Entri ni sangat panjang..silap2 menitik air mata (aku)..huhuu...
Aku start bekerja sebagai kakitangan Kerajaan pada 5 Januari 2004. Hari ni 5 Januari 2014, genaplah 10 tahun aku bekerja sebagap penjawat awam. Dalam sedar tak sedar, rasa macam "eh, dah 10 tahun?" Bapak aku pon rasa macam tak percaya dah 10 tahun berlalu..Rasa macam kejap je..
Mula2 kerja dulu, semua orang buat muka macam taik kalau cakap "aku keje kerajaan"..nape ntah? tak elok ke keje gomen? ke sebab time tu keje gomen gaji sikit? siap nak buat muka bagai...kalau ko nak tau, setakat pointer cukup2 makan, SPA tu tak layan kau kay..Aku student yang tiap2 sem dapat dekan (cuma politeknik takde anugerah tu..hahaa..) Pastu suka hati aku la nak pilih keje gomen ke keje bank. Time tu ramai nak keje bank sebab bank bagi gaji banyak..
Aku keje bawah Akauntan Negara (AG). Tugas aku memang berkaitan duit je dari dulu sampai skang. Senang bai.. Aku memang suka maths.. 1+1 confirm jawapan dia 2..xyah nak pk logik ke tak logik macam management kan?. Mula2 lapor diri, AG anta aku keje kat tempat nak wat collect cukai. Hari2 kena pastikan duit dalam 2 juta mesti balance.. Kira pakai tangan.. xde mesin canggih2 macam bank tu..paling sakit hati pas dah penat2 kira, tak balance 2,3 sen..meroyan kira semula..aku mesti balik keje kul 7 malam..dah kira, kena tunggu lak Security datang amek duit untuk night safe kat bank. Syukur aku selamat sampai skang..Kalau la jadi kes yang macam AmBank tu, korang dah tak kenal dah aku gamaknya..yang datang collect duit semua orang Malaysia. Zaman tu PATI ni x ramai lagi..muka masing2 macam mat pet..bau toksah citer..dah nak pitam2 aku...masing2 lak bawak senapang panjang tu..kalau ingat2 balik, meremang bulu roma..zaman 2004, kalau ko ada 2 juta, sama tahap ngn Yusoff Haslam hokay..boleh wat rumah tepi tebing melawati tu.. :)
Cukup 4 tahun keje, aku kena tukar ke cawangan baru bukak.. sebenarnya bukan KENA tapi aku yang mintak sebab time tu aku mmg tak sebulu ngan immediate supervisor aku. wahhh..kemain ko kan..baru keje, banyak songeh..hahaa...ada je tak kena ngan aku..sampai aku pg sarapan ngn staff pon bawak masuk dalam miting pegawai takleh pegi makan ngan kerani..eh, ko pa cita?? suka hati aku la nak makan ngan sapa...bukan ko yg bayar nasi lemak aku...kebetulan, cawangan ofis baru bukak kat Bandar Sri Permaisuri..HQ sebenarnya belakang rumah aku je..3 minit dah sampai..tapi sebab aku malas nak tgk muka orang gila, aku sanggup jumpa bos besar minta tukar pegi Cheras tu..ulang alik subuh2 dah kuar, malam2 buta baru sampai rumah... janji hati aku gembira..
Tapi...
Aku berjaya keje kat branch tu dalam 7,8 bulan macam tu je. Pengarah call suh aku balik keje kat HQ balik sebab dia kata aku duduk kat branch tu aku ni under utilized. Amboiii.. dah macam mesin tebu aku nih. Atau dalam erti kata lain, aku relax sangat duduk branch.. hahaa.. maka, surat tukar 24 jam okay.. surat dapat 24 Disember, suh tukar serta merta..mujo la 25 tu cuti Krismas..kalau tak, mau aku amuk Pengarah aku plak...huhuu... tapi aku bagi syarat kat Pengarah aku, kalau nak suh balik HQ, aku taknak keje bawah org gila tu..kalau suh jugak, aku minta tukar jabatan lain.. hah, gila ko ugut Pengarah.. Time tu Pengarah aku Tuan Haji Amir.. dia kalau bagi arahan kat aku, duk kau aku je..kalau ngan orang lain, skema je dia..dia cakap sebab anak dia sorang de perangai macam aku.. so, bila dia deal ngan aku, dia guna pendekatan macam mana dia deal ngn anak dia..kellllasssss..
Tukar balik ke HQ, aku keje kat department Kewangan plak.. jadi bos..yes!! hahaa..
Kat sini stressed tahap gaban..sebab duk buat payment..ngan gaji, claim mileage, overtime, bayar pembekal..semua bawah kepala aku..mujo la time tu staff2 takde yang bingai..pandai je wat keje masing2..so, senang la sikit hidup aku..huhu..lagipon time tu aku tgh sambung belajar.. Pukul 6 je aku dah kena pg class kat Titiwangsa. so nak stay back ni mmg masalah kalau keje ada yang pending kan.. time ni jugak la aku kenal Mr.MHR aku .. ececeh..malu plak... Aku suka keje yang nie.. Masuk meeting aku jadi tumpuan..hahaa..yelah, keje gomen semua nak tau baki peruntukan de bape..so, mesti la tunggu aku bentang laporan..skill yang tinggi diperlukan untuk menepis segala soalan2 ngarut.. nak beli penyangkut baju khas untuk gantung jaket2 kau tapi nak suh Kerajaan bayar.. pa citttaaa??
huh, penat la taip...hehee..
