August 15, 2011

Lima, Dua Inggit

Kalau pg beli kueh kat Pasar Ramadan tu, mesti riuh dengar org2 meniaga ni duk jerit2 promote brg jualan dorang kan? Segala jenis juadah semua ada kat pasar tu. Dan kita2 yang tak berapa nak kuat iman ni, semua benda nak beli kan? Yang paling menarik skali kat pasar ramadan ni adalah kuih muih. Macam2 bentuk, kaler, corak ada jual. Tapi satu je yang tak best...

Aku : Kueh ni macam mana kira kak?

Akak tu : Lima, dua inggit...(maknanya satu 40sen la kan?)

Aku : Okay, bagi saya 3 bijik kak..

Akak tu : Tapi, 5 dua inggit..

Aku : Tak, saya nak 3 je sbb saya berdua je kat umah..

Akak tu dengan muka masam bungkuskan 3 pastu Aku pon bayar RM1.20..

Kalau ikut logik, biarlah org nak beli bape bijik pon sbb bukannya bila org beli 3 bijik, org bayar singgit kan? Skang ni mmg trend meniaga paksa2 hokay..buat apa aku nak tambah lagi 2 bijik sedangkan yang 3 tupon blom tentu abes. Dan skang pon mmg trend org membeli akan beli banyak bertujuan nak dapatkan diskaun yang ntah berapa sen tu..dan kemudiannya semua makanan tu berakhir di tong sampah..korang perasan tak fenomena nih? huhuu..Macam semalam, aku & En.Suami pg mencari juadah berbuka kat Pasar Ramadan Taman Melawati tu..mmg En.Suami ckp dia nak beli ayam percik. So, ktrg pg cari ayam percik la dulu sbb kalau tak, percik lain lak yang aku borong..hehee..

Ada satu gerai tu kemain banyak ayam yang dia tgh panggang..bau pon boleh mencengkam dada..org yg beratur pon panjang..Seperti biasa takde pamer tanda harga..Aku pon tanya "mcm mana kira kak?. Akak tu ckp "satu, 4 inggit, 3, 11 inggit"..Oh, akak ni de bg diskaun singgit la kiranya. Dan aku tgk org sekeliling berebut2 amek 3 ketul. Time ni aku positif berpendapat yang semua org ni keluarga dia besar. So, untung la beli 3...Tapi tiba2 dengar de pasangan kat sebelah aku ckp "Nak bape?satu 4 inggit tapi kalau 3 murah sket..Kita amek 3 la eh.." Tatau la mmg dia nak makan tiga2 atau sekadar nak kejar diskaun singgit tu..Kalau makan tiga2, alhamdulillah la...Tapi kalau setakat nak makan 2 ketul (macam aku) tapi sanggup topap RM3 semata2 nak sekejarkan diskaun singgit sedangkan akhirnya tak makan pon, membazir namanya okay...


No comments:

Post a Comment

LASIK - PEMBEDAHAN PEMBETULAN PENGLIHATAN

Disebabkan masalah kerabunan yang telah lama menghantui diri kakak ni, jadi kakak ambil keputusan nak buat lasik la konon2. Korang mesti tak...