October 13, 2014

My Iman Noodles House Cyberjaya


Dekat Cyberjaya ada 1 kedai jual mi tarik tau. Cina Muslim. Disebabkan anak aku memang penggemar tegar makan mi tarik, jadi kitorang try pergi kedai ni. Ada member2 kat ofis Mr.MHR bagitau kewujudan kedai ni. Siang dapat tau, malam terus pergi..maklumlah..belakang rumah je..



Kedai dia lot tepi. Jadi ada la ruang untuk makan kat luar kalau taknak aircond
Keadaan pon selamat sebab bukan tempat kenderaan lalu lalang

Konsep kedai ni, pilih makanan kat menu, then tick2 kat kertas apa makanan yang nak, pastu pergi kaunter, bayar, nanti dia hantar. Lepas tu, air minuman kat sini PERCUMA dan free flow. Ko bangun la berapa banyak kali pon tapi kena guna gelas yang sama. Kalau meja tu order 4 makanan, maka limit 4 gelas je. Gelas kelima dia caj RM2.


ni air kitorang. Coke dengan Sour Plum.
Walaupon order 3 pinggan, tapi aku malas nak amek banyak2 gelas.


Braised Beef Noodles
ni menu bos tecik. takmo share dengan Ibu dah..


Braised Chicken Rice
ni paling awal sampai
tapi nasi dia sejuk
potong betul


Mushroom Beef Soup Noodles
ni Mr.MHR punya..Dia kata okay..sebab dia letak cili kicap nih.



Ni katanya Signature Dish..huhu.
Secucuk RM2. Minimum order 3 cucuk..
Ayam atau Kambing


muka gembira tengok mi dia


Akeef punya mi ada lebih. Yelah portion besar kan
so, mintak tapau. Dorang letak dalam bekas ni..


total harga makanan malam tu. Okaylah..harga tak mahal plus air free
tapi rasa dia kurang sikit compare Mi Tarik Warisan tu..
pastu cashier dia Bangla plus Mak Hendon..adoii..
So, babai..tak pergi dah kot.. :)
tapi boleh la try kalau korang nak..citarasa kan lain2..

1 comment:

BERUBAH

Sejak munculnya pelbagai platform medsos ni, platform ni paling sendu. Mungkin kita dah dilatih jadi malas nak menaip. Kita lebih suka berca...