August 24, 2011

Terguris...

Ada tak orang yang saja mintak anak dia sakit? ada tak? kalau ada, TOLONG bagi nama orang tu..aku nak tanya perasaan dia bila anak dia sakit sbb dia saje2 mintak kan...

Aku terpaksa amek EL 2 hari lepas sbb anak aku tak berapa sihat..So, aku kena jaga sbb mak aku tak larat nak jaga dia..Mak aku pon bukannya muda..Tahun ni dah 58 tahun dah umurnya..Kudrat dah tak sedaya dulu..Jadi, aku kena la cuti sbb nak jaga anak yang meragam..Suami keje swasta, kelayakan cuti pon tak banyak..Makna kata aku yang keje gomen dan yang ada baki cuti 31 HARI nilah yang kena jaga anak!! ni dah bulan 8 dan cuti aku de balance 31 hari..salah ke aku cuti jaga anak?

Aku bukan saja2 xmo pegi keje & menyusahkan orang lain
Aku bukannya tau bila anak tu tak sihat
Aku pon x mintak pon supaya Tuhan bia anak aku sakit

Selama ni aku diam je bila ada yang bijak pandai cakap macam2. Yelah aku baru kat tempat kau kan? Baru bukan beerti anak...Selama ni jugak aku keje dengan suci hati. Takde syak wasangka kat sapa2. Kalau org nak cuti atau EL, aku tak banyak tanya pon..Sbb masing2 ada hal masing2. Dari dulu aku tak penah nak amek tahu.

Tapi, pagi tadi aku betul2 tersentap dengan apa yang aku dengar..Kalau tak puas hati, cakap la terus terang ngn aku. Aku boleh je deal ngan apa yang tak kena kat hati KAU! takyah membebel2 memekak time aku takde..baik aku dengar dari mulut kau sendiri daripada aku dengar daripada orang lain. Dan tak payah nak cakap kuat2 sinis2. Aku bukan pekak & buta. Walaupon aku baru je kat situ tak semestinya aku takde kawan kan? Aku mmg suka buat hal aku sendiri sbb aku xnak jadi macam KAU..bermuka2..depan tunjuk baik, belakang macam haram..

Kalau aku jadi kau, aku campak je tudung yang aku pakai pg dalam longkang. Sebab bagi aku, hati kau sama busuk macam longkang jugak. Tak perlu nak berselindung di sebalik tudung kau tu..Aku berdoa semoga Tuhan akan bagi kau ujian yang Maha dahsyat hingga pada tahap tu baru kau sedar siapa diri kau yang sebenar.

* aku mmg jarang2 melaser kat orang, tapi kalau sekali dah keluar dari mulut aku, mmg ko akan ingat apa yang aku cakap sampai mati...
(aku tak kesah ko terasa ke,rasa ko betul aku salah ke...aku tak kesah langsung!!)

No comments:

Post a Comment

BERUBAH

Sejak munculnya pelbagai platform medsos ni, platform ni paling sendu. Mungkin kita dah dilatih jadi malas nak menaip. Kita lebih suka berca...