January 31, 2011

Makan Steamboat @ Jom Priok

Nak sambung citer psl steamboat lagik..

Kan dlm entry jonis tu de cerita psl Jom Priok kan..ha,citernya camni..

Pas ktrg kua dr beli2 barang kt dalam market Carrefour tu, ktrg pon pegi la menuju ke restoran Jom Priok yg mmg ada dlm Carrefour tu..Sampai2 depan pintu tu, xde sapa2 pon greet..aku relax je sambil capai flyer yg dia mmg letak kat stand depan pintu.. ala2 jonis gak tuh...

Pas seminit ada budak waiter tu dtg tunjuk tempat duduk. Oleh kerana malas nak jalan jauh2, ktrg trus duk kat meja yg paling dekat ngan pintu td. Maybe sbb mengusung stroller Akeef. So, xmo masuk dalam2..

Aku capai la menu yang waiter tu bagi. Belek punya belek2, tak jumpa apa yang aku cari. Last2 kena tanya gak...

Aku : "Dik, steamboat xde ke?"

W : "Ada kak.. buffet.. RM23.90 utk dewasa. Rm13.90 utk kanak2 (sambil pandang Akeef)"

eh, anak aku yg 6 bulan pon kena caj ke? bia betol kedai nih??
tanya lagik...

Mr.MHR : "Steamboat ni xde set2 ke dik? ala carte ke...takkan nak makan buffet lak.. banyak sangat..nak makan sikit2 je..."

W : "Combo set kalau wiken ni dr kul 10 pagi sampai 12 tengahari je. Kalau wikdays, lama sket.. kul 10pagi sampai 5petang. Baik Abang amek buffet ni..ada macam2..nasik goreng cina, mihun goreng, sotong, ketam, bla bla bla....Kalau Abang nak amek buffet utk sorang pon boleh gak tapi TAKLEH share2..kena makan sorang2 je.."

hahahahaa...part ni mmg lawak giler..pebende bongok la rules kedai nih...siap nak halang2 customer xleh share..ko ke yang bayar hah?

Aku : "hurm, xpelah dik. kitorang pg kedai yang boleh share la. tak jadi la makan kat kedai nih.."

W : angguk angguk sambil kutip balik menu...



Tak ke pelik kedai nie..Kang bila aku start topik nak sokong Melayu berniaga, tingat plak pasal botol susu..Mana boleh paksa2 org amek buffet kat kedai kecik2..choice tak banyak..tak berbaloi..nak carik duit bukan main susah. ingat aku nak sepah2kan je kat korang ke bayar benda yg kita tak makan..

Kepada sapa2 yang meniaga kat luar sana, ini pesanan khas dari aku (tiru mak aku pny ayat..mak aku tukang masak tersohor di wilayah maju ini hokay..hehee..)

"kita kalau meniaga, jangan letak harga tinggi2.. tak ruginya kalau jual murah2..kalau kita jual mahal, mmg kita untung banyak tapi org akan datang kedai kita sekali je..kalau kita meniaga murah, kita untung sikit tapi orang akan datang makan kat kedai kita hari hari..jadi kita meniaga pon happy sebab hari2 makanan kita habis dan orang ramai datang kedai kita. kan lebih BERKAT rezeki yang kita dapat.."

hah, tak reti2 lagik....

1 comment:

BERUBAH

Sejak munculnya pelbagai platform medsos ni, platform ni paling sendu. Mungkin kita dah dilatih jadi malas nak menaip. Kita lebih suka berca...