January 25, 2014

Plastik

Ini bukan nak cerita pasal manusia plastik. Nak cerita cara nak kemas plastik kat dapur korang tu kan. Walaupon skang ni banyak market yang dah tak provide plastic bag, tapi kalau pergi pasar basah mesti dapat punya kan...aku ni memang memasak kekdahnya. Maklumlah, sini takde warung2 tomyam depan rumah. Kalau ada pon jauh dari rumah pastu harga tak setimpal dengan rasa. Jadi, tiap2 minggu memang aku pergi Pasar Tani. Pasar Tani ni ko pergi la hari apa pon dia mesti bagi plastic bag.. :)

 

sekejap je tak mengemas, dah penuh 2 beg besar plastik ha..
abes semua aku pudat2kan je..punya la sibuk kononnya..

Aku nak tunjuk cara nak simpan plastik yang berlambak2 ni biar cantik molek la dapur ko tu. Kalau hari2 tengok plastik bersepah2 macam ni, berbulu je biji mata kan? aku memang simpan plastik ni sebab guna nak buang sampah nanti. Walaupon nampak macam tak teknolgi hijau sangat, tapi takkan nak buang sampah ubuh dalam beg kertas lak. Perut2 ikan tu semua macam mana nak bawak turun lif kan? huhuu..hakak nak buat tutorial ye deknon deknon.. sapa dah tau, bagus..ni untuk sapa yang belum tau.. :)

 
ni untuk plastik yang bertangkai bekas beli sayur ke, beli buah ke..
kalau pergi hypermarket pon plastik dia memang jenis cenggini
ikut je step tu okay..


ni pulak untuk yang jenis tak bertangkai macam kalau ko beli barang mahal sikit.
sama je cara melipatnya, hujung tu lebih molek selit2nya.

 

 ha, dari 2 beg plastik besar mula2 tadi tu, pas siap lipat, tingkat suku je.
ni beg yang lebih kecil plak tu..

   

Pas dah abes lipat tu, masukkan balik dalam bekas plastik korang. Kalau dalam raga, raga lah.. Kalau dalam drawer, drawerlah kan..jimat banyakkkkkkk space ooii...pastu bila nak guna balik untuk simpan barang ke, kalau ko rasa macam "takkan nak letak benda kecik dalam plastik besar?"..ha, ko bajet2 la..kalau tebal gulungan plastik tu, besar la beg dia..kalau nipis je, kecik la plastik tu.. lama2 mesti pandai nak kenal mana plastik besar, mana yang kecik..

Pastu aku suka benda ni sebab bila No Plastic Bag Day tu, ko tarik je 4,5 yang gebu2, humban dalam handbag. Bila sampai kat mall tetiba rasa nak beli barang, takyah la membazir 20 sen sehelai kan? ko seluk je dalam handbag, tarraaaa.....walaupon 20 sen tu tak besar, kalau lima helai, dah singgit. Lepas beli kuih 3 keping kat opis buat breakfast pagi2 tu kan? huhuu...zaman2 semua benda nak mahal ni, mana yang boleh jimat, jimatlah...kalau tak boleh, nak buat macam mana kan? :)

4 comments:

  1. rajinnya ibu siti siap lipat2 kemas..anapun ada bekas plastik ikea tu,tapi main sumbat je dalam tu..tq berkongsi idea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu pon sumbat je..tapi malu bila orang datang rumah tgk macam kedai nyonya lak...hahaa..

      Delete
  2. malnye ya rabbi nk lipat satu2 cm ko nih.. aku main humban je dlm kotak..hahaahaah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ko kumpul memang malas macam aku ni ha..setahun punya plastik agaknya baru nak lipat..tp kalau pas je beli barang terus lipat, baru 2,3 keping..hehee..

      Delete

Bilik Fuller Hotel Alor Setar

Ha, mesti bila google tak jumpa banyak info pasal Fuller Hotel ni kan? tu yang datang kat blog aku ni..tahu dah..sebab hari tu aku pon goog...