May 25, 2015

Total Bajet Ke Hong Kong

Hari terakhir flight balik kitorang kul 6.15 petang..Kitorang keluar dari apartment kul 10 pagi rasanya. Dari apartment terus ke Citygate Outlet angkut beg2 semua..Sampai citygate tu ingat nak simpan luggage tapi tempat simpanan penuh! pastu aku tengok kemain ramai yang sorong beg..kitorang pon sama la..bila pusing2 outlet ni aku macam takde la berkenan nak shopping..adik2 aku pergi shopping..Aku tinggal jaga beg ngan anak2..Lepas starbucks..tunggu 4 jam pon takdehal..




cara nak bagi dorang diam

Lepas dah habis shopping, tahan teksi ke Airport..oh lupa nak bagitau..kedai halal kat food court Citygate ni dah TAKDE tau! so, memang kebulur..ingatkan boleh la makan siap2 before pergi airport..minum air kopi je sampai kembung..


tempat timbang beg
senang..kalau extra kilo kau ejas2 la

Kitorang dapat drop luggage pon dah pukul 4 petang..memang dorang tak bukak kaunter awal..fuuhhh...lapar gila time tu..kiotrang siap2 pulangkan Octopus Card untuk ambil deposit semua..nasib baik la dendeng dengan roti ada aku angkut..alas perut sementara menunggu nak masuk balai berlepas..sebab kedai makanan halal (Restoran Popeye) tu selepas pemeriksaan imigresen hokay..lepas makan, kena naik bas semula untuk ke Gate berlepas..hadam semua makanan...


ni souvenir untuk diri sendir
gedikss??
hahaa..mana la tau tiba2 dapat baby girl
buat masa ni, ibu guna dulu kay...

Penat tulis pasal Hong Kong..mana2 yang aku tercicir, korang pm la tanya lain kay..hehe..ni aku nak bagi total perbelanjaan (kurang tak lebih) untuk 2 dewasa 1 anak 5 tahun..korang tambah tolak la sendiri ikut kesesuaian.




Okay, kesimpulannya...semua benda memang mahal kat HK ni..pandai2 la bajet kay...yang penting dapat melawat tempat orang..kalau mampu, ko spend la banyak mana pon...kalau tak mampu, bajet2 la..jangan nak berbanding2 dengan orang lain...aku ni pon mujo ada adik beradik pergi..so, top up top up..kalau sorang2, berat gak nak keluarkan duit banyak2..rasa nak nangis...uwwwaaa....hahaha..








May 13, 2015

Trip Budget Ke Hong Kong Part 3

Nak cerita lagi sambungan jalan2...penat jugak nak mengingat..acik dah tua nak...cepat lupa...haha..tapi demi memberi info pasal cuti bajet, kena gak update nih..Hari ketiga di HK, kitorang nak ke Hong Kong Island..Korang mesti tau yang HK ni terbahagi kepada 3 bahagian kan? Lantau Island (yang ada Disneyland tu), Kowloon (bandar besar dia) dan Hong Kong Island (Victoria Peak, Ocean Park)..Korang kena study ah sikit...jangan malas kalau nak jimat..hehe..

Pagi tu kitorang minum air je sebab target nak terus lunch kat Islamic Canteen. Kat sini la dimsum halal yang sedap tu..Macam biasa keluar rumah kul 10 pagi..relaks je trip kitorang..Takmo anak jadi cranky..Ada 2 cara nak pergi HK Island tu..Boleh naik feri atau direct naik train..Kitorang naik train je..korang boleh la try naik feri kalau nak rasa. Tambang pon murah je feri nya.. 




Escalator dia curam hokay
dah la jenis gayat..nak snap gambar pon rasa nak terbalik..hehe..


DIM SUM HALAL
MASJID AMMAR ISLAMIC CENTRE


Okay, nak bagi direction ke Masjid Ammar ni :

Dari mana2 station MTR kat Kowloon pon korang boleh pergi ke sini..Naik MTR berhenti di Station ADMIRALTY. Kat Admiralty, tukar train guna Island Line dan berhenti di Station Wan Chai. Okay, bila dah turun di Wan Chai, keluar pintu dan terus bergerak ke kiri. Terus je jalan ke depan sampai korang jumpa bangunan warna warni ni kat simpang bercabang. 



Jalan ikut cabang yang kanan tu terus sampai jumpa 7 Eleven kat sebelah kanan. Masuk simpang kanan kat 7E tu then korang akan nampak playground kecik kat situ..Tgk belah kiri, taddaaa...Masjid Ammar dah jumpa..hehee...perjalanan tu dalam 6 minit la lebih kurang...Exercise sebelum makan dimsum banyak2..



