March 12, 2013

Sri Manja Boutique Hotel Kuantan


Kemain lama tersimpan dalam draft, arini baru nak type..hee..pemalas sket aku nak bukak laptop kat rumah..ni dah kat ofis boleh belasah, ko baca blog aku sampai pengsan..haha..Cuti raya cina dulu kitorang pg jalan2 ke Kuantan..mmg plan nak pg Kuantan..sbb nak makan ikan bakar tanjung lumpur then tido semalam pastu balik kl..tp jem kemain la..dari tol gombak ke temerloh je 3 jam..last2 dari kuantan, kitorang siap pg Terengganu lagik..alang2 kan..cuti pon 4 hari..okey, kembali kepada tajuk.. :)

Aku booked hotel ni awal..3 minggu awal rasanya sbb takut xde hotel time2 cuti..memang betul..majoriti hotel time tu dah penuh..so, ini hotel baru dan ada swimming pool (kononnya), maka aku pon tempah 3 bilik..kitorang bertujuh pg sana..Oleh sebab jem, kitorang sampai sana pukul 4.30 petang dan dimaklumkan bilik BELUM siap..logik? dah la aku sampai lewat, ari Sabtu lak tu..orang baru start cuti, hotel ko penuh sangat ke? pastu dah kul 4.30 boleh tak siap lagik..sampai2 dah mula nak bengang..eksyen plak tu siap compare ngan marriot bila request check out lambat..kemain kau..aku malas nak bising sebab penat..mak buyung sorang tu dia bising sikit..maklumlah, pembawakan kot..hehee..

 

aku mintak 1 bilik yang dah siap, bagi aku check in dulu sebab mak ayah aku dah sakit pinggang..
eksyen sangat cakap dia upgrade bilik kitorang hokay..
aku book standard je sbb standard pon dah RM150..
konon2 dia upgrade ke deluxe..
okay, mari tgk bilik 'deluxe'


 


tgk katil dia..
ni bukan katil double..ni super single..jangan nak propa tulis kat web double bed..tipu...
tempat letak telefon tu xleh nak ubah2..kalau de anak kecik, berdoa la dorang tak terhantuk benda tue..



ni tempat letak baju dia..
sangat deluxe



tu meja..meja solek takde..bawak cermin dari rumah sendiri ye...



ni pintu bilik air..pull je pintu tu..xde kunci2.
time kau dalam bilik air, anak kau duk main cak2 bukak pintu...huhuu..
apa la teruk sangat..tune hotel pon tak hazab macam nie...



sarapan dia tak lalu aku...aku makan telur dadar je...yang lain, tak sedap..



Mr.MHR tgh amek koko crunch untuk Akeef...

kesudahannya, pagi tu kitorang check out dan pg sarapan kat tanjung lumpur..lagi puas hati..macam2 pilihan ada..aku tak suggestkan hotel ni melainkan korang backpackers..aku rasa hotel ni conditionnya untuk backpackers je..tapi rege standard RM150..rege lain2 tu mesti lagi tinggi..kot ye pon Kuantan, xya jadi sebab nak tinggikan rege...oh lupa..ni hotel ca ya nun alif...sebab tu puuii...


1 comment:

  1. This looks like a rather decent kuantan hotels. We stayed in Cherating at Holiday Villa before as well as Legend, and finds them so so only.

    ReplyDelete

BERUBAH

Sejak munculnya pelbagai platform medsos ni, platform ni paling sendu. Mungkin kita dah dilatih jadi malas nak menaip. Kita lebih suka berca...