February 10, 2011

Akademi Fantasia

Demam dh bermula...

Skang ni Radio Era dh buat audition utk sapa2 nak join AF9. Kalau sapa lepas audition kat Era nih, dorang leh trus lompat ke stage 3. Fast Forward katanya. Jadi boleh la kita dgr suara2 yang konon2 sedap tue wat audition online.

Tapi, dah nak masuk musim ke9 ni, kita dh mula rasa nak bosan. Yelah, sbb mula2 dulu dorang ni innocent je waktu join. Kalau tgk kat Diari Harian tu waktu AF 1 & 2, nmpk dorang mmg x berlakon. Sekarang tidak lagi. Makin mengada2 perangai dorang depan camera. Dah ilang dh mood nak tgk diari..harapkan konsert jelah boleh tgk. Tupon bole pilih peserta mana yg kita nak tgk dia perform. Kalau peserta yang tak best tu, boleh la kita bawak diri pg masak apa2 yg patut kan dapur..hehee..

Antara banyak2 musim, aku paling suka musim yang ini..

Ada ramai peserta yang berbakat. Nyanyian memang sedap. Perangai pon elok la sikit. Majoriti sumer boleh nyanyi. sebab tu kot Astro untung riban2 waktu musim nih..

Musim yang paling aku benci, tak suka, menyampah, muak, loya sumer ada adalah time nih..

Tak paham betul. Nape la dorang amek Datin tuh jadi pengetua?? Dia kan model. berlakon pon yg ado. tetiba nak train org nyanyi. Walaupon org kata AF ni x focus kat nyanyi semata2, tapi bila konsert xde pon yang berlakon kan? So,mmg focus kat nyanyi la maksudnya..

Time ni peserta dia bukan la main meluatkan hati. yek yek uwekk...

Okeh, tak lama lagi dh nak sampai musim ke9. Orang duk sebuk2 kecoh marah Astro amek Ahmad Dhani jd pengetua. Tolonglah org2 yang kecoh nih. Antara Ahmad Dhani ngan Datin tu umpama langit ngan bumi pon korang still nak kecoh2 lagi. Kalau ada scale, comfirm Datin tu xleh masuk dalam scale tu. asal aku tetiba bengang ngan datin tuh??hahaa...

Semoga kehadiran AF9 yang dikatakan terakhir ni akan jadi best macam AF yang aku suka tuh. Sekurang2nya ada la xtvt malam minggu.

Go Ahmad Dhani Go!!!! hahaa...

No comments:

Post a Comment

BERUBAH

Sejak munculnya pelbagai platform medsos ni, platform ni paling sendu. Mungkin kita dah dilatih jadi malas nak menaip. Kita lebih suka berca...