October 14, 2014

Teh Tarik Place Ayer@8 Putrajaya

Dah macam blog tempat makan2 dah..semua kedai makan aku nak update..ala, sharing2 kan..manalah tau kalau2 ada yang nak try ubah selera. Lama dah gambar nie. Time gaji bulan lepas. Lusa dah masuk gaji bulan ni..haha..Takleh makan luar selalu2..Tak elok untuk ekonomi rumahtangga.. :)

Dekat Presint 8 Putrajaya, dah dibangunkan 1 tempat komersial baru. Namanya Ayer@8..Aku pon taktau apa maknanya. Nanti kalau dah tau, aku update kay..Balik kerja, pusing2 tengok nak makan apa..Ternampak kedai ni. Lot dia kat belah atas. Dekat parking area. Kalau turun ke bawah, ada lagi kedai2 lain. Tapi malas nak turun sebab konon2 takmo la berat2..






Waktu Operasi


sekarang nak jimat kos memang takde waiter amek order
pilih menu, tulis sendiri, pergi bayar kat kaunter, tunggu makanan sampai.


sambil tu boleh la cuci mata tengok view tasik Putrajaya ni




lepas bayar, cashier tu akan bagi tag bernombor tu. So gantung kat meja. 
Besi gantung tu memang dorang dah skrew kat meja.
Kira nanti senang la dorang tengok order mana nak hantar kan


Light sangat kan..makan french toast kau...


Mee Goreng Mamak
mee dia lembik..kembang terlalu lama dalam kuali rasanya
mujo la dia ada sediakan (self service) kicap dengan cili potong..
rasa tak berapa sangat


ni Nasi Goreng Ayam sebab anak nak nasi goreng
plus telur mata kerbau
takde la kampung mana..maklumlah...Putrajaya manade kampung..hehe..


ni total harga makanan
standard harga sekarang la kan

Teh Tarik Place ni kira kedai mamak yang diupgrade la kot tapi bukan mamak yang manage. Semua budak2 Melayu dalam tu. Jadi, sapa yang tak suka kedai mamak tapi nak lepak ala2 mamak, boleh la try sini. Tapi aku suka mamak. Makanya, takdelah nak ke sini lagi...huhuu...Roti canai dia RM2.50 sekeping tau..aku tak order la..sebab kalau kat mamak, skang ni masih boleh dapat 3 keping..

No comments:

Post a Comment

BERUBAH

Sejak munculnya pelbagai platform medsos ni, platform ni paling sendu. Mungkin kita dah dilatih jadi malas nak menaip. Kita lebih suka berca...