October 1, 2011

Versi Ibu Siti : Makaroni Goreng

Skang ni kalau aku nak letak resepi kat sini, kena letak Versi Ibu Siti..pastu, korang jangan pelik2 sebab nama pon versi aku..mana yang orang lain letak tapi aku tak letak, takyah pelik la kan...pas korang masak, korang letak pulak versi korang..huhuu...

Skang ni balik keje mesti kena memasak sbb mkn kat luar semua macam dah tak sedap..Pastu Akeef skang lasak dah..Kalau kat kedai makan tu, bising menegur orang lain..Takut orang tak selesa..Jadi, kami makan kat rumah jelah..Isnin aritu time lunch break sempat la aku meronggeng pg TESCO..beli barang dapur sikit sbb kalau wiken nak beli stok, panjang sangat Q nak bayar..Time meronda2 tu, ternampak pasta nih..So, trus aku lengkapkan barang2 lain sebab tetiba terasa nak masak makaroni goreng malam tu...Ni first time aku masak benda omputih nie..huhuu..semua benda nak first time..Umo dah 30 pon baru nak belajar masak...

Aku dah publish gambo ni kat fb lastweek..saje nak biar kawan2 telan air liur..hahaa..pastu ada yang suh type resepi kat blog..So, aku type la ni..sila salin..hehee...


Bahan2 takyah tulis la eh..macam chep lak nanti..

Makaroni dalam segenggam setengah yang aku sukat nih
(panaskan air, letak garam & minyak sikit, dah mendidih, masukkan makaroni, dah rebus sampai lembut..kat paket tulis 4 minit..gilo 4 minit..kejung lagi benda tuh..)

1)Tumis bawang putih sampai nak bau
2)Masukkan cili kering & masak sampai garing (kalau tak garing,sakit perut..hehee..)
3)Masukkan lauk2 yang korang suka @ lauk2 yang korang tak suka tapi ada dlm peti ais...hahaa...macam aku, letak isi ayam (aku cincangkan sket), daging burger (ramas2 biar hancur) dengan sosej daging..
4)Pastu masukkan sos cili sesudu, kicap manis sesudu & bubuh garam..
5)Last skali masukkan makaroni yang dah ditoskan tadi..kacau2 biar rata semua, angkat,hidang,makan...

Resepi ini untuk dimakan bersama keluarga bukan untuk jual kat hotel..jadi, ikut suka la korang nak repair..yang penting, sedap ditekak masing2..

ciaaooo....

No comments:

Post a Comment

LASIK - PEMBEDAHAN PEMBETULAN PENGLIHATAN

Disebabkan masalah kerabunan yang telah lama menghantui diri kakak ni, jadi kakak ambil keputusan nak buat lasik la konon2. Korang mesti tak...