Masuk kat pintu tu, ke kanan kena turun tangga sikit..Masuk lif naik ke Tingkat 5..Lif kecik..kalau gemuk2, maksimum 4 orang je boleh masuk..hahaha..




waktu kitorang sampai tu baru kul 10.50 pagi
tak boleh nak order ala-carte
strict betul rules dorang..sebab ala carte start kul 11 pagi..10 minit pon tak boleh uolss..
kitorang amek dimsum dulu..tapi time ni yang berasaskan beef belum siap.




tepat je pukul 11 pagi, terus aku lambai waiter
ko ingat ko je punctual..aku lagi sesaat hadapan kau..haha..


Nasi goreng ni ko order la brand apa pon, rasa ni memang sepesen..sebab cina kan makan nasi ngan lauk..dia suh kita order lauk la kot..tapi makan dimsum lagi best.. nasi untuk back up takut kebulur..hehe..pas makan, kitorang gerak ke The Peak..sebab malas nak menapak naik MTR dah (takut lapar balik), kitorang tahan teksi je..sekejap je..dalam 8 minit dah sampai.


VICTORIA PEAK, SKY TERRACE & MADAME TUSSAUDS HONG KONG


aku saje je snap gambar ni
siap dengan sound klik2
so, takde la driver ni tipu aku bawak ikut jalan yang jauh2..haha..


Ko tengok la orang yang beratur nak beli tiket. Aku pon tak paham..Kenapa ramai sangat..Nak ikutkan bukan pelancong pon. Warga tempatan je tapi bersesak2 dorang..Yang beratur panjang2 ni adalah line nak beli tiket. Macam kitorang dah beli online plus combo semua sekaligus. So ada fast lane kat belah kiri tuh..


macam biasa
aku tak upload semua gambar dalam ni
ni bukti nak bagitau memang masuk dalam tu..huhuu..


sejuk giler kat Sky Terrace ni
aku memang gayat
nak berdiri pon kaki terasa longlai..haha..failed!!


kebetulan anak yang sorang ni tido sedangkan mommy kemain nak amek gambar
jadi aku jaga dia tido..tepi stroller dan bersila..macam biasa
tapi dorang ni kalau bercakap macam bergaduh..
puas aku shuuhhh..shuhhh...tersentak2 budak tido dengar suara petir dorang bercakap


kat dalam bangunan ni ada souvenir shop Hard Rock Cafe tau
kalau ada kawan2 kirim atau nak beli untuk diri sendiri, baik beli kat sini
pilihannya lebih banyak
dekat Central pon ada..siap cafe lagik..tapi kedai jual items HRC ni sikit
sangat sikit..takut frust pulak.


ni orang beratur untuk naik tram nak pulang semula ke bawah
panjang gila..dekat 5 kali lingkar barisannya
mujo la keadaan sejuk kat atas ni..kurang la sikit letihnya


Lepas turun tu, kitorang pergi jalan2 kat area Central. Ada banyak high-end butik kat sini. Aku bukan jenis beli benda2 macam tu..nak masuk pon takut..tengok dari luar je..hehe..harga 1 biji beg pon dah dekat 11 ribu...belum mampu lagi aku buang2 duit macam tu.. :)  Dalam pukul 5 petang macam tu kitorang sampai rumah..Rehat2 kejap..lepas Maghrib, keluar balik ke Tsim Tsa Shui


SYMPHONY OF LIGHT
AVENUE OF STARS




kat setiap MTR memang ada kedai kek macam ni
warna warni cengini memang menarik perhatian budak2
tak halal nak ooii...





Untuk pengetahuan korang, kitorang tak dapat pon tengok pertunjukan ni sebab terlindung dengan bangunan2..hahaha...beria menunggu, last2 tengok jam dah 8.30 malam..puiii...

"Pergi Hong Kong nak tengok Symphony of Stars
Laser tak nampak...ahahaha..."

Mengekek2 kitorang semua berlawan pantun 2 kerat sampai ke train station gelak sebab tak dapat tengok pertunjukan lampu..haha..kitorang decide pegi Ladies Market lagik malam tu..Last shopping abeskan duit sebab esok dah nak balik..sampai kul 11 gak merayau..ada macam2 show lagik sebab malam tu malam minggu...kitorang terjebak gak layan dorang punya show jalanan..


turn dorang lak bersila atas lantai sebab dah penat..


3 orang bujang
hehe..

