October 22, 2011

Versi Ibu Siti : Spaghetti Marinara

Episod 1 Masterchef Malaysia dah disiarkan semalam..tapi......aku rasa macam ramai je tak patut berada kat situ..huhuu...yelah, xkan sambal udang pon kemain bangang nak masak..bila Chef tanya 'apa nama resepi ni?'..tergagap2 jawab 'sambal tumis udang pedas'..eh, kalau sambal mesti le pedas..kalau kau buat sambal tak pedas, pekehalnya..aduhh..boleh dapat darah tinggi kalau tgk..kalau tak cukup ilmu lagi..yang basic2 pon tak terror, xya le join..kat dunia maya ni aku rasa, lagi ramai yang berbakat..eh, nape korang tak pegi audition aritu eh? hehee..

Dah alang2 mood masterchef dah sampai, arini aku nak bagi resepi omputih..kalau korang dah pandai, boleh baca je sambil komen2..kalau tak pernah try, silalah cuba resepi versi rajin aku nih.. :)

Bahan2nya :

Udang Medium (ikut suka berapa ekor nak..aku masak dalam 10 ekor camtu)
Isi ikan (beli kat Tesco je aku nih..sekeping)
Sotong (potong bulat2..kalau sotong tu besar, sekor je dah cukup)
Spaghetti 2 genggam
1/4 cawan minyak zaitun (aku guna minyak masak je..)
Bawang putih 2 biji
Spaghetti dalam 2 genggam
1/4 cawan minyak zaitun (guna minyak masak biasa pon boleh)
2 ulas bawang putih
Serbuk lada hitam (kalau yg biji, tumbuk le jadi serbuk..xkan nak biar sebijik2 dalam pinggan)
Sos spaghetti (aku guna yg readymade jenama Kimball..xde masa nak bancuh sos..hehe..)
Parmesan Cheese untuk hiasan (xde pon xdehal)

Cara2 :

1) Panaskan air, masuk minyak sket dan masakkan spaghetti sampai lembut. Tos & ketepikan.
2) Tumis bawang putih sampai naik bau, masukkan sotong, udang & isi ikan.
3) Tambah sedikit air untuk masakkan sotong tu.
4) Bila dah lembut sket sotong tu, tuangkan sos spaghetti dan kacau rata.
5) Bila dah mendidih, masukkan serbuk lada hitam sikit dan biarkan sekejap.
6) Tutup api dan boleh la tuang atas spaghetti & makan le..hehee..

Oppss, yang putih tu? tu aku tuang je sos carbonara sket. Kat umah aku mmg de banyak sos2 nie..nak cepat katanya..hahaa..okeh, boleh try memasak sekarang ye..mekasih..


aku guna sos kimball yg nie..
gambar belas kasihan cik google...

No comments:

Post a Comment

BERUBAH

Sejak munculnya pelbagai platform medsos ni, platform ni paling sendu. Mungkin kita dah dilatih jadi malas nak menaip. Kita lebih suka berca...