June 16, 2016

Resepi Onde-onde Gula Melaka

Sempena bulan puasa, aku baru nak update blog. Selalunya aku update kat fb je sbb fb pon dah boleh bebel2..hehee... Kuih ni popular waktu bulan Ramadan tapi yang jual kat param semua menyakitkan jiwa..Nah, gentel sendiri..boleh makan sekampung tau..

Sukatan lebih kurang dapat 35 biji
(ikut saiz tangan tukang gentel)

1 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
Air daun pandan / esen pandan
Pewarna hijau epal


Gaul semua bahan dengan air sampai jadi adunan macam ni. Air masukkan sikit2.. Jangan sekali tuang.. Kang jadi cekodok lak..


Ambil sikit2 dan masukkan gula melaka (hiris/potong kecik) kat tengah2, dan gentel jadi bulat. Sambil gentel ni, panaskan air dalam periuk sampai mendidih.


Dah dah siap gentel tu, campak dalam air mendidih ni satu per satu.. Jangan masuk sekaligus..kang melekat..biar je dia dalam tu jangan godek2.. Bila bebola ni dah terapung, maknanya tepung dah masak. Angkat dan toskan..

Gaul 1/2 biji kelapa putih dengan garam sikit. Sebatikan dan golek2 onde2 yang dah ditoskan tadi tu...


Tadddaaa....dah siap...senang tak?? Modal dalam RM6 je sebab kena beli tepung, gula melaka dengan kelapa.. Tapi tepung ngan gula boleh pakai lagi 4 kali.. Hehee.., berbaloi kan masak sendiri???


BERUBAH

Sejak munculnya pelbagai platform medsos ni, platform ni paling sendu. Mungkin kita dah dilatih jadi malas nak menaip. Kita lebih suka berca...