kelayakan cuti aku 30 hari setahun. Plus yang aku bawa dari 2012, maka untuk 2013 sahaja, aku jumlah jumlah cuti 40 hari.. 40 hari tak cukup?? hah! memang nampak sangat aku ni kan? hehee...aku suka cuti kalau aku stressed. Kalau stressed hari ni petang tu aku cakap ngn bos besar "esok saya cuti eh..stressed.." mula2 dulu bos aku macam pelik, lama2 dia pon okay..aku malas nak datang opis kalau stressed b…

Top Steak House Sri Rampai

Hola...mood baik nak up entry lagik..harap2 konsisten la 2014 ni rajin update blog.. :)
Baru-baru ni kami sekeluarga pg try kedai makan baru kat area Sri Rampai. Nama kedainya Top Steak House. Jual western food la kan. Waktu sampai ramai gak dalam kedai ni. Marilah kita menjengah makanan.


Seafood Spaghetti

Beef Steak

Chicken Chop
Kitorang pergi makan 6 orang..tapi semua order sama je..hehe..harga okay..tak lebih RM12 sepinggan. Rasa boleh la cuma dia sejuk sikit time sampai...kurang feel..maybe sebab cuaca hujan kot..hehee...kalau korang nak try, boleh la pergi kat sini ye :
No 5, Jalan Rampai Maju,  Taman Sri Rampai,  53300 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 12.00 tgh hari - 12 tgh malam
Ini bukan sponsored post..hahaa...silalah ye.. :)

Penjawat Awam

Buka entri tahun baru dengan cerita pasal anniversary :)
Entri ni sangat panjang..silap2 menitik air mata (aku)..huhuu...


Aku start bekerja sebagai kakitangan Kerajaan pada 5 Januari 2004. Hari ni 5 Januari 2014, genaplah 10 tahun aku bekerja sebagap penjawat awam. Dalam sedar tak sedar, rasa macam "eh, dah 10 tahun?" Bapak aku pon rasa macam tak percaya dah 10 tahun berlalu..Rasa macam kejap je..
Mula2 kerja dulu, semua orang buat muka macam taik kalau cakap "aku keje kerajaan"..nape ntah? tak elok ke keje gomen? ke sebab time tu keje gomen gaji sikit? siap nak buat muka bagai...kalau ko nak tau, setakat pointer cukup2 makan, SPA tu tak layan kau kay..Aku student yang tiap2 sem dapat dekan (cuma politeknik takde anugerah tu..hahaa..) Pastu suka hati aku la nak pilih keje gomen ke keje bank. Time tu ramai nak keje bank sebab bank bagi gaji banyak..
Aku keje bawah Akauntan Negara (AG). Tugas aku memang berkaitan duit je dari dulu sampai skang. Senang bai.. Aku mem…