September 30, 2012

Manusia Yang Tak Pernah Puas

Jumaat lepas, Bajet 2013 dibentangkan...aku nak citer ala2 politik skit arini...sebab aku bengang..kalau org yang membangkang suka komen, nape aku tidak....

Bila bab bajet nie, fokus utama kakitangan awam, mesti nak tau gaji naik @ tak dan sama ada dapat bonus atau tak..mungkin sebab tu, topik tu yang last sekali akan dibentangkan dalam setiap kali pembentangan bajet tahunan...Okay, sebagai kakitangan awam, aku pon memang bertunggu2 setiap kali bajet..selain nak tau untuk diri sendiri, aku kena alert untuk diri semua staff kat setiap jabatan yang aku kerja...aku pg mana2 jabatan pon tetap akan jaga kewangan..so, kalau aku tak dapat, mungkin orang lain dapat..dan bajet ni selalu bentang ujung2 tahun...sebab tu jugak aku memang tak pernah nak dapat cuti ujung tahun sebab kena settlekan macam2 benda yang diumumkan dalam bajet...

Macam jumaat lepas..announce je kakitangan awam diberi bonus satu setengah bulan gaji, berdezup semua komen 'membina' kat fb @ twitter...come on la Malaysia...apa, kakitangan awam tak layak diberi bonus ke? ko yang keje swasta je ke yang bertungkus lumus dalam kemajuan ekonomi negara? abes aku yang kat ofis ni duk goyang kaki? yang kitorang bagai nak mampus menguruskan pencen mak bapak korang tu bukan keje? blom lagi yang gomen tanggung bila ada yang meninggal dunia & meninggalkan hutang beratus ribu bersama2 tuh...aiseh, benda2 mudah takyah nak perdebatkan sangat...life must go on..sektor swasta kalau dapat bonus, berkali ganda dari kakitangan kerajaan...ada kitorang cakap "boleh la bonus juta2...makan hasil riba' kat aku"...ada ke?? takde kan..?? rezeki masing2... ni asal kerajaan bagi bonus kat gomen je, mula la statement bangang.."bonus tu duit cukai yang kitorang bayar", "pancing undi orang kerajaan la tuh..jangan harap dapat undi swasta" huh, dasar brengsek...abes, orang keje kerajaan tak bayar cukai ke...kalau stkt bayar cukai 2,3 ratus setahun, xyah nak gebang sangat....

Kalaupon kerajaan melabur berbillion ringgit kat kakitangan kerajaan, kalau dorang xmo undi, dorang x undi jugak...dan walaupon kerajaan tak bagi bonus kat swasta, kalau dorang nak undi, dorang tetap akan undi...undi tu hak individu...cuba bukak sket kepala otak tue...jangan sempitkan sangat otak yang memang dah sedia sempit tue..benda simple2, takyah asek nak berdebat je...kalau tak suka, sila diam..xyah nak twit @ update benda2 stupid yang menyebabkan orang sakit hati nak baca...kena plak kalau suri rumah yang hapdet status 'membina' camtu...banyak nau sumbangan ko kepada ekonomi negara...kalau kau tak dapat, duk la diam2..takyah dengki kondem2 org gomen..org gomen takde hati perasaan ke....

Tu blom ungkit citer kalau jumpa kengkawan nih...asal jumpa je mesti tanya keje mana skang...aku mmg cakap kerja kerajaan...dah memang tu tempat aku cari rezeki...mulalah ada yang kua statement "untunglah dapat keje kerajaan...aku ni dah berkali2 apply tak dapat2"...yelah, blom rezeki kau lagi...sabar jelah....pastu tiba2 update status meruntuhkan moral penjawat awam..hah, mmg tak dapek la kan...mahal la rezeki kau kat kerajaan gamaknya...bila bab keje, nak keje kerajaan...bila bab cakap, kondem mmg kau paling terer..yang keje gomen pon sama hebat mengomen...bukan kesalahan pon kalau penjawat awam tidak menyokong kerajaan..tapi tolong la profesional sket makcik...tak perlu update kat fb @ twitter...ko diam2 sudah...keje gomen, pastu kondem terang2..apahal?? penuh dah ke ilmu di dada nak perang ngn kerajaan secara terang2an? cap jari pon basah lagi, dah mendongak langit sangat bercerita...bila bercakap tu, pijak2 la bumi sikit..

No comments:

Post a Comment

LASIK - PEMBEDAHAN PEMBETULAN PENGLIHATAN

Disebabkan masalah kerabunan yang telah lama menghantui diri kakak ni, jadi kakak ambil keputusan nak buat lasik la konon2. Korang mesti tak...