January 29, 2014

Simpanan Tabung Haji dengan m2u

Aku nak share cara nak aktifkan akaun Tabung Haji dengan Maybank. Selama ni yang orang tahu aktifkan dengan akaun Bank Rakyat dan Bank Islam je kan? Ah, kalau dah tau pon, baca jugak! haha..

Kita ni kalau tak dipaksa, memang susah nak menyimpan..Aku tak tahu le orang lain..tapi aku macam tulah..kena paksa baru menabung. Pastu tips menabung ni kalau ikut aku, jangan letak duit sedebuk banyak2 dalam 1 akaun je. Sebab nanti kau tahu jelah hati manusia nie..tetiba nak beli handbag la, kasut la..tu belum beli gelang cincin bagai kan..hehe..seeloknya kau pecah-pecahkan simpanan tu dalam banyak akaun. Jadi, takdelah kau nak beli handbag kau duk korek kat akaun yang satu tu yang mana kau memang tahu duit banyak kat situ kan? baik letak akaun asing2 sebab bila tengok duit kau akan rasa macam "eh, sikit duit aku..." huhuu..so, automatik kau takkan membazir sedangkan realiti bila campur semua akaun, duit kau memang banyak.. ha, paham ke ayat aku yang berterabur nih? hehee..Aku ni memang yang perlu dipaksa menabung. Bukanlah kena rotan baru nak simpan duit. Aku memang siap2 potong gaji. 

"Tahukah anda kita ni seelok-eloknya menyimpan 10% dari jumlah pendapatan bulanan kita sebagai simpanan selamat?"

Ok, makcik dah ikut jalan jauh lagi..meh la nak cerita..Kalau korang nak simpan duit ke Tabung Haji menggunakan maybank2u, korang kena aktifkan dulu kat mana-mana ATM Maybank. Dia ada 1 mode tulis T/Haji. Pilih tu untuk key in nombor akaun tabung haji dan nombor siri buku (bawah bar code tu). Kalau untuk akaun orang lain (especially anak kita), additional info yang kena key in adalah nombor IC. Sonang bai tu...


Kalau korang buat potongan gaji masuk Tabung Haji, potongan tu masuk lambat sikit kan? Kurang2 14 hari baru ada potongan tu dalam tabung haji. Tapi guna ni cepat oi..balik je aktifkan, kau try la transfer dari Maybank2u ke akaun tabung haji tadi. sekejap je dah ada..gembira hati..aku ni jenis yang kalau dah masuk duit, mesti nak tengok dah ada dalam akaun..hahaa..

okay bye...

5 comments:

  1. hi kak, bleh email kt sy mcm mana cara mggunakannye? email sy hafizsim27@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang je...kalau tak reti, nanti staff bank tu boleh tolong..yang penting bawa buku TH bersama.. :)

      Delete
  2. dye automatik potong ke, kita kena transfer tiap2 bulan?

    ReplyDelete
  3. cara nak linkkan akaun tabung haji anak dengan maybank2u kita?

    ReplyDelete

BERUBAH

Sejak munculnya pelbagai platform medsos ni, platform ni paling sendu. Mungkin kita dah dilatih jadi malas nak menaip. Kita lebih suka berca...