Belanja :

Lunch @ Islamic Canteen  = HKD 350 (5 orang) 
Taxi ke The Peak                = HKD 40
Ebenezer Kebab (1)            = HKD 70
Top Up Octopus                 = HKD  50 x 2
Ladies Market                    = HKD 520 

Aku cuma nak bagitau..Kan ada ramai orang post pasal Ebenezer Kebab ni kan? aku rasa takyah la korang pergi..tak berbaloi..mahal..kalau orang pergi Australia, kebab pon 1 baru dalam RM20 mcm tu..Ni jatuh harganya RM35..gila kan? mentang2 dia jual makanan halal..dorang takde KPDNKK kot..hehee...

kay, nanti aku up entry hari terakhir dan total semua2 ikut bajet aku..

May 9, 2015

Trip Budget Ke Hong Kong Part 2

Sambung Part 2..

Hari Kedua di Hong Kong ni plan kitorang adalah ke Disneyland Theme Park. Oleh kerana berjalan dengan anak2 dan kita pon takde la nak pening2, kita breakfast dulu kenyang2 pastu kul 9 pagi baru gerak dari rumah penginapan..githuuu...


Roti memang angkut dari sini. 2 buku panjang tu aku bawak
Telur ayam beli kat Hong Kong
harga dia HKD 35 untuk 15 biji
sebiji dalam RM1.20  huhuu...telur mentah
dia takde jual sebiji2..ko kena beli 15 biji dalam bekas dah siap


Nasi malam sebelumnya, aku goreng pulak pagi tu
aku takde la angkut minyak2 tu semua..bawak marjerin je dalam plastik kecik..
bolehlah buat tumis2 panaskan bawang...bawang pon aku angkut 3,4 biji...sonang bai tu..
(kalau kita boleh rancang, kita takkan rasa susah nak angkut benda2 nih..malas atau rajin je kuncinya)


Nak tunjuk sikit keadaan MTR kat sini..Rumah kitorang bertentangan dengan MTR Jordan Station ni..Takde la penat sangat kan..MTR dorang semua bawah tanah dan pintu masuknya berada tengah2 bangunan..Korang cam kan je simbol bintang tu, senang boleh carik mana2 station MTR..






dekat setiap pintu masuk train tu akan ada map ni
jangan risau..
kalau biasa naik LRT, mesti takde problem punya naik MTR dorang nih..


memang sentiasa penuh orang walaupon train dia setiap 3 minit je tempoh menunggu





macam kitorang kena tukar train 2 kali
mula2 dari Jordan ke Lai King
di Lai King tukar train ke Sunny Bay
Sunny Bay tu terus naik Disneyland Resort punya train


budak ni la yang beria nak pegi Disneyland
hasil tengok channel 613 setiap hari





ni ahli rombongan kami plus Pak Ngah Akeef (tukang amek gambar)


laluan untuk yang bawak stroller
ada yang tak paham bahasa tolak je stroller tu atas escalator
hurrmm...memang kena banyak bersabar dengan dorang nih..

Adik aku dah beli tiket masuk Disneyland ni siap2..tu yang kitorang macam pelik nape duit tak dibelanjakan pon kat sini...hahaa..sebabnya, semua dah bayar..tu yang dia buang2 je duit beli benda2 mengarut dalam Disneyland ni petang tuh..Beli tiket online mesti guna kredit kad tau..


lepas sampai kat kaunter tiket tu, tu je pergi kat ticket redemption machine akan ada amoi yang bantu. Tapi kena bagi card credit yang korang buat bayaran tu..takyah bawak2 printed voucher pon takpe sebenarnya. Aku taktau..beria suh adik print..tengok2 amoi ni mintak card credit pastu dia masukkan card tu, terus print out semua tiket yang kita beli..done!!


Seperti yang semua orang sedia maklum, kat pintu masuk ni akan ada orang check segala beg2 yang kita bawa masuk..Sebelum beratur tu, ko recce la mana budak2 yang check ala kadar je...Macam aku dah nampak dah budak ni check macam nak taknak..so beratur kat lane dia..menyesal tak bawak bekalan nasik goreng siap2..kalau tak jimat lagi perbelanjaan...hahaha...(dasar kedek)..


Cerita dalam Disneyland tu aku takyah update la kay..Korang gugel la blog lain yang gigih cerita pasal segala permainan kat dalam tu..hahaa...aku layan anak aku main permainan...tak gigih snap segala benda...

Pas dah penat berjimba dalam tu, kitorang decide nak balik..fuhh!! penat gila ooii...bagi anak main puas2...Ibu takmo dah pergi sana..huhuu.. dorang ni semua takde adab tau...dah la suka rempuh2..aku banyak kali bagi siku kat dorang ni time naik train tu..tapi dorang buat derk je...muka takde perasaan..ada sekali tu aku baru bagi Akeef melangkah masuk train, boleh pulak dia tolak2 aku dari belakang..macam la train tu dah  nak tutup pintu kepit dia...Aku pusing pandang dia tanya "APAHAL??" Dia buat muka toya je...lantak le negara orang pon..agak2 la...dah tentu2 aku pakai tudung kan..gelap pulak tu....pelancong la kiranya..kita kat sini elok je layan pelancong..dorang ni memang takde harapan la...


