January 9, 2014

GCR : Gantian Cuti Rehat


Dah macam website JPA dah blog aku tahun ni. Kerja nak upload pasal penjawat awam je. hehee.. maklumlah meraikan ulangtahun ke10..tua dah aku..huhuu..

Sebenarnya sebagai penjawat awam yang senior sikit ni ha, aku tak berapa pandai bab management, dasar2 kerajaan dan peraturan2 pentadbiran. Sebab kalau apa2 je, pergi la refer HR kan? kang orang kata kau gila kuasa lak semua benda nak tahu. huhu.. aku ni hafal peraturan pasal kerja aku je. Yang tu insyaAllah aku boleh petik je. Bab peraturan lain, i'm sorry... :)

Tahun 2013 yang lepas, aku banyak sangat ambil cuti tahunan. Kelayakan cuti aku 30 hari setahun. Plus yang aku bawa dari 2012, maka untuk 2013 sahaja, aku jumlah jumlah cuti 40 hari.. 40 hari tak cukup?? hah! memang nampak sangat aku ni kan? hehee...aku suka cuti kalau aku stressed. Kalau stressed hari ni petang tu aku cakap ngn bos besar "esok saya cuti eh..stressed.." mula2 dulu bos aku macam pelik, lama2 dia pon okay..aku malas nak datang opis kalau stressed banyak2...nanti ada lak bermasam muka ke, terkuat suara ke, terbuat cebik ke..jadi, baik aku cuti 1 hari sebab selalunya pastu aku dah okay..bukan pegi mana pon, duk rumah je..tu belum lagi bab anak demam, Mr.MHR demam..suami demam pon kena cuti kay..jadi, setelah ditolak dicampur hujung tahun 2013, baki cuti aku adalah 3 hari. tu pon puas sukat2 sebab konon2 awal tahun 2014 ni banyak nak ambil cuti..

Tetiba semalam aku nak apply cuti dalam sistem, aku tgk baki cuti aku 38 hari.. eh? patutnya 33 hari la kan.. 3+30..puas la aku pergi HR tanya nape cuti aku jadi banyak..kang gembira2 tetiba dorang buat adjustment pulak.



Kat sistem tu letak, kelayakan 2014 ni cuti aku 35 hari.dah bertambah 5 hari.5 hari tu banyak beb :)

Rupa-rupanya, bila kau dah keje sepuluh tahun, memang automatik dia akan tambah 5 hari. Menghargai kesetiaankah? hahaa...gembira la aku...kalau tau, aku jimba2 je cuti tahun lepas.. aku post benda ni kat fb..ni komen2 yang aku dapat..


Waktu aku post pasal kerja 10 tahun, ramai suruh simpan GCR..ni pon ada kawan2 yang suruh simpan GCR. nak tau apa GCR? :)  Aku macam biasalah kan. Ikut jalan lama..banyak corner2, tu yang lama nak sampai kepada tajuk sebenar tu..haha..

GCR tu gantian cuti rehat. Maknanya semua cuti rehat yang kita tak guna akan di convert kepada duit bila kita pencen nanti..bab ni aku pandai sebab ia melibatkan duit..hahaa..

Untuk penjawat awam, semua kakitangan layak simpan cuti rehat ni ke dalam satu tabung yang dipanggil GCR ni. Setiap seorang layak simpan maksimum 150 hari. Kalau kau takda 150 hari, nak simpan 1 hari je pon tak kisah. Tapi kalau setakat 1 hari, baik la kau cuti je kan..membazir masa kerani kewangan nak kira je. 

Kiraannya:

                    150hari  x Gaji Pokok Terakhir = Jumlah RM yang akan dibayar
                                                                     30hari

Contoh : 
Kau dapat simpan 150hari dan waktu kau pencen nanti, gaji pokok (elaun2 semua TIDAK dikira) kau 6 ribu, jadi kita kira macam nie:

150hari  x  RM6,000  =    RM30,000
                                                                              30hari


Rajinnya aku buat kiraan matematik kat sini..ha, boleh faham ke? Yang per 30 tu memang formula..average je pukul rata sebulan ada 30 hari..maka time kau pencen nanti, kau dapat la RM30 ribu tu. Dicampur dengan bayaran2 lain. Sebab tu orang sibuk kumpul GCR tuh.. Tapi, zaman sekarang aku tak tau le..rata2 kawan2 aku semua pon takde menyimpan lagi dalam tabung tu. Termasuk la aku.. KOSONG.. Konsep aku, kalau ada balance "nanti" baru aku masukkan. Buat masa sekarang aku lebih suka guna semua cuti untuk kebahagiaan diri..hahaa...ntah sampai ntah tidak umur nak dapat 30 ribu tu..takyah la dikejar2 sangat..time umur dah 60 tahun, 30 ribu tu mungkin dah tak besar dah kot.. :)

4 comments:

  1. waaa....GCR saya baru 1 hari tau sedihhh...dah keje masuk 11 tahun dah ni ;((

    ReplyDelete
  2. gile banyak cuti tahunan ko...org kerajaan ni blh carry forward cuti yg tk pakai sebanyak mana yg ada kan...cm swasta ada limit.. huwaaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak kan?? katanya ada la limit bape hari boleh forward..tp aku taktau exact hari yang boleh bawak..kalau ko de balance 15 hari tp HR kata boleh carry forward 5 hari je, 10 lagi campak masuk tabung..pusing2 macam tu je la.. :)

      Delete

LASIK - PEMBEDAHAN PEMBETULAN PENGLIHATAN

Disebabkan masalah kerabunan yang telah lama menghantui diri kakak ni, jadi kakak ambil keputusan nak buat lasik la konon2. Korang mesti tak...