January 18, 2014

Mee Tarik Warisan Sungai Besi

Tercari2 mee tarik yang sedap? marilah try Mee Tarik Warisan..haha...promote skek...

Kedai mee tarik ni terletak kat Lake Fields Sungai Besi. Jangan menonong masuk pekan sungai besi lak..dari MRR2,  kita amek susur kiri nak ke Seri Kembangan kan..lepas traffic light tu jangan masuk kiri kat balai polis..ke depan sikit ada 2 simpang..kanan trus pg Seri Kembangan, kiri pergi Terminal Bersepadu Selatan (TBS)..ada lagi simpang..TBS ke kanan, korang amek kiri...maklumlah bukan semua orang reti guna GPS kan.. :)

Tukang amek order dia memang tak reti cakap Melayu. Omputih pon blur2 ayam..maka korang cakap la itik kay..tunjuk2 je nombor gambar..aku pon taktau apa yang diorder sebab biasalah kat menu dia tulis nama makanan tu ala2 chinese style..aku pon jadi blur2 ayam gak..hehee..


kalau korang nak tengok dorang wat operasi tarik menarik mee tu, boleh la berdiri kat cermin tu
aku malas..sebab dah selalu tengok kat masterchef.. :)


budak ni memang gembira la dapat makan mee..kalau suh makan nasi, benyek je muka..


Mee ni aku memang total lost apa tajuknya
Rasa dia pedas pedas masam sikit
sepinggan ni banyak tau..penuh perut




ni budak waiter tu salah hantar.. boleh??
dia hantar, aku pon amek gambar..sekali Mr.MHR kata;
 nape kaler dia hitam tak macam dalam menu?
belum sempat jawab, waiter tu datang amek balik..
terpinga2 kitorang...sebab dia tak cakap pape...amek, pastu letak meja belakang..hahaa..


ni ala2 kueh toew sup...tak pedas..
kalau aku memang tak lalu...tapi kalau korang nak pedas, request je cili potong
bos dia kat kaunter bayar boleh cakap melayu..

3 comments:

  1. Salam, nampak sedap ...bole try bila lalu situ..

    ReplyDelete
  2. ape rasa mi tarik tu yerk..aku kan jakun..huhhuhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde rasa kapur macam mi kuning biasa tu..tak berminyak...pastu dia chewy sikit...liat2 manja..hahaa..

      Delete

BERUBAH

Sejak munculnya pelbagai platform medsos ni, platform ni paling sendu. Mungkin kita dah dilatih jadi malas nak menaip. Kita lebih suka berca...