January 18, 2011

Katakan TIDAK!!

Tgh duk baca gosip2 artis kat internet ni ternampak la pic si As Feminin yg latest...So,tetiba terasa cam berada di alam Feminin dulu2...kalau ingat2kan balik time zaman tu, hahahahaa.....takleh nak ditahan2 tahap kesengalan masing2 nak meniru gaya kumpulan Feminin ni..sampaikan baju raya pon nak tempah ikut paten dorang...

Zaman tu dorang yang paling top hokay..Aduuhhaiii...sana sini lagu dorang. Magazine pun muka dorang gak. Album mmg terjual beribu2 unit. Mane taknya, zaman tu budak2 sanggup beli. kaset. Kalau dah album terjual beribu2 unit dpt lah platinum. Tu zaman dululah. Zaman skrg takdo lagi. Kalau nak lagu.. main download jer.. hahaha...

Tapi kiranya dorang ni berkualiti gak la. Lagu KINI yang meletop letop kebabom tu, si As tu nyanyi guna falsetto tuh. Kalau ada yang nak tiru2 nyanyi, silap2 tak kua langsung suara sebab nak kecikkan ruang udara dalam tekak tuh..hehee...

Ingat2 balik, zaman tu sume jadikan Feminin ni idola..sbb dorang kan cantik2 cam gambar kat bawah nie...mmg pelik la kalau xde yg jadikan dorang idola. Maklumlah, dengan kemudahan internet yang SANGAT terhad time tue, pebende yang dorang buat dirasakan sangat MOLEK..agak2nya KRU jadi jutawan tu sbb dpt untung 'terbitkan' dorang ni kot kan...

Tapi itu dululah. Pas berkahwin & beranak pinak, masing2 mendiamkan diri dari bidang seni. Yelah kan..bila dah kahwin, kita kena ikut keputusan suami. Kalau cam dorang ni, mesti suami tak bagi terkinja2 lagik atas pentas tuh.

Dalam2 tak aktif2 tue, muncul plak si As tu dlm program Serasi Bersama baru2 ni kat Astro Ria tu..Terkejut tgk gambarnya yang terbaru..hahhhh??

Maybe dia sangat happy melayari hidup berumah tangga dengan anak2 dan suami tercinta. tapi tak sangka pulak sampai macam ni sihatnya...

Kesimpulannya, aku xmo join group kau As ooiii.... aku akan berdiet seketat2nya bagi memastikan kita tidak serasi bersama..maaf!!

No comments:

Post a Comment

BERUBAH

Sejak munculnya pelbagai platform medsos ni, platform ni paling sendu. Mungkin kita dah dilatih jadi malas nak menaip. Kita lebih suka berca...