October 9, 2014

KSL Resorts & Apartment JB

Hollaa....rindu tak? hehe..busy sikit..blog pon berkepam..Arini nak cerita pasal hotel best kat JB Town. Aritu kitorang pergi Legoland. Nak tido dalam tu, harga semalam RM720++..fuhh..kitorang 2 family..jadi, decide tido luar jelah kan..lagipon kat area Legoland tu takde pape..takut bosan..Habis sesi menggugel, maka aku putuskan tido sini. KSL Resort & Apartment. Aku yang decide sebab aku memang kedekut bab hotel tapi nak vavavoomm..hahaha.. Aku booked apartment 2 bilik. Sampai2, check in okay macam biasa. Ko kena lalu shopping mall yang besar tu untuk ke reception apartment. Sebabnya aku terus turun kat lobby hotel. Entrance untuk apartment lain rupanya.

Lepas settle register, dia minta deposit RM100. Sebab aku takde credit card. Walaupon kau dah bayar cash time booking, tetap jugak kena deposit. Tak paham aku apalah yang dorang takut sangat. Untung berjuta kot..tetap gak nak menyusahkan pelanggan. Semua hotel pon sama je skang ni.. Dorang bagi 2 kad. 1 untuk pintu apartment dan 1 lagi untuk access semua exit termasuk exit ke mall. Duduk apartment takde breakfast ye..Jangan tanya tau..hehe..

Yang bestnya, lif terus ke unit apartment kau. Kira macam pergi Hermes la..bukak2 lif terus depan pintu rumah. Takde share dengan sapa2. Terus aku menabung simpan duit nak beli condo macam nih... :)





seronok balkoni besar-besar..budak2 berlari2..


bilik dia sebelah2 je..tengah2 bilik air..sharing
kat belakang de 1 lagi bilik air
kat area yard..akak suka uollss..

Lagi 1 sebab kenapa aku pilih hotel ni adalah sebab dia ada water park. So, takyah la nak bersusah payah membazir masa membahagiakan anak2 ke tempat2 permainan yang mahal. Ko bawak je turun sini, kompem gembira sampai tertido dan lapar..Bila lapar, semua makanan dorang makan sampai kenyang..Senang tak?





ni view dari balcony unit aku sewa tu
kul 5 petang kitorang turun berendam
park tutup pukul 7 malam
park ni free untuk hotel guest. just bawak kunci bilik je untuk masuk
tak kira berapa ramai pon boleh masuk.. :)

Lepas berendam semua kebulur.. Mujo la ada bawak megi peket. Ingat nak rendam je dalam air panas. Sekali dapur dia lengkap daaa...seronok! kalau tau aku angkut beras dengan sardin sekali..Walaupon kat bawah ni ada shopping mall siap ada Tesco, tapi kalau dah penat, takde makna aku nak turun membeli.








best kan?

So dengan rasminya, kalau pergi JB, aku akan duduk sini...iol is gembira..haha..

Aku up entry ni sebab bila aku gugel, takde pon orang buat review pasal hotel ni. So, kepada yang nak bercuti beramai2, bolehlah try apartment ni. Nak book, pergi la ke website dorang. Klik, klik, bayar, done! 



Sebagai penutup, terimalah!





dua budak yang merenung nasib tunggu bilalah boleh terjah air biru tuh!!

2 comments:

  1. nice weh! meghayau manjang ko kan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akeef asek berzikir ajak pg Legoland...tv lak asek iklan je..mau tak naik antu kalau2 hari2 tanya " Ibu, boleh tak bawak saya pegi legoland yang hebat tu?"..last2, pergi jugak...hehee...

      Delete

BERUBAH

Sejak munculnya pelbagai platform medsos ni, platform ni paling sendu. Mungkin kita dah dilatih jadi malas nak menaip. Kita lebih suka berca...