January 17, 2014

Kopi O Corner : Kuching

Azam 2014 nak update blog setiap hari..hahaa..kau mampu?? takde makna..kalau tak banyak kerja boleh la menyambil kan..kalau tak, bersawang la blog nih.. Cerita pasal Sarawak lagik..haha..ok ok..last last...

Kat Sarawak ni kedai makan ala2 macam Semenanjung jual nasi lauk pauk memang susah sket nak jumpa..kalau ada pon maybe kita ni taktau..sebab bila google je, yang keluar kedai2 ala2 restoran jual kudap2 macam cafe la..kitorang duk homestay aritu..semua makanan dimasak oleh mak aku..huhuu..lebih jimat dan kompom sedap..mak aku siap bawak stok cili api, cili kering ngan bawang dah siap blend dari sini..bekukan siap2, selamba badak mak aku hand luggage..orang tua kalau bawak makanan dorang tak banyak bunyi sangat..konon2 macam nak pegi melawat anak la kan.. :)

Kalau pergi Kuching, mesti orang akan tersebut2 kedai Kopi O Corner nie..kedai ni kat Jalan Satok..ada 1 flyover kat Jalan Satok tu, kalau dari Waterfront, kedai tu belah kiri..boleh nampak..sebelah kedai ni RJ Ayam Penyet..dua-dua ni dikatakan popular la kan..waktu pergi tu kitorang dah makan nasi dalam kul 6.30 macam tu..pas Maghrib (sana kan awal), kitorang jalan2 la meronda..musim hujan cepat lapar..hehe..ajak la minum teh konon2. Mamak  susah oi nak jumpa..bukan macam kat KL ni..kiri kanan mamak..huhuu..









Yang seronoknya, roti canai kat sini takde dal ke kari ke hokay...macam nak gelak mula2nya.. mak aku order roti kosong..dia tanya nak susu ke gula? mak aku jawab dal sambal takde ke? terpinga2 budak tu..last2 makan roti betul2 kosong. Yang gambar atas ni aku order Prata Telur Roll.. sebab banyak baca blog orang kata ini special..sekali roti telur daaa...yang berlorek2 tu mayonis, sos cili ngan sos blackpepper...hurrmm..

Kalau ikut tekak, semua macam tak kena..harga pon boleh tahan..baik korang pergi lepak kat Warung Nusantara, berdepan ngan Pullman Kuching, sebelah ngan bangunan Ariva Gateway. Aku takde lak amek gambar sebab selalu dah duk makan situ kalau pergi Kuching..lupa plak kan..kat situ roti canai dia garing dan ada kuah dal..mee kolok pon lebih menawan kalbu... :)


ni Mi Kolok yang de kat Nusantara..
hahaa..maaf la lari tajuk..
nak tunjuk betapa berahinya tgk mi kolok dia...

1 comment:

BERUBAH

Sejak munculnya pelbagai platform medsos ni, platform ni paling sendu. Mungkin kita dah dilatih jadi malas nak menaip. Kita lebih suka berca...