July 10, 2011

Ada orang tempah le...

Untuk pengetahuan uols, mak ai ni tukang masak aka chef tapi ai tak pandai memasak macam dia..eh silap..sesedap dia masak..kalau setakat masak, rupa memang ada tp rasa lari sket...yelah kan, nama pon air tangan kan..hehee...

Tapi dalam kepincangan tu (wahh ayat...) aku de la kepandaian sket bab mengadun2 ni..kalau suh wat kek ke, kuih ke, roti2 ke, insyaAllah la berjaya..kiranya pebenda yg berkaitan ngan tepung, gua takde hal beb..hehee..

Aku mmg suka buat benda2 ni cuma masa tidak mengizinkan. Sekarang ni bila dah jadi ibu, aku rasa macam aku dah boleh fokus kembali kepada apa yg aku minat nie..Balik keje dah duk rumah..xde kuar2 berembun memalam dah, so bolehlah kan membuat sikit2 resepi yang dah dikumpul berkurun lama ku rasakan...hehee...

Okay, arini nak citer pasal apam..semua org skang sebok nak buat apam polkadot. Aku pon sama la terlibat..hahaa..tapi kan, kalau aku tgk2 balik resepi, ini bukan kategori apam sbb tak pakai yis. Ni dah kira kategori muffin aku rasa. Ovalette tu tujuannya untuk menggebukan apam..So,bukan apam la nie kan..takpe, nanti2 kalau korang dapat jawapan, share2 la kat aku ye...


apam polkadot mudahnilah rupa 'apam' polkadot tu..yang ni aku guna kaler utk senang membezakannya..yang kaler merah tu fillingnya strawberry, yang purple tu filling blueberry...yang putih tu campur2..extra la tue..hehee...


dan sebenarnya....

apam polkadotaku buat 'apam' ni sebab ada org order..pastu suh bungkus skali..kalau korang nak buat, ikut je resepi bawah nie....

Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula halus
  • 150ml susu segar
  • 3 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling secukupnya
  • Pewarna ikut suka
Cara-cara

1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maksimum selama 6 - 8 minit.

2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.

3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).

4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.

5. Picitkan filling secukupnya.

6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.

7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Guna api sederhana.

Tapi kalau korang malas, baik korang order kat aku..aku rajin sket..hahaha..

No comments:

Post a Comment

LASIK - PEMBEDAHAN PEMBETULAN PENGLIHATAN

Disebabkan masalah kerabunan yang telah lama menghantui diri kakak ni, jadi kakak ambil keputusan nak buat lasik la konon2. Korang mesti tak...