Skip to main content

Kek Lapis Dayang : Taman Desa Wira

Bila sebut Sarawak, mesti terus ingat kek lapis kan.. :)

Jangan nak buat muka bosan. Aku nak cerita pasal Sarawak lagi..hehee... Kalau pasal kek lapis, yang popular kat area Kuching tu mestilah kek lapis Dayang Salhah, Mira dengan Zaharah tak silap aku. Maaf kalau ada yang kecil hati. DS tu kek lapisnya makin hari makin kecil. Kurangkan kos tingkatkan untung kah?

Makcik Mr.MHR duduk kat Sarawak. Dia cikgu..dah dekat 15 tahun dah mengajar kat sana. Selalu kalau dia balik Semenanjung atau anak dia balik (chef keje kat Johor), kitorang ni mesti la mengirim kek lapis. Yang aku perasan, kek dia sangat sedap..moist je..kalau Mr.MHR outstation pg ke Kuching tu pon dia pergi borong kat sini sebab org2 opis dia suka kek2nya..jadi, marilah aku nak promote..

Namun demikian, kedudukan lokasi jualan kek ni bukan dekat bandar Kuching atau Petra Jaya (seberang sungai) ye..dia terletak kat Jalan Batu Kawa. Masih area Kuching..Kalau dari Waterfront tu, dalam 7,8 minit je naik kereta. 


laku sangat agaknya. siap ada arrow kat jalan masuk ke rumah
lupa nak cakap..ni niaga dalam rumah je..kena lalu kat ruang tamu, ruang makan, baru jumpa peti ais tempat simpan kek..






korang leh la try pegi sini
and seelok2nya call la dulu cakap nak datang
kek dia fresh..hari2 buat kecuali Sabtu Ahad dia cuti baking...


yang aku suka adalah......
kek dia lebih besar tapi harga masih RM10
setiap pembelian RM100 dapat free 1 kek yang RM10
kek lapis tradisional Hati Pari (pronounce as Hati Parek) tu harga dia RM20
kalau beli 5 hati parek, dapat la free 1..
best kan? takyah la beli sampai 10..hahaa..
kbai  :)

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resepi Dalca Sayur Simple

Sedang berdiet? mari..aku nak bagi resepi cecampak...senang dan sihat..huhuu...

Dalca Sayur

Kacang Dal (1 genggam - basuh dan rebus sampai empuk)
Bawang putih, bawang merah, halia (kisar bersama)
Serbuk Kari Daging 1 sudu besar (bancuh dengan sedikit air)
Rempah Tumis (kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang) buah pelaga takyah
Santan
Sayur yang digemari

Cara-cara :

1) Rebus kacang dal sampai empuk. Kalau ikut Masterchef, campak kat dinding, dal tu melekat maknanya dah empuk..hehe..penuh dinding korang ngn dal kang...
2) Panaskan sikit minyak dalam periuk, masukkan rempah tumis
3) Masukkan bahan kisar dan tumis sampai naik bau
4) Masukkan rempah kari yang dah dibancuh dan tumis hingga garing
5) Masukkan sedikit air dan masukkan semua sayuran yang keras
    (aku guna carrot, kacang panjang dan kentang)
6) Biar sampai sayur empuk. Masukkan pulak sayuran lembut. Aku letak terung je
7) Bila dah mendidih, masukkan kacang dal dan santan
8) Perasa kuah dalca tu tunggu sampai mendidih. B…

Resepi Asam Pedas Simple Tapi Sedap

Ha, makan hati baca tajuk? sendiri masak sendiri up...Sapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri kan? haha..
Okay, aku upload gambar asam pedas dengan caption sepanjang2nya kat fb..Mak aku kan tukang masak. Specialty dia memang asam pedas. Sampai mula2 aku masuk keje dulu (ofis depan rumah je), bila cakap mak aku yang berniaga gerai kat balai polis je, semua terus cakap "ha, yang asam pedas sedap tu..anak Kak Yah kan.." kembang bontot jap sebab orang puji mak aku...puji mak pon nak perasan lebih..belum puji aku lagi tu...haha..
Ikut highway...macam biasa..so, bila dah upload, ramai yang mintak resepi plus teringat2 mak aku masak..Dulu aku duk asrama..so, selalu la mengangkut makanan bila balik weekend..dan aku selalu angkut asam pedas dengan sambal sardin cili padi je sebab aku rasa asam pedas & sambal sardin yang mak aku masak takde orang boleh lawan...hahaha...matik la...ah, tak kira...aku tetap nak cakap yang mak aku masak terpaling sedap..kedai2 yang de jual specia…

Resepi Soto Ayam Mudah

Korang memang suka bab2 resepi mudah kan? Aku pon sama..Kalau dah de yang mudah, kejadah apa pegi amek yang susah..Takyah nak mencabar diri sangat. Bukan dapat hadiah pon kan..haha..
Okay..raya baru ni, turn balik kampung Mr.MHR..aku pasghah...hehee...ala, kampung masing2 bukan jauh pon. Sorang Negeri Sembilan, sorang Melaka..sekangkang kera takyah rebut2..aku dah makin lama kahwin ni dah makin tak kesah. Tapi aku paling kesah, pilih kampung yang tak banyak kena buat keje..haha..sayang lemak2 aku kumpul setahun...haha..emang dasar!!  Sempena raya, aku ditugaskan buat soto. Gila kau!! tetiba kena masak soto..dah le keluarga belah Mr.MHR tu besar...aku insan yang lemah ni kena masak banyak2..propa sangatsss...meh la, aku nak bagi resepi. Tapi jangan tanya sukatan. Agak-agak je ye..
Aku masak ni 2 ekor ayam ( 1 ekor potong 4 + 1 ekor potong kecik2)
1) Panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan hingga naik bau 2) Masukkan bawang merah, bawang putih, halia (dihiris halus) dan goreng sampai…