October 23, 2014

Daftar Syarikat di SSM Putrajaya

Ini entry informasi :)

Kepada sesiapa yang mempunyai perniagaan sama ada online, door to door, gerai, booth, berniaga kain di pejabat atau apa sahaja yang dijual, silalah daftarkan perniagaan korang. Kos tak mahal pon. Janganlah pergi register syarikat sendirian berhad. Daftar dengan menggunakan nama enterprise, ventures atau resources je dulu. Kecil-kecilan kan..

Yuran pendaftaran adalah RM70 untuk setahun atau RM130 untuk 2 tahun (diskaun RM10). Prosesnya mudah je kalau buat kat Putrajaya ni. Maybe Putrajaya tak ramai orang kot. Tapi orang2 dari Sepang, Nilai semua pon register kat sini kan..hurrmm...tapi takpelah..yang penting cepat..hehe..

Dokumen yang perlu dibawa :

1) Borang butiran perniagaan (boleh download di website SSM) atau boleh ambil di kaunter SSM sendiri. Tapi elok download dan isi siap2 dari rumah sebab kita kena fikir nama syarikat kita tu. Kalau dah sampai kaunter baru nak fikir, takut lama pulak kan..

2) Salinan fotostat IC pemilik (fotostat siap2 jugak sebab kat situ tempat nak fotostat jauh sikit)

3) Duit RM 

hehee...tu je kena bawak..bukan susah pon..


Kalau ikut piagam pelanggan yang tertera kat pintu masuk kaunter SSM tu, sijil pendaftaran perniagaan akan siap dalam tempoh 1 jam. Tapi tak pon. Dalam 15 minit dah siap. Laju gila!! Stepnya pon senang.

1) Ambil no. giliran

2) Nombor dipanggil dan semakan nama perniagaan dibuat (kita kena pilih 3 nama. Kalau nama2 yang dipilih dah ada orang daftar, barulah kena decide nama lain time tu jugak)

3) Bayar yuran pendaftaran

4) Tunggu sekejap di ruang menunggu (boleh minum air kosong yang disediakan..hahaa)

5) Nama akan dipanggil dan sijil pendaftaran perniagaan diserahkan.

6) Bolehlah balik..tunggu apa lagik..hahaa..


Kaunter Khidmat Pengguna
Aras G,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK)
No.13, Persiaran Perdana
Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62623 Putrajaya
03-8882 6509 / 6480
( Seberang jalan dengan Restoran Ali Maju Presint 2)


Jadi, silalah berniaga ikut saluran yang betul ye.. :)

3 comments:

BERUBAH

Sejak munculnya pelbagai platform medsos ni, platform ni paling sendu. Mungkin kita dah dilatih jadi malas nak menaip. Kita lebih suka berca...