Dulu aku skolah kat Pantai Timur 2 tahun tp aku tak penah cuba benda ni..cuma yg aku tau org kat sana panggil makanan ni 'beleda'...hahahaa..pelik2 bahasa kat sana...sesak nafas aku nak ingat. Kat sini org jual kemain mahal..sepotong sampai RM3..jadi aku buatlah sendiri..RM3 tu leh dpt seloyang.. :)
Nak resepi? Okay, sila copy...
Untuk Karamel :
3 sudu makan gula
2 sudu air
Panaskan loyang atas dapur guna api kecik.
Masukkan gula & biar gula cair keperangan.
Tutup api, masukkan air sikit2 & pelan2..sbb kalau tak memercik..
Ketepikan & biar dia mengeras dulu.
Untuk puding :
5 biji telur (tak kesah size apa..jangan membazir kay..)
4 sudu besar gula (resepi asal guna 6..potong kaki wooo..)
Esen vanila
3/4 tin susu cair
Masukkan semua dlm blender & blend sampai gula hancur.
Jangan lama2 sangat nnt berbuih banyak.
Panaskan kukus..
Tuang bancuhan puding ke dalam loyang tadi & kukus dalam tempoh lebih kurang 15 minit.
Bila dah masak, terbalikkan dalam bekas lain & simpan jap dlm esbok biar sejuk..
Puding ni bila lalu kat tekak dingin2, fuhhh....
*nota kaki:
kalau pas blender tu de banyak buih, tapis dulu sbb buih2 ni akan menyebabkan puding berlubang2 ye..
Okay,selamat memuding...hehee....
esok aku plak nak try,,,aahahahha
ReplyDelete