Nak balik ke rumah, makan masa 30 minit jugak...kat sini takde makna ada orang nak bagi kau seat walaupon ko dokong anak..ada 2,3 kali adik aku dapat duduk pon sebab Mat Saleh yang bangun bagi seat sebab tgk dokong anak..Yang cimpeng ni, takdo do..Akeef kata dia penat, so aku ajak dia bersila..tengok2 dah lelap anak aku ha...time aku duduk bersila tu, semua orang pandang...macam pelik sangat..itu pon takde tergerak hati dia nak bangun bagi seat..Just tengok je..biadab kan? Tu memang perangai dorang...so, dengan kita2 pon terbiadab sama time berada kat sana...

Sampai je dekat rumah, dah lapar sangat...macam biasa la kan...tanak nasi then pegi mandi dulu..baju2 yang kitorang pakai dan bawak bersila ni terus Mr.MHR bungkus dalam plastik asing..dia kata balik kena samak..hahaha..manalah tau kalau2 de anjing meleser2 kat lantai MTR tu...


aku ni jenis yang kalau berjalan pon nak makan sedap (tengok badan la kan)..hahaha..jadi, tekak aku memang tak laku lauk2 instant yang dalam tin atau ala2 Brahim's ke apa brand tu. Adik aku bawak dendeng 2 bekas, sambal ikan bilis sebekas...pastu kitorang bawak sambal cili padi 1 bekas...sambal ni dah masak betul2 dari sini...jadi sampai sana aku panaskan pastu lebur sardin je..hah! meleleh peluh masing2 makan nasi malam tu...


telur dadar dengan bawang angkut dari sini
garam pon aku bawak..hahaha..lantak le kau..janji kitorang kenyang


ni ayam belen makan kat Tahitian Cafe dalam Disneyland tu
tak sedap..pastu kebetulan aku memang seludup roti salut telur waktu masuk Disneyland tu, jadi aku bungkus la ayam ni semula dalam bekas roti tu..boleh buat lauk makan malam...haha..


LADIES MARKET, MONGKOK

Sebenarnya aku tak tunggu pon persembahan bunga api dalam Disneyland tu..kul 5 kitorang dah balik..aku 3 beranak balik rumah, adik2 aku pergi survey Citygate Oulet..ala, bunga api kat youtube pon ada..hahaa...sebab tu la lepas je makan malam, kitorang gerak pergi Ladies Market pulak..1 station je dari rumah tu..

Ladies Market ni ala2 Petaling Street tu..yang aku baca mula2 namanya macam ni sebab peniaga dia semua wanita..tapi skang ni lelaki pon ramai je berniaga kat sini..kat sini ada jual macam2..tapi tipsnya kalau kau betul2 berkenan baru tanya harga..kalau tak kang, dia sampai sudah akan pujuk kau beli...kalau ko rasa dah minta kurang tapi dia tak bagi, nak blah macam susah sikit...so, ko belasah la harga yang tak logik sikit..contoh kalau dia letak harga 500 pastu minta kurang 70%.. kalau dia bagi tu, ko jangan tak amek pulak..haha..



nampak sangat orang Malaysia suka bershopping kan...


jalan dia memang sesak tau..pastu dia akan closed sepanjang jalan ni utk macam2 penghibur jalanan..ada yang busking, menari tango, junjung pasu...haha..macam2 la..memang menghiburkan...tapi pastikan jaga anak elok2 tau..manusia kemain ramai kat sini...


ni je family picture yang ada semenggah
penuh ngan dorang ni taknak bagi laluan
nanti aku photoshopkan dia, nak frame besar2..huhuu....

Belanja :

Lunch Tahitian Cafe     = HKD 110 x 2 meals = HKD 220 ( set nasi dan air)
Waffle Mickey                = HKD   50
Ladies Market                = HKD 170 

Lupa..kalau korang jenis yang suka minum air manis macam Coke, Twister ke tu, beli kat kedai2 runcit kat area Ladies Market ni..kalau keluar station MTR memang ada kedai2 kecik..harga tak cekik darah macam 7E dorang..contoh macam Coke tin biasa tu, kalau kat 7E harga dia 10 dolar, kat sini 6 dolar je..berbaloi la sikit kan..


BERUBAH

Sejak munculnya pelbagai platform medsos ni, platform ni paling sendu. Mungkin kita dah dilatih jadi malas nak menaip. Kita lebih suka berca...