February 18, 2011

Gaji....

Aku nak share pasal satu cerita tentang gaji nie..

Korang tau tak berapa gaji pasangan korang? Suami @ Isteri masing2?

Sepatutnya kita kena amek tahu gaji pasangan kita. Ianya bukan sbb tak percaya tapi bukannya berdosa atau salah pon kalau kita tahu kan?


Ceritanya bermula camni..

Tengah syok aku tido time subuh2 adam tu, fon berbunyik. Call dr sorang kawan lama aku. Aku tatau pebende yg dia ckp sebab lebih banyak bunyi nangis dr bunyi cakap. Lama aku tunggu dia ilang sedu sedan then br leh dgr apa yang dia nak cakap. Dlm sedu sedan tu...

"Ko nak tau tak, idup2 aku kena tipu ngan laki aku. Selama ni rupa2nya dia sewakan rumah untuk b*&^%a tu. RM500 sebulan!!.Aku tak penah mtk duit kat dia. Gaji aku cukup utk diri sendiri + anak aku. Aku x mintak pon duit dia. Ingatkan menabung utk ktrg. Rupa2nya bg kat pempuan lain!!"

Ha, tulah kan. Kalau kita tau, gaji pasangan kita, takdelah benda ni jadi. Mcm kawan aku ni, dia duk umah kuarters. So, tiap2 bulan sewa potong tru gaji dia sbb laki dia keje swasta. Kalau umah kerajaan ni, potongan RM350 la lebih kurang. Kalau campo 500 yg laki dia bagi kat pempuan tu, dorang ni dh mampu beli umah teres setingkat dh kat kl nih..

3 tahun duk kuarters. 3 tahun jugaklah laki dia bayarkan utk pempuan tu. Dan umah sewa pempuan tu SANGAT dekat ngn kuarters tsb.

Aduhai...nape la wujud keadaan macam nie. Yang laki menggatal. Yang pempuan tu pon dia tak fikir ke kalau org lain plak buat kat dia? 500 tu kalau buat belanja anak, 2 bulan pny stok susu boleh dapat.


Hurrmm... taktau la macam mana idup kawan aku tu pasni. Doakan yang baik jelah. Dan kepada yang bercita2 atau sedang berperangai macam perempuan tu, bawak2 la berfikir. Percayalah pada karma... what goes around, comes around okeh....

No comments:

Post a Comment

BERUBAH

Sejak munculnya pelbagai platform medsos ni, platform ni paling sendu. Mungkin kita dah dilatih jadi malas nak menaip. Kita lebih suka berca...