August 6, 2011

Lipstik Oh Lipstik...

Dalam bulan puasa ni, mesti ramai yang selalu kering kat bibir kan..Tadi waktu tengah melepak tgk tv, tiba2 aku teringat pasal citer kelakar psl bibir yg kering nih..Benda ni pon aku br je dpt tahu dalam 2,3 tahun kebelakangan ni je..sebelum ni mmg aku 'innocent'..hahaa...

Dulu aku skolah kat satu skolah teknik kat Pantai Timur sana..kat sana tak ramai pon budak2 dr negeri luar nie..Majoriti bebudak sana je & bekeng2..hahaa..Nak dijadikan cerita, cuaca kat sana mmg panas..Selain kulit yang mengering (walaupon buh lotion kemain banyak), bibir pon turut mengering. Waktu tu lotion pandai la pakai tupon pas tgk ramai kenkawan pakai tapi lipbalm ni mmg tak berapa nak bijak la kan..

Bila cuti sekolah, balik KL ngadu kat mak ckp bibir dah pecah2..so b4 balik sekolah semula, mak suh "amek cam mcm gincu atas almari tu..kaler ijau..dari mekah tuh"..hahaha..series nak gelak..sebenarnya mmg ada 2 tube yang kaler ijau..tapi sebab lebih bijak, aku amek yang serba ijau..contoh adalah seperti ini:


Bila balik asrama, aku pon begitu yakin bibir takkan pecah sebab dah de alat ajaib nih. Jadi pagi2 bila pg sekolah tu aku pon tenyeh la..masuk je dewan makan dah ramai yg tanya "ko pakai 'lincu' ke?"..aku ngan konfiden jawab "bukan la..ni lip balm..dari mekah..." dalam kelas pon cikgu tanya soklan yang sama dan aku pon konfiden menjawab...last2 xde sapa tanya wpon kemain merah bibir aku pg sekolah..hahahaa...

Skang ni bila nmpk je lipstik ni, mmg aku gelak sensorang...giler ah..sekolah lagi nak kemain merah bibir..dah keje ni xmo lak ko merah2..atas alasan, dah jemu pakai lipstik..hahaha...

p/s: kenkawan yang penah tanya, tu mmg lipstik..harap maklum!!


No comments:

Post a Comment

BERUBAH

Sejak munculnya pelbagai platform medsos ni, platform ni paling sendu. Mungkin kita dah dilatih jadi malas nak menaip. Kita lebih suka berca...