Tak lama lepas tu, surat tawaran kenaikan pangkat sampai... 24jam gak.. dapat hari Rabu, Khamis kena lapor diri kat Putrajaya.. hamek! time tu rasa macam bercinta la nak ke Putrajaya. tapi sebab naik pangkat, mesti la terima kan..penjawat awam ni de 1.4 juta orang..ramai yang ko kena compete. Rezeki jangan ditolak...
Pindah kerja Putrajaya, aku wat keje audit..bab ni aneh sikit.. aku tak suka audit orang.. selalunya, kalau setakat salah sikit2, aku tak kuiri ponggg.. 2,3 kali gak kena panggil ngan pengarah sebab aku tak kuiri.. aiseh, manusia wat kesalahan bos.. takat tak cop tarikh, takyah le tanya..dia terlupa la tu...hahaa.. time ni la aku kawen, ngandungkan Akeef, bersalin semua..waktu ni kitroang dapat kuarters kat Putrajaya tu. tapi Mr.MHR keje KL. pas je bersalinkan Akeef, mak aku jaga Akeef..aku berulang alik dari Wangsa Maju hari2..pas subuh dah kua, kalau jammed, Maghrib baru sampai rumah.. Aku rasa tak berbaloi ulang alik, aku hantar surat minta tukar..kebetulan de kawan yang dari KL nak tukar pergi Putrajaya..genap 1 tahun aku kat Putrajaya, dapat la tukar ke KL semula.
Bab ni aku malas cerita...tapi nak luahkan jugak.. huhuu...Setakat ni..setakat ni...nilah pejabat yang aku PALING tak suka..paling...
Aku tak kesah kalau orang tak suka aku sebab keje jaga duit kerajaan memang ramai yang tak suka..Tapi kat ofis ni, TERLALU ramai bijak pandai..ramai sangat..huh! Kalau kena masuk miting, rasa nak maki je sorang2..kalau tak pandai, jangan buat2 pandai kan.. Dia je yang betul sedangkan dah tentu2 tu keje orang W.. ko xyah la nak lawan.. bodoh tak boleh diajar...pastu asek la nak ugut2.. gila! .. aku bukan kategori orang yang nangis kalau setakat nak stressed benda2 tolol nie.. ko ugut ke, ko letak pisau kat leher aku ke, kalau dah peraturan kata tak boleh, tak boleh la.. ko buat muka taik macam mana pon, aku tak layan.. bengang tak kalau ko de elaun 3 ribu sebulan, kawan kau datang dari mana ntah melawat pastu ko suh office boy beli goreng pisang rm3 then anta claim kat aku?? rasa macam nak sepak tak?? Aku malas keje ngan orang2 gila... tapi kat opis ni ramai gak yang best.. tapi sebab yang gila2 tu perasan opis ni bapak dia punya, maka baiklah aku blah..cakap ngan kayu, memang takde perubahan kan?hehee..
Nasib aku memang agak baik bab tukar2 nie.. Ada jugak geng yang memang nak tukar sama ngan aku. Sebab kitorang bawah Kementerian yang sama, maka urusan nak tukar senang je..takyah nak sign2..bagitau Pengarah Bahagian je.. Pengarah tak bagi aku tukar.. Pengarah ni sangat bagus..baik hati..penyabar..dia la yang ajar aku bersabar ngn karenah2 ngarut nie.. Kebetulan plak, ofis Mr.MHR tukar ke Cyberjaya. maka, kuat la alasan aku nak bertukar tu. dalam 2 minggu je kot urusan tukar settle. Aku dah cerita semua pasal orang2 bijak pandai tu kat akak yang nak tukar ngn aku nie.. kang jangan lak cakap aku aniaya dia semata2 nak lepaskan tengkuk aku. Tapi, akak ni redha sebab suami dia keje oversea, anak dia handle sorang2.. kalau nak berulang KL-Putrajaya tu memang berat gak dia sorang2 nak harung.. dapat surat tukar, dapat tangguh 1 minggu je untuk settlekan keje2 semasa then ciaoo.. bermula kembali episod di Putrajaya.. punyalah aku tak suka opis lama, aku blah je..jumpa yang mana sempat jumpa then bertukar..
**mesti Kak Mimi baca entri ni.. kak, saya suka keje ngan TKP tu tau..dia tak emo.. dia pon selalu malas nak layan yang gila tu... huhuu... mesti best kalau dia jadi KP nanti.. :)
So, skang aku kat Kementerian. gembira setakat nie.. takde unsur2 tak tentu arah. hehe.. 10 tahun yang macam2 berlaku.. bertambah kawan, ilmu pengetahuan, musuh pon ada kot :) tapi lantak la kan..kita takleh nak puaskan hati semua pihak.. janji keje siap dengan sempurna dan jangan menganiaya staf kita, maka berdoalah agar rezeki yang kita perolehi tu berkat hendaknya.. semoga aku mampu bertahan untuk 10 tahun lagi kumpul ilmu dan duit banyak2 barulah aku pencen awal gamaknya... :)
- TAMAT -
No comments:
Post a Comment