January 28, 2011

Muffin Chocolate Chips

Sempena hari Jumaat yang mulia ini, aku bermurah hati nak bagi resepi muffin..hahaa...macam poyo kan..macam la korang xleh google kat mana nak dapat resepi muffin..tp resepi yang aku bagi ni ikhlas dari hati..sebab banyak yg aku dah alter..maklumlah, banyak resepi yang aku jumpa kat internet ni, mesti ada satu bahan penting yang dorang tak ubuh..so,resepi tu tak lengkap la kiranya.. ni aku nak bagi resepi lengkap nih...hahahaa....sila percaya!!!

Bahan2:

A) Bahan Kering
2 cawan tepung gandum / tepung naik sendiri
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
* kalau pakai tepung naik sendiri, benda2 ni xyah le ubuh ye..
1/2 sudu teh garam
2 cawan gula kastor / 1 1/2 cawan gula pasir
3 sudu serbuk koko

B) Bahan Basah
1 biji telur
3/4 cawan air panas
3/4 cawan susu cair/susu segar
1/4 cawan minyak sayuran (guna minyak masak biasa pon buleh...)

C) Bahan Tambahan
3 sudu besar chocolate chips


Cara2 memasak:
1) Panaskan oven - 200'c
2) Satukan Bahan A dalam satu bekas dan gaul rata ( jangan gaul lama2)

3) Buat lubang di tengah2 bekas tue...
4) Pukul telur tu sikit ngan garfu..just untuk satukan putih telur dan kuning telur je..Tuang dalam bekas yang ada Bahan A tadi.
5) Masukkan semua Bahan B (kecuali minyak) dan kacau rata.
6) Masukkan minyak dan kacau lagi sikit.
7) Akhir sekali masukkan chocolate chips.
8) Tuang adunan ke dalam acuan muffin. Isi 3/4 acuan je okay...
9) Bakar selama 18-23 minit pada suhu 185'c..siap!!.


Measuring Cup ni aku beli yang murah je kat Mydin..
RM3.90


Ni keadaan adunan sebelum dimasukkan ke dalam oven..

muffin chocolate chipsTarraa.....
nampak macam muffin kat La Boheme tak?
huhuu....

2 comments:

  1. rajinnye beb wat muffin? niaga ke? bagus2...bukan sng nak carik org rajin memasak ni. untung idup dlm family chep ni :)

    ReplyDelete
  2. hahaa...aku xde keje dh skang...class dh abes...so,masak la...asah balik skill yg dh tumpul tuh...

    ReplyDelete

BERUBAH

Sejak munculnya pelbagai platform medsos ni, platform ni paling sendu. Mungkin kita dah dilatih jadi malas nak menaip. Kita lebih suka berca...