January 30, 2014

Penipuan Perbankan Internet


Fenomena Tipah Tertipu ni dah bertahun-tahun dah terjadi. Walaupon banyak kempen pasal benda ni, tapi masih la ramai lagi yang tertipu sedangkan rata-rata orang Malaysia ni dah celik IT. Lepas tu, bila lapor kat akhbar2, jumlahnya bukan la sikit2 ooiii...main ratus ribu je semua..wartawan saje buat havoc atau memang yang kena tipu tu semua duit banyak (sebab tu jadi mangsa) masih tak dapat la ditentukan. Jadi, aku nak buat kempen kesedaran lagi ni. Ni takde mana2 agensi suruh. Just aku kesian tengok orang2 yang 'hilang duit' tiba2. Kena pulak budak2 yang baru bekerja kan..sedih rasanya menengok..

Aku selalu dapat emel suruh verify akaun bank. Kadang2 macam pelik, takde buka akaun RHB, tetiba masuk emel RHB suruh verify. Tu belum kira emel OCBC la, Hong Leong dan segala mak nenek bank. Kalau jenis macam ni, automatik kita boleh tahu emel tu menipu sebab "eh, sejak bila plak aku ada akaun OCBC kan?"..Tapi bila tetiba emel tu untuk verify akaun yang memang kita punya contohnya Maybank atau CIMB (akaun bank paling popular), mesti la cuak kan. "eh, nape bank suh aku verify ni??".. Maka, akan berlakulah kes tipah tertipu nih..

Mula-mula, emel macam ni akan diterima..


Nampak tak dia suruh klik here tu?? bila klik, automatik akan keluar page ini pulak:


atas ini page yang TIPU

yang bawah ni page yang BETUL


Sekali pandang memang takde beza. Kalau orang tak biasa, tentu dah log masuk kan? Memang dorang ni cilik gila. Nama pon penipu kan? macam2 la yang dorang boleh reka cipta.

Sebenarnya senang je nak tau website ni betul atau tidak. Tapi selalu benda simple la orang malas ambil tahu kan? Sebelum start nak buat apa2 transaction, cuba check dulu apa alamat website yang tertera kat atas tu. Itu je yang paling senang perlu di check... meh tengok perbezaannya...



cuba baca atas tu..apa alamatnya?
nampak tak?
tengok anak panah tu...website bank macam tu ke alamatnya??


meh tengok yang betul pulak...


Aku selalu check yang basic je..sebab dulu lecturer aku ajar macam tu.. bila keluar website nama bank, kiranya confirm la tu. Walaupon nama bank, jangan pulak maybank tapi kat atas tu keluar cimb, korang percaya lak..hehe...dan yang aku akan check 3,4 kali adalah kunci mangga yang kat http:// tu..kunci mangga tu WAJIB tertutup..WAJIB...tertutup maknanya SECURED aka SELAMAT..kalau ada kunci mangga tapi gambarnya simbol mangga terbukak, stop semua transaksi kay..

Okay, itu je pesanan penaja arini..Kang cerita panjang2, korang counter balik tanya macam2, aku pon tak reti nak jawab. Ini benda yang basic kita perlu check sebelum start transaksi. Tapi kalau korang tak yakin dengan website tu walaupon dah ada semua tanda2 tu, korang pergi jelah kaunter bank..Yang tu lebih selamat.. :)

No comments:

Post a Comment

BERUBAH

Sejak munculnya pelbagai platform medsos ni, platform ni paling sendu. Mungkin kita dah dilatih jadi malas nak menaip. Kita lebih suka berca...