February 1, 2011

Liverpool FC : Kenapa Torres Keluar?

Hah, tetiba plak citer pasal Liverpool. Saje je nak share2 berita hangat. Korang mesti tau pasal topik utama sukan nih..Aku just nak elaborate sket je.. :)

Sila baca dengan hati yang terbuka...hahahaa...

* Tulisan kaler merah sbb warna rasmi team Liverpool ni merah..

6 sebab kenapa Fernando Torres keluar dari Liverpool ke Chelsea :

1. Nak Bermain di Liga Champions
Sewaktu masih di Atletico Madrid, dia dah lepaskan 6 musim untuk tidak bermain di Liga Champions demi cintanya pada kelab yang membesarkannya tu. Oleh yang demikian, dia rasa taknak buang masa lagi. Torres rasa karier bola sepaknya masih perlu berkembang dan dia perlu bergabung dengan team yang mampu bersaing di peringkat lebih tinggi.

2. Liverpool Dianggap Ingkar Janji
Torres ni nak jaminan kuat tentang masa depan Liverpool yang dah diambil alih oleh pemilik baru. Tapi Torres rasa janji itu tak ditepati. Torres rasa Liverpool sekarang bukan lagi seperti pada saat pertama kali bergabung. Dengan keluarnya Rafa Benitez & Roy Hodgson dan diganti dengan Kenny Dalglish memang merupakan langkah yang bagus tapi tetap tidak cukup baginya.

3. Penjualan Dirinya Akan Mendatangkan Keuntungan Besar
Torres harap Liverpool tahu kalau penjualan dirinya adalah penyelesaian terbaik bagi semua pihak. Liverpool membeli Torres dengan harga 23 juta pounds. Liverpool boleh dapat keuntungan lebih dari 20 juta pounds kalau menjualnya. Konon2nya duit tu boleh la Liverpool guna untuk kegunaan ahli2 kelab yang lain.

4. Tidak Ingin Gagal ke Chelsea Untuk Kedua Kalinya
Chelsea telah offer kat Torres untuk join team dorang pada musim panas yang lepas tapi striker Liverpool ni cakap dia xleh tukar kelab sbb Liverpool masih dalam proses tukar hak milik. So, dah abes proses tukar hak milik, boleh la dia terima tawaran tue...

5. Kenaikan Gaji
Dipercayai Chelsea telah menawarkan kontrak dengan jumlah gaji baru iaitu sebanyak 200 ribu pounds seminggu..huhuuu....dengan Liverpool gaji dia 110 ribu pounds seminggu...so, watpe nak tunggu kan..

6. Sebab UTAMA
Liverpool tak cukup hebat..sbbnya dorang ni xde pemain2 STAR..yg ada hanya Torres dgn Gerrard je. So, Torres ni rasa beban banyak kat bahu dorang berdua je nak pastikan Liverpool ni sentiasa hebat..Kalau salah sorang injured, habeslah Liverpool tuh. Lain la Chelsea tue.. Ada ramai pemain hebat.. setiap posisi ada je yang hebat2 mcm Lampard, Terry dan Drogba..

hah, kagum tak aku dpt info macam nih...hahahahaa...kalau korang nak percaya, percayalah..kalau taknak pon takpe...aku bagitau je...

* kepada kipas susah mati Liverpool yang paling kucintai....
terror tak??? u mesti kagum ngan I kan..hahahaa....

2 comments:

  1. Agak kagum la dgn info ni cos aku mmg x suka n tatau langsung pape ttg semua sukan..hahaha

    ReplyDelete
  2. hahaha...aku TERpaksa amek tau..kalau tak asek jd bahan je..

    ReplyDelete

BERUBAH

Sejak munculnya pelbagai platform medsos ni, platform ni paling sendu. Mungkin kita dah dilatih jadi malas nak menaip. Kita lebih suka berca...